Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.mah] | رومه

Definisi : 1. binaan utk tempat tinggal; ahli (orang) ~ a) isteri; b) ahli keluarga yg tinggal di rumah; anjung ~ bahagian depan rumah yg menganjur; elaun ~ elaun sewa rumah utk pegawai; nyonya ~ Id isteri; perkakas ~ a) bahan utk membuat rumah; b) perabot; tuan ~ pemilik rumah; 2. (biasanya dipakai apabila memberi nama kpd sesuatu bangunan dgn erti) bangunan, gedung: R~ Persekutuan; 3. ki pasukan atau kumpulan dlm olahraga (di sekolah dll): sebuah sekolah selalunya di­bahagikan kpd empat ~ dan ~-~ itu diberi nama warna misalnya ~ merah, ~ biru, dll; 4. = ~ angka bahagian dlm susunan angka, ruang, kolum: ~ se; ~ puluh; ~ ratus; ~ adat balairung; ~ Allah a) bangunan khas tempat umat Islam mengerjakan solat dan ibadat-ibadat lain, iaitu masjid dan surau; b) Kaabah; ~ api menara api (mercu suar); ~ asap bangunan atau tempat khas utk menge­ringkan atau mengawet sesuatu (spt getah, tembakau, ikan dsb) dgn mengasapinya; ~ bandar a) rumah bertingkat yg sama bentuk­nya dan dibina bercantum dlm satu deretan, biasanya setiap tingkat merupakan satu unit rumah; b) rumah teres satu atau dua setengah tingkat yg kelihatan tinggi dan agak sempit, terletak di kawasan bandar atau pinggir bandar, bereka bentuk moden, biasanya mem­punyai anjung kereta di tingkat bawah serta ruang tamu di tingkat satu; ~ batu rumah yg berdinding batu-bata; ~ berhala kuil (tempat memuja berhala); ~ besar a) rumah yg besar; b) rumah yg pokok (sbg ibu atau induk); ~ bicara Id bangunan tempat bermesyuarat; ~ bola Id rumah tempat bermain biliard, rumah kelab; ~ butang (kancing) lubang tempat me­masukkan butang (buah kancing) baju; ~ dansa Id rumah tempat berdansa (menari), kabaret; ~ dapur bahagian rumah yg di bela­kang (tempat memasak); ~ gadai (pajak) rumah tempat menggadaikan barang-barang; ~ gedang Mn rumah ibu (induk) sbg tempat tinggal kaum keluarga; ~ gila rumah tempat merawat orang gila; ~ hantu tempat per­temuan ahli persatuan Freemason; ~ haram rumah yg didirikan tanpa kebenaran pihak yg berkuasa (tuan punya tanah dll); ~ hijau rumah kaca; ~ ibadat (ibadah) rumah tempat beribadat (masjid, gereja, kuil); ~ ibu bahagian yg utama rumah Melayu, rumah induk, rumah gedang; ~ instansi Id rumah utk pegawai kerajaan; ~ jaga pondok tempat berkawal (tempat pengawal berteduh), gardu; ~ judi tempat berjudi, petopan; ~ kaca bangunan khas yg bumbung dan dindingnya drpd kaca, digunakan utk melindungi tanaman tertentu dlm keadaan yg terkawal; ~ kampung bp (biasanya) rumah yg diperbuat drpd kayu yg berlantai tinggi dan beratapkan rumbia (nipah dll); ~ kedai rumah dan kedai sekali (biasanya rumah deret di bandar), bangunan utk kedai; ~ kembar rumah yg dua serangkai (se­ban­dung); ~ kilat bp rumah haram yg didirikan dgn cepat (biasanya pd waktu malam); ~ kit tempat menghisap candu; ~ komedi Id pang­gung sandiwara; ~ kutai sj rumah tradisional Melayu Perak; ~ ladang tempat kediaman yg didirikan di kawasan ladang yg meng­usahakan tanaman atau ternakan, biasa­nya secara komersial; ~ lelang Id rumah tempat melelong barang-barang; ~ liar bp rumah haram; ~ limas = ~ bumbung lima rumah yg mempunyai lima tulang bumbung (satu ruang atau bilik menganjung ke hadapan); ~ loteng (berloteng) rumah yg bertingkat; ~ makan kedai tempat makan; ~ minum kedai tempat minum (menjual minuman); ~ miskin rumah tempat merawat orang miskin; ~ monyet rumah jaga (gardu kecil); ~ murah rumah yg murah harganya (dibangunkan oleh kerajaan utk dijual kpd orang ramai yg berpendapatan rendah); ~ panggung rumah yg tinggi lantai­nya; ~ pangsa rumah yg bertingkat-tingkat dan berpetak-petak (tempat kediaman banyak keluarga); ~ panjang a) rumah kediaman orang Iban, Bidayuh dsb di Borneo; b) rumah pelacuran; ~ pasang siap rumah yg dibina dgn beberapa bahagiannya telah tersedia utk dipasang dan disiapkan di tapak binaan; ~ pasung a) balai polis; b) rumah tempat me­nahan orang salah; ~ pelacuran rumah tempat sundal; ~ penginapan (pemalaman ark) rumah tempat bermalam (hotel, motel, dll); ~ pen­jelasan (Eko) a) pusat pertukaran cek antara bank utk tujuan menjelaskan cek; b) pusat yg menguruskan penjelasan bagi urus niaga yg dijalankan di pasaran sekuriti atau komoditi; ~ perdeo (perai) Id, bp penjara; ~ perhentian rumah tempat berhenti (berehat, bermalam, biasanya kepunyaan kerajaan); ~ pesang­garahan Id = ~ persinggahan rumah per­hentian; ~ petak rumah deret; ~ piatu rumah yg menempatkan anak-anak yatim piatu; ~ potong = ~ sembelih tempat me­nyem­­belih (lembu, kerbau, dll), pembantaian, pejagalan; R~ Putih nama bangunan tempat kediaman Presiden Amerika Syarikat; ~ rehat bangunan (yg disediakan oleh kerajaan) yg memberi kemudahan penginapan (spt hotel) ter­utama­nya utk kakitangan kerajaan; ~ sakit tempat merawat orang sakit, hospital; ~ setinggan rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan (orang lain) secara haram atau tanpa ke­be­naran, biasanya di kawasan bandar dan tidak sempurna kemudahan asasnya; ~ sewa rumah utk disewakan; ~ siput kulit siput; ~ tanaman rumah kaca; ~ tengah bahagian rumah Melayu yg di tengah; ~ terbuka majlis makan dan ramah mesra di rumah seseorang yg terbuka kpd sahabat handai dsb (biasanya semasa musim perayaan, spt perayaan Aidil­fitri); ~ teres rumah yg dibina yg satu di sisi yg lain (sehingga menjadi deretan yg terdiri drpd beberapa buah atau unit rumah); ~ tetamu rumah yg memberi penginapan; ~ tumpang­an rumah tempat menumpang makan dan tidur, hotel kecil (lazimnya menyediakan penginapan pd kadar murah); ~ turutan rumah samping (bukan rumah induk); ~ ubat Id kedai tempat menjual ubat-ubatan; ~ urut a) rumah tempat berurut; b) rumah pelacuran; ~ buruk disapu cat prb orang tua yg suka bersolek; ~ gedang ketirisan prb perihal seorang perempuan yg kurang membawa bahagia kpd suami; ~ gedang bersendi perak prb orang bangsawan dan kaya pula; ~ sudah, tukul (pahat) berbunyi prb mengemukakan pendapat dll sesudah perkara diputuskan; dalam ~ membuat ~ prb mencari keuntungan utk diri sendiri ketika bekerja dgn orang lain; diseluduki bawah ~ orang berluluk kepala = masuk ke bawah ~ orang kotor kepala prb kalau tinggal di tempat orang tentu diisi adat lembaganya atau kalau beristeri ke sebuah rumah, tentu ditanggung susah senang dll di rumah itu; memperlihatkan ~ buruk kpd orang maling prb mempertontonkan rahsia sendiri kpd orang; tiada berorang di ~ prb perihal seorang perempuan yg belum pernah bersuami tetapi bukan gadis lagi; serumah 1. seisi rumah, seluruh rumah; 2. tinggal dlm satu rumah: kedua-dua pe­rem­puan itu hiduplah ~, seorang di atas loteng dan seorang di bawah; 3. sudah kahwin (ber­isteri atau bersuami); menyerumahkan meletakkan (menaruh­kan) dlm satu rumah: apakah dia akan diserumahkan dgn madunya? rumah-rumah 1. banyak rumah; 2. = rumah-rumahan sesuatu yg menyerupai rumah atau boleh disamakan dgn rumah, tiruan drpd rumah; berumah 1. mempunyai (memiliki) rumah: seorang muda yg berkedudukan tinggi, ber­budi bahasa, dan ~ besar; 2. = ~ tinggal diam (tinggal) di: ia lebih suka ~ di Ulu Langat; 3. = berumah tangga; bagai ~ di tepi tebing prb selalu tidak aman hatinya (selalu keluh-kesah dll); berumahkan menjadikan sbg rumah: orang Arab yg hidup ~ khemah yg dibuat drpd kulit unta; memperumahkan mengahwinkan (mem­peristerikan, mempersuamikan): lebih lekas anakanda diperumahkan lebih elok; perumahan 1. kumpulan rumah, rumah-rumah tempat tinggal: Petaling Jaya sebuah kota kecil ~ dan perusahaan; syarikat ~ syarikat yg mendirikan rumah-rumah (utk ahli-ahli atau utk dijual); 2. perihal pe­ngurusan tempat tinggal (rumah): masalah ~ sedikit sebanyaknya sudah dapat diatasi dgn pembinaan rumah-rumah pangsa; pejabat ~ pejabat yg mengurus rumah pegawai ke­rajaan; 3. tanah kosong (tapak) utk men­diri­kan rumah: kawasan ~ baharu di Kampung Tunku; 4. = perumah kayu tempat mata ketam (serut); 5. Mn ark pendirian, maksud: ~mu sudah jelas kini; perumah (Bio) tumbuhan atau haiwan yg digunakan oleh parasit sbg tempat tinggalnya, serta sbg sumber makanan dan perlindungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.mah] | رومه

