Salam sejahtera! Tajuk:Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif Soalan: Berikut manakah jawapan ayat pasif yang betu bagi ayat aktif yang diberikan? Ayat aktif: Angin ribut telah menerbangkan bumbung zink rumah-rumah di kampung itu malam tadi. Ayat Pasif 1: Bumbung zink rumah-rumah telah diterbangkan oleh angin ribut di kampung itu malam tadi. Ayat Pasif 2: Bumbung zink rumah-rumah di kampung itu telah diterbangkan oleh angin malam tadi. Terima kasih. | Ayat Pasif 2: Bumbung zink rumah-rumah di kampung itu telah diterbangkan oleh angin ribut malam tadi. | Tatabahasa | 17.07.2011 |
1. Rumah orang kaya di atas bukit itu sangat luas dan cantik. (apakah kesalahan ayat di atas?) | 1. Rumah orang kaya di atas bukit itu sangat luas dan cantik. - perkataan luas kurang tepat kecuali jika disabitkan kepada dalaman rumah, lazimnya rumah disebut sebagai besar. | Tatabahasa | 19.08.2010 |
1. Rumah batu di tepi sawah itu beratap/beratapkan genting. Apakah perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut? 2. Izana berkhidmat sebagai sukarela di rumah kebajikan. Adakah ayat ini betul? Tolong tuan terangkan jika ayat ini salah. 3. Cahaya lampu yang tersilau/menyilaukan itu menyakitkan mata saya. Bolehkah tuan menerangkannya kepada saya. Sekian terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah "Rumah batu di tepi sawah itu beratapkan genting." Bezanya adalah seperti berikut: beratapmempunyai (memakai) atap, dibubuh (dipasangkan) atapnya: pondok itu belum ~; beratapkanmempunyai atau dipasangkan sesuatu (spt rumbia, genting, dsb) sbg atapnya atau bumbungnya: rumah papan ~ genting; 2. Ayat yang betul ialah "Izana berkhidmat secara sukarela di rumah kebajikan." 3. Ayat yang betul ialah "Cahaya lampu yang menyilaukan itu menyakitkan mata saya." menyilaukanmenyebabkan menjadi silau: sinar matahari itu sungguh ~ mataku; tersilaumenjadi silau; | Tatabahasa | 07.12.2009 |
1. kerajaan telah mendirikan/menjadikan rumah-rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan rendah. 2. Encik Pang ialah Guru Besar sekolah ini. Adakah 'Guru Besar' perlu huruf besar dalam ayat ini. saya berpendapat guru besar harus dihuruf kecilkan tetapi buku kerja yang saya gunakan kata tidak ada kesalahan. jadi saya meminta tuan tolong jelaskan. 3. Halaman rumah Puan Tan amat luas sekali. 4. Di dalam bakul itu apa? 5. Dia merupakan salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis. Adakah ayat 3 hingga 5 itu mmempunyai kesalahan? Jika ya saya meminta jasa baik tuan tolong terangkan kesalahan tersebut. sekian terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah: Kerajaan telah mendirikan rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan rendah. 2. Encik Pang ialah guru besar sekolah ini. Guru besar perlu ditulis dengan huruf kecil kerana guru besar ialah kata nama am. Walau bagaimanapun, jika menyatakannya secara terperinci misalnya Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Melati, perlulah menggunakan huruf besar. 3. Halaman rumah Puan Tan amat luas sekali betul kerana kata penguat amat + kata adjektif + sekali boleh hadir serentak. 4. Ayat :Di dalam bakul itu apa adalah betul kerana apa ialah kata ganti nama diri tanya. Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya terletak di bahagian predikat. (Sila ruju buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halam 446) 5.Ayat:Dia merupakan salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis adalah betul. | Tatabahasa | 07.12.2009 |
Adakah ayat berikut gramatis? 1) Rumah besar di atas bukit itu begitu cantik sekali. 2) Adakah frasa berdasarkan kajian = berdasar pada kajian? (Harap dapat penjelasan daripada pihak tuan. Terima kasih) | 1) Rumah besar di atas bukit itu begitu cantik sekali. - ayat ini gramatis 2) Frasa yang betul ialah "berdasarkan kajian". | Tatabahasa | 15.09.2011 |
