Apakah kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat berikut: 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo di hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. | 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo pada hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. | Lain-lain | 29.10.2009 |
Apakah kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat berikut: 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo di hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. 2. Beberapa kawasan-kawasan yang dilimpahi banjir di negeri Pahang akan dimajukan sebagai kawasan pertanian dan ternakan ikan air tawar. | 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo pada hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. 2. Beberapa kawasan yang dilimpahi banjir di negeri Pahang akan dimajukan sebagai kawasan pertanian dan ternakan ikan air tawar. | Tatabahasa | 29.10.2009 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan huru-hara dan haru-biru dari segi penggunaan? Harap dapat keterangan yang jelas. Terima kasih. | Haru-biru ialah haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan: kota yang dahulunya sangat tenang telah menjadi haru-biru; Mengharu-birukan 1. menimbulkan kerusuhan (kekacauan dan lain-lain), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah mengharu-birukan suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dan sebagainya): yang sangat mengharu-birukan fikirannya ialah perceraian anaknya; masalah itu mengharu-birukan fikirannya; keharu-biruan keadaan haru-biru: keharu-biruan yang berlaku dalam mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya. Huru-hara ialah dalam keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yang aman akan huru-hara akibat hasutan daripada anasir-anasir komunis; 2. dalam keadaan kelam-kabut (tidak keruan dan sebagainya): dia bimbang kalau diisytiharkan pada waktu itu, akan huru-haralah tentera yang berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dengan tidak tentu tujuan: janganlah huru-hara ke sana ke mari dengan kawan-kawan pada waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramalkan bahawa huru-hara akan berlaku di negeri itu dalam tahun 1990-an; | Tatabahasa | 08.07.2013 |
Apakah terjemahan yang diiktiraf oleh DBP untuk "Arab Spring", yang merujuk kepada kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan negara-negara Arab yang lain? | Apakah terjemahan yang diiktiraf oleh DBP untuk "Arab Spring", yang merujuk kepada kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan negara-negara Arab yang lain? Konsep "Arab Spring" yang berlaku di beberapa negara Arab seperti Mesir dan Tunisia membawa maksud penukaran kerajaan secara tidak sah melalui gerakan revolusi dan keganasan. Gerakan revolusi membawa maksud perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik, atau sistem sosial yang dilakukan secara radikal dan kekerasan, seperti rusuhan dan pemberontakan bersenjata. | Istilah | 05.07.2013 |
Syarikat saya bercadang untuk mengadakan promosi untuk satu produk baru yang di adakan dengan kerjasama antara KL Monorail dan bas KL HOP ON HOP OFF, jadi kami sedang mencari 1) Soalan saya, adakah ayat di bawah sesuai digunakan? Ronda-ronda Kuala Lumpur dengan hanya satu tiket sahaja-RM20 2) Apakah makna atau maksud penuh bagi perkataan ronda-ronda? 3) Adakah perkataan lain yang sesuai digunakan bersesuaian dengan perkataan ronda-ronda tersebut. | 1) Ronda Kuala Lumpur dengan hanya satu tiket bernilai RM20. 2) makna ronda-ronda Ronda:- = meronda 1.berjalan berkeliling kerana berkawal (menjaga keselamatan): polis ~ di jalan-jalan raya utk mencegah berlakunya rusuhan; 2. perbuatan berjalan berkeliling kerana berkawal; 3. = peronda orang atau sesuatu yg menjaga keselamatan (di jalan raya, di laut, di kampung, dll): polis ~; askar ~; kapal peronda; 4. Mn bersiar-siar, makan angin; 3) i-Bersiar-siar ii- Jalan-jalan | Lain-lain | 16.12.2008 |