Suatu wacana yang utuh mempunyai dua ciri utama, iaitu tautan dan runtutan. Tautan bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Runtutan pula bermaksud kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna. Dalam bahasa Melayu terdapat lima jenis penanda wacana iaitu penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian,penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran. Penanda wacana boleh digunakan pada permulaan ayat seperti namun, tambahan pula, di samping itu. Contoh ayat: Ali dan keluarganya berpindah ke bandar pada akhir tahun lalu. Namun hatinya masih teringat akan kampung halamannya. Untuk lebih menguasai aspek penanda wacana, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 524-529. Kata hubung seperti dan, atau, tetapi, serta tidak boleh diletakkan pada permulaan ayat kerana kata hubung bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk.
Suatu wacana yang utuh mempunyai dua ciri utama, iaitu tautan dan runtutan. Tautan bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Runtutan pula bermaksud kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna. Dalam bahasa Melayu terdapat lima jenis penanda wacana iaitu penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian,penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran. Untuk lebih menguasai aspek penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 524-529.
Thanks for clicking. That felt good.