Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
runsing
Rujuk :risau


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera. Saya menghadapi masalah tentang 2 soalan yang muncul dalam kertas ujian Tahun 6. Soalannya ialah: 1. Manaf bermain di halaman. ( Adakah ayat ini betul? Ataupun ayat sepatutnya begini: Manaf bermain di halaman rumah? ) 2. Hatinya ____ apabila mendengar berita bahawa emaknya dimasukkan ke dalam hospital. A. runsing B. pedih C. gempar D. murung ( Apakah jawapan yang lebih sesuai dalam konteks ayat ini? ) ( Guru yang menyediakan soalan memberikan jawapannya 'A'. Namun, saya merujuk kepada Kamus Dewan, saya dapati 'pedih' boleh menjadi jawapan yang sesuai. Jawapan saya tidak diterima. ) Bolehkah tuan memberikan saya jawapan yang sebenar? Saya dahulukan ucapan ribuan terima kasih jika tuan dapat membantu saya.1. Ayat yang betul ialah " Manaf bermain di halaman rumah.".


2. Hatinya ____ apabila mendengar berita bahawa emaknya dimasukkan ke dalam hospital.
 A. runsing B. pedih C. gempar D. murung

Jawapan yang lebih sesuai ialah runsing.
Tatabahasa15.05.2013
1.Keadaan lalu lintas menjadi tenang pada waktu malam. 2.Hujan mulai tenang pada waktu petang selepas beberapa jam turun dengan lebatnya. Ada salah tak?Tenang bermaksud: 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll); dan 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan). Berdasarkan definisi dalam Kamus Dewan perkataan tenang tidak sesuai digunakan dalam ayat contoh yang tersebut, sebaliknya perkataan reda lebih sesuai digunakan.Tatabahasa25.02.2012
Adakah kedua-dua ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur ayat? 1) Hanya Encik Munir dan Encik Mustafa akan pergi persidangan itu. 2) Puan Zuraini sangat gundah-gulana apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya.Berikut merupakan ayat yang lebih gramatis.

1. Hanya Encik Munir dan Encik Mustafa yang akan pergi ke persidangan itu.
2. Puan Zuraini sangat runsing apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya.
Tatabahasa09.07.2013
Salam sejahtera. Apakah perbezaan huru-hara dan haru-biru dari segi penggunaan? Harap dapat keterangan yang jelas. Terima kasih.Haru-biru ialah haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan: kota yang dahulunya sangat tenang telah menjadi haru-biru;

Mengharu-birukan 1. menimbulkan keru­suh­­an (kekacauan dan lain-lain), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah mengharu-birukan suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dan sebagainya): yang sangat mengharu-birukan fikir­annya ialah perceraian anaknya; masalah itu mengharu-birukan fikirannya;
 
keharu-biruan keadaan haru-biru: keharu-biruan yang ber­laku dalam mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya.

Huru-hara ialah  dalam keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yang aman akan huru-hara akibat hasutan daripada anasir-anasir komunis; 2. dalam keadaan kelam-kabut (tidak keruan dan sebagainya): dia bimbang kalau diisytiharkan pada waktu itu, akan huru-haralah tentera yang berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dengan tidak tentu tujuan: janganlah huru-hara ke sana ke mari dengan kawan-kawan pada waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramal­kan bahawa huru-hara akan berlaku di negeri itu dalam tahun 1990-an;
Tatabahasa08.07.2013

Kembali ke atas