rumahtangga atau rumah tangga | rumah tangga | Ejaan | 05.08.2011 |
1) Istilah kata majmuk berpasangan 'suri rumah ( housewife ) bukankah tanpa tangga ? Mengapakah Kamus Dewan Edisi 4 masih mencatatkan 'suri rumah ( tangga )' Apakah penjelasan tentang tangga dalam kurungan ini ? 2) Istilah 'mertua' ( Bahasa Jawa ) yang salah juga tercatat dalam Kamus yang sama . Adakah kata ini diterima selain 'mentua'? | 1. Fungsi (tangga) dalam perkataan suri rumah (tangga) seperti yang tercatat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan pilihan. Pengguna diberi pilihan untuk menggunakan suri rumah sahaja ataupun suri rumah tangga. Kedua-duanya betul. 2. Istilah mertua berasal dari Jakarta, tidak digunakan di Malaysia. Yang diterima pakai di negara kita ialah mentua. | Istilah | 08.02.2010 |
1) Apakah perbezaan penggunaan 'adalah' dan 'ialah'? 2) Adakah perkataan spt 'kraf tangan', 'rumah tangga', 'kaki tangan' dsb didekatkan atau dijarakkan. Cth: kaki tangan atau kakitangan. Ia dikira sbg satu atau dua perkataan? | 1. "Ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. 2. kakitangan, rumah tangga, kraf tangan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 13.08.2009 |
kata' rumah tangga' dan 'rumah baharu'. salah satu daripadanya ialah kata majmuk. Begaimanakah kita hendaklah memberikan penjelasan tentang cara membezakan kata majmuk dengan yang bukan majmuk ( seperti contoh di atas) ? | Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72. | Istilah | 03.03.2010 |
definisi keluarga | Maknanya ialah seisi rumah tangga (yg terdiri drpd suami dan isteri atau berserta anak-anak), kelamin. Untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 01.10.2009 |
bagaiman ingin tahu perkataan yang sudah dijarakkan kerana sebelum ini perkataan ini adalah rapat.contoh:rumahtangga. | Rumah tangga yang merupakan kata majmuk dieja sebagai dua perkataan. Kata majmuk merupakan rangkai kata dua atau lebih kata dasar yang membawa makna khusus . | Ejaan | 17.04.2008 |
adakah kaedah tertentu untuk memastikan satu-satu istilah tertentu itu ditulis satu perkataan atau dua perkataan? contoh, "rumah tangga" ditulis dua perkataan yang berasingan manakala "sukarela" ditulis satu perkataan. | kata majmuk yang mengandungi kata dasarnya dua perkataan, dan telah dianggap mantap dan utuh dieja dengan satu perkataan iaitu berlakunya pengecualian, boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan, hlm 132. Begitu juga dalam kes yang saudara nyatakan, sukarela adalah perkataan yang telah mantap dan utuh dan wajib dieja satu perkataan. | Makna | 30.11.2007 |
apakah maksud domestik? | Perkataan domestik bermaksud: 1. berkenaan dengan hal (urusan dll.) dalam negeri. 2. Berkenaan dengan kegiatan rumah tangga. | Makna | 30.01.2013 |
nape tidak ada maksud domestik??? | Perkataan domestik bermaksud berkenaan dengan hall(urusan dll.) dalam negeri. Berkenaan dengan kegiatan rumah tangga. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 361. | Makna | 27.04.2008 |
1.Adik sangat sukakan kucing itu.(Adakah ayat itu salah_) 2.Orang Jepun suka makan makanan yang masih mentah.(Adakah ayat itu salah) 3.Saya jarang datang ke rumahnya sejak dia mendirikan rumah tangga dua bulan lepas.(Apkah kesalahannya) 4. Apakah perbezaan "mengajarkan" dan ' mengajar" 5. Budak itu menangis kerana mahukan aiskrim yang dijual oleh penjual aiskrim.(Apakah kesalahannya) 6. Berita itu telah termuat dalam surat khabar.(apakah kesalahannya) 7. Dia menyayangi anaknya.(adakah ayat itu salah) 8. Apakah perbezaan "merindui" dan merindukan Ribuan terima kasih. | 1. Adik sangat sukakan kucing itu. - salah, imbuhan kan di situ untuk ayat perintah seperti bukakan pintu itu. 2. Orang Jepun suka makan makanan yang masih mentah. - betul, suka dalam ayat ini berfungsi sebaai kata bantu. 3. Saya jarang datang ke rumahnya sejak dia mendirikan rumah tangga dua bulan lepas. - salah, perkatan jarang bermaksud tidak kedap tenunannya. 4. Mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu kepada seseorang; ia menajarkan cara-cara mengendalikan mesin tersebut, manakala "mengajar" bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dsb) kpd orang lain. 5. Budak itu menangis kerana mahukan aiskrim yang dijual oleh penjual aiskrim. - tidak salah. 6. Berita itu telah termuat dalam surat khabar. - tidak salah 7. Dia menyayangi anaknya. - tidak salah. 8. Merindui bermaksud mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk bertemu dengan seseorang atau mendapatkan sesuatu, manakala merindukan bermaksud membangkitkan rasa rindu. | Tatabahasa | 07.10.2009 |