Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[run.du/] | روندوق

Definisi : = merundukkan menundukkan (kepala). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[run.du/] | روندوق

Definisi : tidak tegak (bkn pokok padi dsb). merunduk menjadi runduk; tunduk: Pokok padi makin berbuah makin ~. merundukkan menundukkan (kepala dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
runduk
Kata Terbitan : merunduk,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rujukan sajak bertajuk Di Perpustakaan.Karya Shafie Abu Bakar.

Di Perpustakaan

 

Melangkah ke ruangmu

satu pertukaran yang kontras

dari kehangatan merata

ke kedinginan yang menerpa

terlalu hening di sini

gua pendeta bersemadi

di puncak sepi

di sana sini

kepala-kepala runduk meneliti

mata dan fikir bersebati.

 

Maju ke ruang buku

terlalu kerdil aku di sini terapung di laut ilmu

tercurah berzaman

dalam tak terselam

betapa pun kulayari

bahtera ilmu di sini

tak terteroka

yang akan kucatat

hanya setitik dari tinta

yang akan kupetik

hanya sebiji dari mutiara

engkau adalah pusaka moyang

gedung peradaban insan

terhimpun berzaman.

 

bersemadi di sini

aku adalah pelayar yang dahaga

di dada samudera tak berpantai

betapa pun keteguk darinya

dahaga tak pernah langsai

Lain-lain28.03.2010

Kembali ke atas