Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) rumah kediaman orang Iban, Bidayuh dsb di Borneo; b) rumah pelacuran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rumah yg panjang yg didiami oleh beberapa banyak keluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Ke bandar Melaka ke rumah Cik Alang,
     Hendak bersafar ke Tanjung Keling;
Kalau semua orang berambut panjang,
     Apatah hal nasib si tukang gunting?


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah ["setengah penduduk" di pedalaman Sarawak tinggal di rumah panjang] betul?Jika salah, apakah gantian yang sesuai?Setengah penduduk di pedalaman Sarawak tinggal di rumah panjang - ayat ini kurang tepat kerana setengah bermaksud separuh atau seperdua, ayat yang betul ialah "Sesetengah penduduk di pedalaman Sarawak tinggal di rumah panjang" - sesetengah bermaksud sebilangan.Tatabahasa28.03.2010
Abu menasihati pelancong itu supaya menghormati tatacara/tatasusila masyarakat di rumah panjang itu. Mana lebih tepat-tatacara atau tatasusilaPerkataan yang lebih tepat adalah tatacara yang bermaksud 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur.Makna06.03.2007
Saya ingin merujuk maksud perkataan Murut yang terdapat dalam Kamus Dewan edisi keempat muka surat 1058. Pada pendapat saya, maksud yang diberikan sudah tidak sesuai pada masa kini. Ini kerana, saya sendiri merupakan bangsa Murut dan saya sangat tidak bersetuju dengan maksud yang diberikan. Kalau dibuat tinjauan, sudah tentu 100% suku kaum Murut tidak bersetuju dengan maksud yang diberikan. Suku kaum Murut kini tidak lagi tinggal di rumah panjang, pekerjaan pula pelbagai dan kini menetap di satu tempat. Mungkin maksud yang boleh diberikan ialah : suku kaum peribumi di Sabah, terutamanya di daerah Tenom, Keningau dan Nabawan. Sekian, terima kasih.Pandangan saudara kamiĀ hargai dan akan kami salurkan kepada Bahagian Perkamusan untuk dibuat penambahbaikan bagi penerbitan kamus/istilah edisi baharu.Makna28.10.2012
MAKSUD PERKATAAN SERAMBI

Saudara,

Perkataan serambi mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud 1. selasar yg panjang (bersambung dgn ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit); 2. Id platform (di stesen kereta api), peron; ~ belakang serambi yg di bahagian belakang rumah; ~ depan (muka) serambi yg di depan rumah; ~ jantung (Bio) rongga atau ruang jantung yg di sebelah atas.

Makna14.01.2010
saya mewakili syarikat memerlukan terjemahan sesuai untuk perkataan berikut: - 1) walk-in wardrobe 2) built-in cabinet 3) penthouse 4) perbezaan antara lanai, balkoni dan serambi sekian terima kasihKami cadangkan padanan perkataan walk-in wardrobe ialah almari pakaian terbuka dan built-in cabinet ialah kabinet pasang siap. Padanan penthouse ialah emper. Lanai bermaksud dataran, balkoni bermaksud anjung kecil pada tingkat atas rumah bertingkat dan serambi bermaksud selasar yang panjang (bersambung dengan ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit).Tatabahasa14.06.2012
definisi perkataan "kemuliaan", "kesederhanaan", "nilai", "etika" dan "tonggak"Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kemualiaan bermaksud perihal mulia, kebesaran, kehormatan, keluhuran. Makna kesederhanaan pula ialah perihal sederhana (sedang, pertengahan). Nilai pula bermaksud taksiran, kadar, nisbah. Etika bermakna ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral, manakala makna tonggak ialah 1. kayu yang panjang dan dipasang tegak, 2. tiang rumah, 3. ukuran jauh yang bersamaa dengan 4901 kaki atau 1500 meter. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna04.09.2008
Saya pelajar tahun 6 SK Desa Pandan. Mohon penjelasan bagi penggunaan penjodoh bilangan yang betul bagi soalan dibawah ; Nenek Tumiah mengambil beberapa .................... kayu api untuk membakar ikan keli. A.bilah B.keping C.batang D.puntung Kami yang menjawap D.puntung telah dipersalahkan Guru. Sedangkan menurut ; Diantara erti dan penggunaan penjodoh bilangan 'Puntung' dalam Kamus Dewan Edisi Keempat : 4. penjodoh bilangan utk keratan kayu yg pendek-pendek (kayu api dll): tolong bawakan beberapa ~ kayu api ke atas rumah. Mohon penjelasan tentang isu ini. Kami takut dengan Guru ini kerana sikapnya yang pantang dicabar pendapatnya.Jawapan yang betul ialah D. puntung kerana puntung menjadi penjodoh bilangan untukk keratan kayu yang pendek-pendek seperti kayu api. Jawapan lain yang hamir betul ialah C. batang tetapi batang menjadi penjodoh bilangan bagi benda yang panjang.Tatabahasa15.03.2013

Kembali ke atas