| apakah maksud istilah "runner" dalam bahasa Melayu yang selalu digunakan dalam sesuatu jawatankuasa bagi sesuatu program | Tidak ada contoh penggunaan/takrif "runner" dalam konteks yang dimaksudkan. Cadangan kami bagi istilah runner dalam konteks yang diperlukan ialah "Jawatankuasa Tugas-tugas Khas". | Istilah | 07.06.2011 |
| Hi, nak tanya apakah padanan yang sesuai untuk game runner? | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "game runner" ialah penganjur permainan. Mohon berikan ayat penuh agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang lebih tepat mengikut konteks ayat dan bidang. | Makna | 21.08.2021 |
| Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah terjemahan yang betul untuk "runner" dalam konteks seseorang yang diupah untuk berkejar-kejaran dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain untuk menghantar/mengambil dokumen, wakil membuat permohonan sesuatu perkara, membeli barang dll. Contoh istilah bahasa Inggeris ialah "JPJ runner". Terima kasih. | Kami mencadangkan perkataan “utusan” atau “wakil” sebagai padanan bahasa Melayu untuk “runner” dalam konteks maksud yang diberikan. | Istilah | 14.11.2018 |
| Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan "penciller" seperti dalam konteks di bawah: “bookmaker” means any person who— (i) whether on his own account or as penciller, runner, servant or agent for any other person, receives or negotiates bets or wagers, whether on a cash or credit basis and whether for money or money’s worth; Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: penciller - pensiler Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 27.05.2021 |