Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rush

Peribahasa

534

Slow but sure wins the race

Orang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.

Biar lambat laga, asal menang

In the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that slow but sure wins the race because it was too easy to overlook the vital clues.

Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cadangan terjemahan untuk istilah "adrenaline rush"?Tidak ada terjemahan adrenaline rush dalam pangkalan data kami. Dalam bidang kimia dan perubatan, adrenaline diterjemahkan kepada adrenalina, namun tidak ada padanan rush dalam bidang kimia dan perubatan. Dalam bidang perubatan dan sejarah, rush diterjemahkan kepada terdesak dan kerubut. Penyemakan dan penterjemahan05.05.2015
Apakah padanan bagi istilah Inggeris 'sugar rush' dalam bahasa Melayu?Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:


sugar rush - tenaga segera


Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain19.05.2021
Aslm tuan, saya ada soalan berkaitan etimologi bagi "rusiga". Adakah rusiga ini sebenarnya kependekan bagi "rumput segi tiga"? Selain itu, saya ingin bertanya tentang padanan rasmi bagi "rush", iaitu sejenis tumbuhan bak rumput dalam keluarga Juncaceae. Adakah purun boleh dipakai?1. Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020) rusiga ialah tumbuhan jenis herba daripada famili Cyperaceae yang batangnya bersegi, bulat atau leper serta kasar, akarnya menjalar, daunnya runcing, bunganya halus berjambak dan berbeza-beza mengikut jenis, biasanya tumbuh di kawasan lapang dan kering, mis rumput sendayan. Tidak terakam asal usul kata rusiga ini daripada kependekan rumput segi tiga. Frasa rumput segi tiga juga tidak dijadikan entri/frasa dalam KDP.

2. purun 1;  purun danau ialah rumput sendayan yang hidup di dalam paya atau air yang cetek, dan ditanam di beberapa bahagian di Borneo untuk dijadikan tikar dan bungkusan barang; Lepironia articulata;

purun tikus
ialah rumput sandang; Fimbristylis globulosa.

rumput sandang
ialah rumput yg berbatang leper, agak tinggi, banyak terdapat di kawasan tanah rendah dan lembap, dan batangnya yang dikeringkan boleh dijadikan bahan anyaman; purun tikus; Fimbristylis globulosa.

purun
2 ► rumput purun batu

rumput puruh batu
atau rumput purun batu ialah rumput kepala lalat (tumbuhan); Fimbristylis dichotoma.

rumput kepala lalat ialah rumput sederhana tinggi yang tumbuh berumpun, bunganya berjambak di tengah rumpun, berdaun tirus dan biasanya berbulu, hidup liar di kawasan lapang, boleh dijadikan baja hijau, dan tumbuhan ini boleh dijadikan makanan binatang ternakan; rumput para-para; rumput purun batu; Fimbristylis dichotoma.

Berdasarkan senarai kata dalam PRPM dan KDP, tiada padanan tepat bagi rush yang berkaitan dengan sejenis rumput. Kata purun atau frasanya hanya boleh digunakan jika nama saintifik tumbuhan/rumput tersebut sama seperti yang tersebut di atas.
Makna04.09.2023
Dear Sir / Madam, May i know what is the correct phone number that i can call in. as very hard to call in to ask status. sometimes the advertisement is very rush to advertise. besides, is there any branch in melaka? so i can walk in to apply instead of apply online?Salam Sejahtera. Tuan/puan boleh menghantar visual iklan ke nombor fasimile 03-21479609. Nyatakan juga nombor faksimile tuan/puan dan nombor telefon tuan/puan bersama-sama visual iklan.Lain-lain15.05.2017

Kembali ke atas