Saya dalam urusan memohon kelulusan papantanda iklan syarikat (Qaseh Nursing Care Sdn Bhd.) di Melaka menerusi Majlis erbandaran Hang Tuah Jaya. Syarikat ini menjalankan kegiatan memberi khidmat kejururawatan dan ahli fisioterapi bergerak ke rumah-rumah (mobile nursing). Tajuk papantanda saya "JURURAWAT DAN FISIOTERAPI BERGERAK" telah ditolak oleh DBP. Minta diubah kepada "PERKHIDMATAN JAGAAN DI RUMAH".1) Mengapa DBP menolak perkataan JURURAWAT BERGERAK kerana dia adalah terjemahan daripada MOBILE NURSING.2) PERKATAAN JURURAWAT adalah perkataan Bahasa Malaysia yang ada dalam kamus DBP 3) "Nature of Busines" kami sememangnya bertepatan kerana pekerja kami adalah jururawat bertauliah yang memberi kidmat kejururawatn bukan sekadar jagaan. 4) Perkataan JAGAAN yang disyorkan boleh memberi tafsiran yang tersasar dari maksud sebenar merawat kerana JAGAAN DI RUMAH juga memberi konotasi jagaan keselamatan (Jaga/guard) 5) Konsep Home Nursing atau Mobile Nursing memang agak baru di negara kita dan terjemahan tidak diragukan kepada istilah tersebut dalam bahasa kita ialah "Jururawat di rumah" atau "Jururawat Bergerak" mengapa saya dilarang menggunakan perkataaan JURURAWAT dalam papantanda perniagaan dimaksudkan. Sekian dan salam hormat. | Untuk makluman, istilah "Home Nursing" telah dibincangkan dalam Sidang Pakar Ke-20 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) pada tahun 2006. Negara Brunei Darussalam dan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan istilah "Jagaan di Rumah" untuk istilah "Home Nursing". | Istilah | 20.07.2011 |
1. Mereka jarang balik ke kampung. 2. Pakaian pelakon itu sangat jarang. 3. Keluarga Pak Salleh jarang berkunjung ke rumah kami semenjak pindah ke Kuala Lumpur. 4. Rumah-rumah di kampung itu kelihatan jarang. Keempat-empat penggunaan jarang di atas, manakah penggunaan jarang yang lebih tepat. 5. Ibu menanam bunga di taman. Ataupun Ibu menanam pokok bunga di tanam. Manakah ayat yang lebih tepat. Terima Kasih. | Jarang bermaksud 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): 2. tidak lebat, tidak padat: manakala jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim. berdasarkan makna tersebut ayat 2 (Pakaian pelakon itu sangat jarang) dan 4 (Rumah-rumah di kampung itu kelihatan jarang) betul penggunaan kata jarangnya, manakala ayat 1 dan 3, yang betul ialah jarang-jarang. | Tatabahasa | 07.03.2010 |
1. melihat rumah contoh atau melihat contoh rumah, soalan contoh atau contoh soalan. 2. Bolehkah memulakan ayat dengan kata hubung spt dengan atau justeru? | Saudara, Frasa rumah contoh, contoh rumah, soalan contoh atau contoh soalan boleh digunakan bergantung pada aspek kata nama yang hendak dijelaskan. Kata hubung seperti dengan atau justeru digunakan untuk memulakan ayat dalam konteks sudah terdapat wacana atau perenggan sebelumnya dan penggunaan kata hubung ini adalah sebagai sambungan wacana tersebut. | Tatabahasa | 12.10.2010 |
salam saya ingin bertanyakan maksud kepada peribahasa berikut: 1. rumah kemakmuran 2. telaga di bawah gunung | Telaga di bwah gunung bermakna perempuan yang membawa untung dan bahagia kepada suaminya. rumah kemakmuran tiada dalam rujukan kami. | Lain-lain | 14.10.2009 |
tolong semak ayat ini. betul ke tidak. boleh diterima atau tidak. 1) Nenek Ali rajin berkemas rumah. 2) Nenek rajin berkemas rumah. 1) Nenek Ali menyayangi cucunya. 2) Nenek Ali menyanyanyi cucu. 3) Nenek sangat menyayangi cucu. 4) Nenek sangat menyayangi cucunya. 1) Nenek saya memasak bubur untuk untuk saya. | Ayat Nenek Ali rajin berkemas rumah, Nenek rajin berkemas rumah, Nenek Ali menyayangi cucunya dan Nenek sangat menyayangi cucunya adalah ayat gramatis. | Tatabahasa | 24.05.2012 |