Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.mu.san] | روموسن

Definisi : pernyataan atau kesimpulan tentang soal-soal pokok (ketetapan, pendirian, dll) yg dinyatakan secara ringkas dan tepat: tegasnya bolehlah kita membuat ~ spt ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.mu.san] | روموسن

Definisi : 1 ringkasan drpd apa-apa yg telah dibicarakan; kesimpulan; inti keseluruhannya: Mereka membuat beberapa ~ dlm pertemuan itu. 2 ringkasan perkataan atau kumpulan perkataan (spt DBP utk Dewan Bahasa dan Pustaka); kependekan; huruf potong. 3 ringkasan hukum atau formula dlm matematik, ilmu kimia dll yg dilambangkan oleh huruf, angka dll: ~ kimia utk air ialah H20. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rumus
Kata Terbitan : rumusan, merumuskan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah rumusan menentukan keselarasan vokal masih relevan dalam bahasa Melayu? Contohnya a dengan a ( talam ), a dengan i ( cantik ), a dengan u ( lampu ) dll. Mengapakah ada rumus keselarasan vokal tetapi dalam masa yang sama ada kekecualian seperti awet, lakon, tiket, forum dll

Encik Rizuan,

Sistem Keselarasan Vokal masih relevan dan menjadi panduan dalam pengejaan kata bahasa Melayu. Walau bagaimanapun terdapat kekecualaian bagi  kata daripada bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris dan bahasa di Nusantara atas sebab persetujuan bersama antara negara anggota dalam Majlis Bahasa Indonesia Malaysia(MBIM) yang kini dikenali sebagai MABBIM.  

Ejaan11.05.2010
Melalui semakan kami, “formula dietary food” dipadankan dengan “rumusan diet”. Kenapakah perkataan “food” tidak disebut atau dipadankan dengan apa-apa padanan? Sebagai perbandingan istilah “customer formula feed” dalam istilah Veterinar PRPM dipadankan dengan “makanan rumusan pelanggan”.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat,

Definisi "diet":
1. makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang;
2. jenis dan banyaknya makanan yg ditetapkan utk se­seorang atau seseekor binatang utk tujuan tertentu.

Berdasarkan istilah bahasa Inggeris, dietary bertindak sebagai kata sifat yang menjadi penerang kepada sesuatu kata seperti dietary food. Walau bagaimanapun, pembentukan dalam bahasa Melayu akan menjadi lewah sekiranya formula dietary food dipadankan dengan "rumusan makanan diet". Padanan yang tepat bagi formula dietary food ialah rumusan diet.

Lain-lain27.07.2021
1. Apakah perbezaan makna dengan a. akhir sekali b. akhirnya c. akhir kata 2. Yang manakah sesuai digunakan dalam merumuskan petikan iaitu soalan SPM bahagian 'Rumusan'?1. Untuk makluman, ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai makna yang sama, iaitu  kemudian sekali, penghabisan.
2. Untuk soalan kedua, dicadangkan supaya digunakan perkataan "akhirnya" kerana rumusan karangan pasa kebiasaannya mempunyai bilangan perkataan yang terhad. Akan tetapi, untuk penerangan yang lebih jelas, mohon berbicang dengan guru yang mengajar mata pelajaraan tersebut kerana mereka lebih arif dalam format penulisan rumusan.
Tatabahasa26.07.2016
1. Semasa membuat rumusan, kata hubung seperti selain itu, tambahan pula,di samping itu dikira sebagai berapa perkataan? 2. perkataan "jawaban" dan "jawapan" yang mana satu betul?

Saudara,

Frasa "selain itu", "tambahan pula" dikira sebagai dua perkataan. Ejaan "jawapan" ialah yang betul bukan "jawaban".   

Tatabahasa22.10.2010
Melalui semakan kami di prpm, padanan bagi perkataan "infant feeding" ialah "memberi makan bayi". Kenapakah padanan tersebut bukan "memberikan makanan kepada bayi"? Kami bercadang untuk memberi padanan kepada perkataan "infant feeding" dalam ayat di bawah ini dengan perkataan "diberi makan kepada bayi". Adakah ia tepat dari sudut tatabahasa dan konteks ayat. Infant formula 389. (1) Infant formula shall be any food described or sold as an alternative for human milk for the feeding of infants. It is a product prepared from milk of cow or other animal or other edible constituent of animal or both, including fish, or from plant suitable for infant feeding Rumusan bayi 389. (1) Rumusan bayi hendaklah apa-apa makanan yang diperihalkan atau dijual sebagai alternatif kepada susu ibu bagi makanan bayi. Ia hendaklah hasil yang disediakan daripada susu lembu atau binatang lain, atau bahagian binatang lain yang boleh dimakan atau kedua-duanya, termasuk ikan, atau daripada tumbuhan yang sesuai untuk makanan bayi
Rumusan bayi 389. (1) Rumusan bayi hendaklah apa-apa makanan yang diperihalkan atau dijual sebagai alternatif kepada susu ibu bagi makanan bayi. Ia hendaklah hasil yang disediakan daripada susu lembu atau binatang lain, atau bahagian binatang lain yang boleh dimakan atau kedua-duanya, termasuk ikan, atau daripada tumbuhan yang sesuai untuk makanan bayi.