Definisi : ; ~ langsuyar sj tumbuhan (paku-pakis), daun samun, paku pandan, selimber, Neottopteris nidus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.mah] | رومه

Definisi : 1 bangunan utk tempat tinggal: Siapa yg tinggal di ~ yg besar itu? 2 sebarang bangunan secara umum; gedung: ~ BP Kuala Lumpur. 3 pasukan atau kumpulan dlm olahraga di sekolah dll: Dlm perlawanan bola sepak, pasukan ~ merah akan melawan pasukan ~ biru. 4 = ~ angka bahagian dlm susunan angka: ~ sa; ~ puluh; ~ ratus. ~ Allah a. Kaabah. b. bangunan khas, spt masjid, surau dsb tempat umat Islam beribadat. ~ api menara yg diberi berlampu utk panduan kapal pd waktu malam. ~ asap bangunan tempat mengasapi getah (supaya kering). ~ berhala rumah tempat memuja berhala. ~ dapur bahagian rumah tempat memasak. ~ haram rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan tanpa izin pihak yg berkuasa. ~ hijau bangunan khas yg bumbung dan dindingnya dibuat drpd kaca, gunanya sbg tempat menanam pokok dlm keadaan terkawal, melindungi tanaman drpd cuaca yg tidak baik dsb. ~ ibadat rumah tempat orang beribadat (spt masjid, gereja, kuil). ~ ibu (induk) bahagian rumah yg terbesar atau yg utama. ~ kaca rumah hijau. ~ kedai bangunan tempat kedai. ~ kilat rumah haram yg didirikan dgn cepat. ~ murah rumah yg murah harganya. ~ pangsa rumah yg bertingkat-tingkat dan berpetak-petak. ~ panjang rumah yg panjang yg didiami oleh beberapa banyak keluarga. ~ pasang siap rumah yg dibina dgn beberapa bahagiannya telah tersedia utk dipasang dan disiapkan di tapak pembinaan. ~ pasung rumah tempat menahan orang salah. ~ sakit rumah tempat merawat orang sakit; hospital. ~ setinggan rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan atau tanah orang lain secara haram atau tanpa kebenaran, biasanya di kawasan bandar dan kemudahan asasnya tidak sempurna. rumah-rumah 1 rumah yg banyak. 2 = rumah-rumahan sesuatu yg rupanya spt rumah; rumah tiruan. berumah 1 mempunyai atau memiliki rumah. 2 tinggal atau duduk di: Dia tidak suka ~ di pekan. berumahkan menggunakan sesuatu sbg rumah: Orang-orang zaman dahulu ~ gua. perumahan 1 kumpulan rumah; rumah-rumah tempat tinggal: Tempat itu dijadikan kawasan ~ utk bekas tentera. 2 hal dll mengenai rumah: masalah ~. perumah ist organisma yg digunakan oleh parasit sbg tempat tinggal, tempat mendapatkan makanan dan perlindungan. serumah 1 seisi keluarga. 2 tinggal dlm satu rumah: Mereka sepejabat dan ~. menyerumahkan menempatkan (meletakkan) dlm satu rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Rumah siapa lentik bumbung,
     Rumah Cik Putih jual padi;
Tunang siapa turun bertudung,
     Tunang abang nikah tak jadi.


