Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rum.bia] | رومبيا

Definisi : sj tumbuhan (palma yg menghasilkan sagu, dan daunnya dibuat atap), sagu, Met­roxylon spp.; atap ~ atap yg diperbuat drpd daun rumbia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rum.bia] | رومبيا

Definisi : nama sj pokok palma yg menghasilkan sagu dan daunnya dpt dibuat atap, Metroxylon spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rumbia

Puisi
 

Pokok rumbia pokok dedap,
     Manakan sampai si pokok jambu;
Sedangkan lebai lagikan tersilap,
     Inikan pula kurang ilmu.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Menantikan buah rumbia masak.

Bermaksud :

Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mencari perkataan selaian (lorong dan denai) untuk digunakan ,yg memgambarkan suasana kampong lama

Sawah bendang,  pepohon nyiur, atap rumbia, wakaf, tok penghulu, perigi, jamung, manjung, dan banyak lagi. Saudara boleh merujuk KD4 pada entri yang berlabel sl (sastera lama).

 

Lain-lain05.10.2009
Apakah maksud mengkawan?Apakah mengkawan ini tergolong dalam penjodoh bilangan?Mengkawan sama makna dengan bengkawan, iaitu: 1. bilah buluh yang digunakan sebagai tulang atap rumbia (nipah dan lain-lain); dan bengkawan (tidak dinyatakan pula mengkawan) juga menjadi penjodoh bilangan bagi atap.Makna24.11.2010
1. Rumah batu di tepi sawah itu beratap/beratapkan genting. Apakah perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut? 2. Izana berkhidmat sebagai sukarela di rumah kebajikan. Adakah ayat ini betul? Tolong tuan terangkan jika ayat ini salah. 3. Cahaya lampu yang tersilau/menyilaukan itu menyakitkan mata saya. Bolehkah tuan menerangkannya kepada saya. Sekian terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah "Rumah batu di tepi sawah itu beratapkan genting."

Bezanya adalah seperti berikut:

  • beratap

    mempunyai (memakai) atap, dibubuh (dipasangkan) atapnya: pondok itu belum ~;
  • beratapkan

    mempunyai atau dipasangkan sesuatu (spt rumbia, genting, dsb) sbg atapnya atau bumbungnya: rumah papan ~ genting;
  •  

    2. Ayat yang betul ialah "Izana berkhidmat secara sukarela di rumah kebajikan."

    3. Ayat yang betul ialah "Cahaya lampu yang menyilaukan itu menyakitkan mata saya."

  • menyilaukan

    menyebabkan menjadi silau: sinar matahari itu sungguh ~ mataku;
  • tersilau

    menjadi silau;
  •  

    Tatabahasa07.12.2009

    Kembali ke atas