Terjemahan di atas oleh tuan adalah betul sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. 
Penyemakan dan penterjemahan18.07.2021
BOLEHKAH SAYA BERURUSAN DENGAN DBP CAWANGAN SABAH UNTUK MENDAPATKAN PENERBITAN BUKU LATIHAN RUMUSAN SPM. APAKAH PERKARA-PERKARA YANG PERLU SAYA SEDIAKAN UNTUK TUJUAN PERRMOHONAN PENERBITAN BUKU LATIHAN TERSEBUT.

Saudara boleh berurusan terus dengan Unit Penerbitan, DBP Cawangan Sabah.

Bahan yang perlu disediakan ialah:

1. Manuskrip yang mempunyai ciri-ciri tersebut

-font saiz 12

-langkau 2 baris

-kertas A4

-disediakan CD writer

-Surat iringan yang menyatakan manuskrip tersebut untuk diterbitkan.

Kelulusan penerbitan manuskrip tersebut tertakluk kepada penilaian awal editor, dan kelulusan JKE/JKP

sekian.Terima kasih

Lain-lain04.03.2009
WIRA BUKIT? ADAKAH IANYA NOVEL ATAU TAK? BAGAIMANA PULA DENGAN KARYA ADIK DATANG? SEBENARNYA SAYA DIBERI TUGASAN YANG BERTAJUK RUMUSAN WIRA BUKIT. JADI SAYA INGIN TAHU ADAKAH WIRA BUKIT ITU TAJUK SEBUAH NOVEL?

Selamat pagi. Wira Bukit karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said ialah judul buku drama yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986. Sedutan drama ini pernah dipentaskan dalam majlis penganugerahan Sasterawan Negara tersebut.

Adik Datang pula merupakan judul novel yang diterbitkan oleh Penerbitan Adabi Sdn. Bhd pada tahun 1980.

Terima kasih.

Lain-lain09.03.2010
Yang manakah satu betul? 1. bersungguh-sungguh belajar / belajar bersungguh-sungguh. 2. berkali-kali menasihatinya / menasihatinya berkali-kali 3. Adakah rumusan berikut terpakai untuk semua frasa keterangan kata kerja? [ frasa adjektif]+kata kerja. Contohnya, bergotong-royong membersihkan, bertungkus lumus memadamkan api, bersungguh-sungguh menyiapkan kerja rumah, dan lain-lain.

Jawapan yang betul  ialah belajar bersungguh-sungguh dan menasihatinya berkali-kali. Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut lagi. Unsur keterangan juga berfungsi sebagai frasa adverba. Unsur keterangan hadir sesudah kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek. Dari segi struktur binaannya, unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan kata adverba. Contohnya,

1. Kerajaan mengeluarkan kenyataan tentang kenaikan gaji

2. Sungai Perak mengalir dengan tenangnya.

3. Pemimpin yang sudah berumur itu bercakap perlahan-lahan.

4. Bunga rampai itu berbau sungguh harum.

5. Mereka berjuang bermati-matian.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang unsur keterangan dalam frasa kerja sila rujuk Tatabahasa Dewan ms. 399-402.

Tatabahasa22.03.2011
Selamat Sejahtera! Please assist in checking the BM translation as below: The triple action formula offers your baby's skin with long lasting protection and comfort. BM translation: Rumusan dengan tiga tindakan memberikan perlindungan dan keselesaan kepada bayi anda. Terima kasih!Terjemahan yang sesuai bagi 'The triple action formula offers your baby's skin with long lasting protection and comfort' ialah Formula tiga tindakan memberikan perlindungan dan keselesaan kepada bayi anda.Makna22.01.2020
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang perkataan "di samping itu" akan dikira sebagai dua perkataan manakala "ke sekolah" akan dikira sebagai satu perkataan kerana penggunaan kata sendi "di" dan "ke" dalam rumusan bahasa Malaysia SPM. Walau bagaimanapun, adakah panduan mengira perkataan ini juga diaplikasikan dalam Karangan bahasa Malaysia? Terima kasihPerkataan di samping itu dikira sebagai tiga patah perkataan. Ke sekolah dikira sebagai dua patah perkataan. Hal ini kerana setiap perkataan tersebut mempunyai makna.Istilah21.08.2010
123

Kembali ke atas