Lihat selanjutnya...(143)
Peribahasa

Rumah tinggal sarang hantu,
     orang bujang sarang fitnah.

Bermaksud :

Orang yang tinggal sendirian senantiasa menjadi tumpuan percakapan.

 

Lihat selanjutnya...(73)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
~melawat ke rumah orang tua ~melawat ke rumah-rumah orang tua ~melawat ke rumah orang-orang tua ~melawat ke rumah orang tua-tua ~melawat rumah orang tua ~melawat rumah-rumah orang tua ~melawat rumah orang-orang tua ~antidadah ~anti-dadah ~anti dadah ~anti-Amerika ~anti Amerika ~antiAmerika ~melawat rumah orang tua-tua YG MANA BETUL TATABAHASANYA?Orang tua membawa maksud orang yang sudah tua dan orang tua juga boleh bermaksud ibu bapa. Oleh itu, frasa "melawat ke rumah orang tua" boleh membawa dua makna tersebut dan frasa "melawat ke rumah orang-orang tua" bermaksud melawat ke rumah orang yang sudah tua. Kata melawat perlu diikuti kata sendi nama ke kerana dihadapannya ialah tempat, iaitu rumah orang tua/rumah orang-orang tua.
Ejaan yang betul ialah antidadah dan anti-Amerika. Perkataan anti ialah awalan asing yang bersambung terus dengan perkataan yang mengikutinya kecuali kata nama khas seperti anti-Amerika dan anti-Yahudi.
Tatabahasa06.10.2012
Salam sejahtera! Tajuk:Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif Soalan: Berikut manakah jawapan ayat pasif yang betu bagi ayat aktif yang diberikan? Ayat aktif: Angin ribut telah menerbangkan bumbung zink rumah-rumah di kampung itu malam tadi. Ayat Pasif 1: Bumbung zink rumah-rumah telah diterbangkan oleh angin ribut di kampung itu malam tadi. Ayat Pasif 2: Bumbung zink rumah-rumah di kampung itu telah diterbangkan oleh angin malam tadi. Terima kasih.Ayat Pasif 2: Bumbung zink rumah-rumah di kampung itu telah diterbangkan oleh angin ribut malam tadi. Tatabahasa17.07.2011
Sila tunjukkan kesalahan dari segi tatabahasa dalam ayat ini ( Rumah-rumah yang terdapat di kawasan itu besar-besar belaka). Terima kasih

 Ayat yang betul ialah semua rumah yang terdapat di kawasan itu besar-besar belaka atau rumah-rumah yang terdapat di kawasan itu besar belaka.

Tatabahasa09.09.2009
1. kerajaan telah mendirikan/menjadikan rumah-rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan rendah. 2. Encik Pang ialah Guru Besar sekolah ini. Adakah 'Guru Besar' perlu huruf besar dalam ayat ini. saya berpendapat guru besar harus dihuruf kecilkan tetapi buku kerja yang saya gunakan kata tidak ada kesalahan. jadi saya meminta tuan tolong jelaskan. 3. Halaman rumah Puan Tan amat luas sekali. 4. Di dalam bakul itu apa? 5. Dia merupakan salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis. Adakah ayat 3 hingga 5 itu mmempunyai kesalahan? Jika ya saya meminta jasa baik tuan tolong terangkan kesalahan tersebut. sekian terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah: Kerajaan telah mendirikan rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

2. Encik Pang ialah guru besar sekolah ini. Guru besar perlu ditulis dengan huruf kecil kerana guru besar ialah kata nama am. Walau bagaimanapun, jika menyatakannya secara terperinci misalnya Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Melati, perlulah menggunakan huruf besar.

3. Halaman rumah Puan Tan amat luas sekali betul kerana kata penguat amat + kata adjektif + sekali boleh hadir serentak.

4. Ayat :Di dalam bakul itu apa adalah betul kerana apa ialah kata ganti nama diri tanya. Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya terletak di bahagian predikat. (Sila ruju buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halam 446) 

5.Ayat:Dia merupakan salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis adalah betul.

