Ali menanam beberapa ……. serai. Jawapannya pucuk atau rumpun? | Penjodoh bilangan yang betul bagi serai ialah rumpun. | Tatabahasa | 07.03.2025 |
Adakah bahasa melayu dengan bahasa indonesia mempunyai assal usul yang sama? | Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia dikatakan berasal daripada rumpun bahasa yang sama, iaitu Austronesia. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat, iaitu Polinesia, Melanesia, Mikronesia dan Nusantara. Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia termasuk dalam kumpulan bahasa Nusantara. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Lain-lain | 08.10.2012 |
sejarah pembinaan bahasa melayu | Bahasa Melayu tergolong dalam rumpun Austronesia. Sejarah bahasa Melayu mempunyai sejarah yang panjang. Pakar-pakar LInguistik percaya sejarah bahasa Melayu bermula pada abad ke-7. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya. Perkembangan bahasa Melayu berterusan dan pada abad ke-16, bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu, bahasa agama, bahasa undang-undang, bahasa ketatanegaraan, bahasa diplomasi, dan bahasa peredagangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku bertajuk Malay : World Language oleh James T. Collin, Perancangan Bahasa di Asia Tenggara oleh Prof Abdullah Hassan, Parancangan Bahasa dengan Rujukan Khas kepada Perancangan bahasa Melayu oleh Prof Asmah Hj Omar, dan Ceritera Bahasa oleh Prof Awang Sariyan. | Lain-lain | 01.09.2007 |
apakah sejarah bahasa melayu? | Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu - Polesia daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iatu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Tulisan Jawi. Perkembangan tiga tahap,iaitu zaman Melaka, Acheh, dan Johor-Riau. Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia. | Lain-lain | 14.12.2007 |
Apakah jawapan yang sesuai utk soalan di bawah? Ibu saya menanam dua _______( batang /rumpun ) pokok buluh di belakang rumah. Tiada gambar disertakan dalam soalan ini. Sekian.. | Ayat yang betul ialah Ibu saya menanam dua batang pokok buluh di belakang rumah. | Tatabahasa | 11.01.2017 |
Jenis bahasa yang diguna pakai masyarakat melayu | Jenis bahasa yang diguna pakai ialah rumpun bahasa Austronesia yang terdiri daripada empat cabang, iaitu kumpulan bahasa Nusantara, kumpulan bahasa Polinesia, kumpulan bahasa Melanesia dan kumpulan bahasa Mikronesia. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 3-5. | Lain-lain | 30.04.2008 |
maksud ketuanan dan melayu | Ketuanan ialah hak menguasai dan memerintah sesebuah wilayah. Melayu ialah nama rumpun bangsa di Nusantara. | Makna | 12.03.2007 |
Adakah perkataan Internasional diterima pakai didalam istilah melayu Malaysia? Boleh berikan asal usul perkataan tersebut. Adakah berasal dari rumpun melayu indonesia? Cadangan bagi menggantikan perkataan internasional yang lebih sesuai digunapakai di malaysia. Terima Kasih. | Perkataan bahasa internasional merupakan bahasa Indonesia yang dipadankan daripada perkataan bahasa Inggeris, international. Padanan bahasa Melayu bagi international ialah antarabangsa. | Tatabahasa | 24.03.2016 |
Bahasa Melayu abad Ke-7? | Bahasa Melayu tergolong dalam rumpun Austronesia. Sejarah bahasa Melayu mempunyai sejarah yang panjang. Pakar-pakar Linguistik percaya sejarah bahasa Melayu bermula pada abad ke-7. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya. Perkembangan bahasa Melayu berterusan dan pada abad ke-16, bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu, bahasa agama, bahasa undang-undang, bahasa ketatanegaraan, bahasa diplomasi, dan bahasa peredagangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku bertajuk Malay : World Language oleh James T. Collin, Perancangan Bahasa di Asia Tenggara oleh Prof Abdullah Hassan, Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khas kepada Perancangan Bahasa Melayu oleh Prof Asmah Hj Omar, dan Ceritera Bahasa oleh Prof Awang Sariyan. Saudara juga boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 7. | Lain-lain | 20.11.2010 |
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya dengan lebih lanjut tentang maksud dan hubungan beberapa perkataan: agama, kaum, bangsa, budaya, etnik dan rumpun | Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu "Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)". PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”. Selamat Mencuba. | Makna | 07.02.2022 |