Salam sejahtera, Saya inginkan kepastian terhadap istilah yang kami terjemahkan di bawah; 1. Nursing = penjagaan 2. Nursing home = rumah penjagaan 3. Nursing care = perawatan Adakah terjemahan ini tepat? Mohon penjelasan daripada pihak tuan terhadap isu ini. sekian, terima kasih | 1. Nursing boleh diterjemahkan kepada kejururawatan atau penjagaan bergantung pada konteks penggunaannya. 2. Nursing home - rumah penjagaan 3. Nursing care - penjagaan jururawat | Penyemakan dan penterjemahan | 02.06.2015 |
Saya dalam urusan memohon kelulusan papantanda iklan syarikat (Qaseh Nursing Care Sdn Bhd.) di Melaka menerusi Majlis erbandaran Hang Tuah Jaya. Syarikat ini menjalankan kegiatan memberi khidmat kejururawatan dan ahli fisioterapi bergerak ke rumah-rumah (mobile nursing). Tajuk papantanda saya "JURURAWAT DAN FISIOTERAPI BERGERAK" telah ditolak oleh DBP. Minta diubah kepada "PERKHIDMATAN JAGAAN DI RUMAH".1) Mengapa DBP menolak perkataan JURURAWAT BERGERAK kerana dia adalah terjemahan daripada MOBILE NURSING.2) PERKATAAN JURURAWAT adalah perkataan Bahasa Malaysia yang ada dalam kamus DBP 3) "Nature of Busines" kami sememangnya bertepatan kerana pekerja kami adalah jururawat bertauliah yang memberi kidmat kejururawatn bukan sekadar jagaan. 4) Perkataan JAGAAN yang disyorkan boleh memberi tafsiran yang tersasar dari maksud sebenar merawat kerana JAGAAN DI RUMAH juga memberi konotasi jagaan keselamatan (Jaga/guard) 5) Konsep Home Nursing atau Mobile Nursing memang agak baru di negara kita dan terjemahan tidak diragukan kepada istilah tersebut dalam bahasa kita ialah "Jururawat di rumah" atau "Jururawat Bergerak" mengapa saya dilarang menggunakan perkataaan JURURAWAT dalam papantanda perniagaan dimaksudkan. Sekian dan salam hormat. | Untuk makluman, istilah "Home Nursing" telah dibincangkan dalam Sidang Pakar Ke-20 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) pada tahun 2006. Negara Brunei Darussalam dan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan istilah "Jagaan di Rumah" untuk istilah "Home Nursing". | Istilah | 20.07.2011 |
Apakah terma yang betul untuk home financing? | Kami mencadangkan "home financing" diterjemahkan sebagai "pembiayaan rumah". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 22.06.2022 |
home theater | teater rumah | Lain-lain | 17.06.2008 |
Assalamulaikum, untuk pengetahuan pihak tuan, saya sedang dalam proses menghantar draf manuskrip akhir kepada editor DBP. Tajuk buku adalah Home Schooling: Aplikasi dan reality. Saya dicadangkan oleh editor untuk menukar perkataan Home Schooling ke dalam bahasa Melayu. Tolong cadangkan terjemahan yang betul mengikut pandangan pihak DBP. | Istilah Home Schooling masih tidak ada dalam pangkalan data kata. Cadangan daripada pihak kami istilah yang sesuai bagi Home Schooling ialah bersekolah di rumah | Istilah | 17.02.2016 |
Apakah istilah Melayu bagi frasa "Take Home Exam (THE)"? | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk Take Home Exam ialah Peperiksaan di Rumah. | Istilah | 17.05.2021 |
Apakah istilah yang tepat bagi lembaran-lembaran kerja yang diberikan kepada murid untuk diselesaikan di rumah? Kerja sekolah ataupun kerja rumah? | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, homework ialah 1. school work done at home, kerja /rumah, sekolah/; Dalam data kami, padanan homework ialah kerja rumah yang digunakan dalam bidang pendidikan. | Tatabahasa | 26.08.2013 |
Aniza Borhan 11.59 PAGI As salam... saya ingin mengemukakan kemusykilan... Untuk istilah IT, Home (butang yang terdapat pada papan kekunci - sering diterjemah sebagai RUMAH. Bolehkah saya menggunakan INDUK kerana sifatnya yang sedemikian dan rasanya istilah itu sesuai dengan penggunaannya? | Merujuk Kamus Komputer padanan perkataan Home dalam bahasa Melayu ialah rerumah, iaitu tempat permulaan kursor pada skrin. 2. Kedudukan awal untuk menempatkan jari pada papan kekunci bagi penaipan pantas. | Istilah | 13.09.2017 |
kami ingin menterjemahkan "Bringing you the taste of home for 100 years. berikut adalah cadangan terjemahan. - Membawa citarasa rumah kepada anda selama 100 tahun jika terjemahan yang dicadangakan adalah kurang tepat, mohon terjemahan yang betul. terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk "bringing you the taste of home for 100 years" ialah menyajikan keenakan sajian sejak 100 tahun bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 27.07.2022 |
Saya cuba menggunaan applikasi carian kata tapi tidak mendapat jawapan yang dikehendaki. Soalan saya apakah istilah yang tepat untuk "sheltered home" | Dalam data kami sheltered workshops diterjemahkan kepada bengkel perlindungan. Oleh itu kami mencadangkan sheltered home diterjemahkan kepada rumah perlindungan. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.09.2017 |