rumah melayu tradisional atau rumah tradisional melayu | Jawapan yang betul ialah rumah melayu tradisional. | Tatabahasa | 21.04.2010 |
1) Apakah definisi kampung tradisional dan ciri-ciri kampung tradisional 2) Apakah definisi bandar metropolitan | 1. Tidak ada definisi khusus untuk kampung tradisional dan ciri kampung tradisional dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat definisi "kampung" dan "tradisional" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. iaitu: i. kampung bermaksud 1. kawasan kediaman (terdiri daripada sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun 2. kawasan dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok 3. (kiasan) tidak moden, agak kolot 4. bukan dihasilkan (dipelihara dll) dengan cara pengurusan moden, terpelihara (terhasil, terjaga, dll) cara kampung ii. tradisional bermaksud berkaitan dengan, bersifat, atau mengikut tradisi, 2. Dalam bidang Geografi, istilah bandar metropolitan bermaksud sesebuah bandar yang terlalu besar atau sebuah kawasan bandar yang diperluas. | Makna | 29.11.2012 |
maksud warisan tradisional? faktor yang menyebabkan warisan tradisional semakin merosot? | Warisan tradisional ialah bahan-bahan sama ada benda atau bukan benda seperti rumah Melayu lama (benda) dan pantun (bukan benda) yang menjadi lambang atau identiti sesebuah bangsa atau suku kaum. Untuk menyatakan bahawa warisan tradisional semakin merosot pada hari ini adalah sesuatu yang subjektif. | Lain-lain | 12.02.2008 |
Mohon pencerahan untuk penggunaan perkataan dan terjemahan Bahasa Inggeris yang betul. 1. Tunjuk langit- Finial 2. Rumah Pemeleh Kelantan- Kelantanese ‘pemeleh’ house Terima kasih | Menurut istilah bahasa Melayu, terjemahan bagi "Finial" ialah bentuk hiasan atas, tepi atau mana-mana pada bahagian sesuatu. Konsep yang betul ialah pemeleh rumah, iaitu papan yang digunakan sebagai salah satu komponen hiasan bumbung Rumah Melayu Tradisional Kelantan. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.04.2022 |
Boleh saya tahu perbezaaan kampung dan desa? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020): desa kata nama 1 kawasan kediaman yang terletak jauh dari bandar yang dihuni oleh sekelompok masyarakat dan biasanya terdapat kemudahan seperti masjid, klinik dan sekolah; 2 bahasa klasik daerah, kawasan atau tempat; kampung kata nama 1 kawasan kediaman yang terletak jauh dari bandar, dan biasanya terdiri daripada sekumpulan rumah serta bangunan lain seperti masjid, balai raya dan sekolah: Setelah tamat SPM, aku meninggalkan kampung utk berhijrah ke Kuala Lumpur. 2 kawasan yang terletak dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: Kampung Jawa yang terletak di tengah-tengah bandar Serian itu dihuni oleh masyarakat Jawa yang berasal dari Pulau Sumatera, Indonesia. 3 Negeri Sembilan kawasan di keliling rumah seseorang atau beberapa buah rumah kepunyaan ahli daripada keluarga yang sama yang biasanya dilingkungi pagar; 4 Minangkabau daerah di desa atau bandar yang lebih kecil daripada negeri tetapi lebih besar daripada dusun, di bawah jagaan seorang ketua yang dipilih oleh penduduk setempat daripada kalangan ketua dusun; Kata adjektif 5 (berkenaan dengan hasil tanaman, ternakan dan sebagainya) dihasilkan dengan cara tradisional, misalnya tanpa penggunaan mesin canggih, bahan kimia dll: kopi kampung; ayam kampung; 6 kiasan (berkenaan dengan pemikiran, gaya hidup dan sebagainya) tidak moden atau ketinggalan zaman: Datuknya masih kampung. Kesimpulannya, desa dan kampung ada persamaan dan perbezaan dari segi pecahan makna. | Makna | 10.07.2024 |