Tatabahasa07.12.2009
Secara umumnya, tempat-tempat kediaman boleh berbentuk rumah sesebuah, rumah berkembar, apartmen atau unit rumah pangsa, rumah teres, bangsal berbumbung atap atau zink, unit rumah buruh. Papan atau konkrit (seperti terdapat di estet-estet) atau sebarang jenis struktur sementara atau tetap yang lain yang tidak termasuk dalam mana-mana jenis di atas. Tempat kediaman jenis yang terakhir ini mungkin dalam bentuk bangsal, gua, tempat berteduh berbumbung zink yang kecil, bangsal yang tidak mempunyai bumbung yang sempurna atau rumah bot. Soalan saya: Terdapat perkataan 'atau' disebut secara berulang pada ayat yang kedua. Adakah sesuai atau ada cara lain yang boleh disampaikan dengan maksud yang sama? Harap pihak DBP dapat memberikan cadangan dan pandangan dalam menyelesaikan kekusutan penggunaan bahasa bagi pihak saya. Sekian, terima kasih.Penggunaan 'atau' adalah betul pada contoh yang diberikan. Walaupun berulang tetapi tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca.Tatabahasa17.06.2009
1. Mereka jarang balik ke kampung. 2. Pakaian pelakon itu sangat jarang. 3. Keluarga Pak Salleh jarang berkunjung ke rumah kami semenjak pindah ke Kuala Lumpur. 4. Rumah-rumah di kampung itu kelihatan jarang. Keempat-empat penggunaan jarang di atas, manakah penggunaan jarang yang lebih tepat. 5. Ibu menanam bunga di taman. Ataupun Ibu menanam pokok bunga di tanam. Manakah ayat yang lebih tepat. Terima Kasih.

Jarang bermaksud 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): 2. tidak lebat, tidak padat: manakala jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim. berdasarkan makna tersebut ayat 2 (Pakaian pelakon itu sangat jarang) dan 4 (Rumah-rumah di kampung itu kelihatan jarang) betul penggunaan kata jarangnya, manakala ayat 1 dan 3, yang betul ialah jarang-jarang. 

Tatabahasa07.03.2010
Contoh ayat: Rumah saya terletak di antara rumah Hassan dan/dengan rumah Ah Beng.Rumah saya terletak di antara rumah Hassan dengan rumah Ah Beng.Tatabahasa24.03.2011
'Rumah kayu-kayu itu habis dimakan oleh anai-anai.' Apakah cadangan untuk betulkan ayat ini? Terima kasih

Saudara,

Ayat tersebut boleh dibetulkan menjadi 'Rumah-rumah kayu itu habis dimakan oleh anai-anai.

Tatabahasa20.10.2009
tolong hantarkan saya apa jua mengenai penggunaan kata sempang dan imbuhan "meng-i"Tanda sempang lazimnya digunakan penulisan kata ganda saeperti kuih-muih, rumah-rumah dan kata-kata. Apitan meN...i (termasuklah meng...i) boleh ada dalam kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata tugas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 202.Tatabahasa23.08.2009
Saya dalam urusan memohon kelulusan papantanda iklan syarikat (Qaseh Nursing Care Sdn Bhd.) di Melaka menerusi Majlis erbandaran Hang Tuah Jaya. Syarikat ini menjalankan kegiatan memberi khidmat kejururawatan dan ahli fisioterapi bergerak ke rumah-rumah (mobile nursing). Tajuk papantanda saya "JURURAWAT DAN FISIOTERAPI BERGERAK" telah ditolak oleh DBP. Minta diubah kepada "PERKHIDMATAN JAGAAN DI RUMAH".1) Mengapa DBP menolak perkataan JURURAWAT BERGERAK kerana dia adalah terjemahan daripada MOBILE NURSING.2) PERKATAAN JURURAWAT adalah perkataan Bahasa Malaysia yang ada dalam kamus DBP 3) "Nature of Busines" kami sememangnya bertepatan kerana pekerja kami adalah jururawat bertauliah yang memberi kidmat kejururawatn bukan sekadar jagaan. 4) Perkataan JAGAAN yang disyorkan boleh memberi tafsiran yang tersasar dari maksud sebenar merawat kerana JAGAAN DI RUMAH juga memberi konotasi jagaan keselamatan (Jaga/guard) 5) Konsep Home Nursing atau Mobile Nursing memang agak baru di negara kita dan terjemahan tidak diragukan kepada istilah tersebut dalam bahasa kita ialah "Jururawat di rumah" atau "Jururawat Bergerak" mengapa saya dilarang menggunakan perkataaan JURURAWAT dalam papantanda perniagaan dimaksudkan. Sekian dan salam hormat.Untuk makluman, istilah "Home Nursing" telah dibincangkan dalam Sidang Pakar Ke-20 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) pada tahun 2006. Negara Brunei Darussalam dan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan istilah "Jagaan di Rumah" untuk istilah "Home Nursing".Istilah20.07.2011
12345678910...

Kembali ke atas