Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya pernah tanya soalan ini: Adakah kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang diterima sebagai menepati tatabahasa Melayu untuk memaknai sesuatu yang digunakan untuk memperkukuh, mempercantik dan memperpanjang? Contohnya: Potret-potret catan tangan itu pemercantik kamar yang sudah sedia cantik. Jawapan DBP seperti ini: Kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang tidak diterima sebagai kata dalam bahasa Melayu kerana tidak menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan. Saya tertanya mengapa ia 'tidak menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan' walhal kata 'pemer-' sebagai padanan 'pelaku' untuk 'memper-' iaitu perbuatannya sudah diterima dalam bahasa Melayu khususnya dalam entri Kamus Dewan. Kata seperti 'pemeroleh' yang bermakna orang/pihak yang 'memperoleh' dan 'pemerkosa' yang bermakna orang/pihak yang 'memperkosa' sebahagian perbendaharaan kata Melayu dan ini tidak dapat dibahaskan sebagai 'kekecualian' dalam bahasa kerana tiada bentuk yang dapat diwujudkan untuk 'menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan' dan kata-kata seperti 'pemeroleh' dan 'pemerkosa' mendukung makna sendiri. Mungkin 'sistem pembentukan kata untuk imbuhan' DBP perlu dikemas kini dengan data terkini.<p class="MsoNormal" style="margin: 0in 0in 8pt;">Untuk perkataan memperkukuh, mempercantik dan memperpanjang, awalan memper- bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan lebih atau bertambah bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:p _rdeditor_exists="1">p>p> <p class="MsoNormal" style="margin: 0in 0in 8pt;">            Cantik – mempercatik (menjadikan lebih cantik)p _rdeditor_exists="1">p>p> <p class="MsoNormal" style="margin: 0in 0in 8pt;">(TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA, m.s.: 179)p _rdeditor_exists="1">p>p> <p class="MsoNormal" style="margin: 0in 0in 8pt;">Untuk perkataan pemerkosa, kata dasarnya adalah perkosa. Perkataan ini menerima imbuhan awalan peN- untuk membentuk kata nama terbitan. PeN- menjadi pe- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ny, ng , r, l, dan w. Contohnya:p _rdeditor_exists="1">p>p> <p class="MsoNormal" style="margin: 0in 0in 8pt;">            Masak – pemasakp _rdeditor_exists="1">p>p> <p class="MsoNormal" style="margin: 0in 0in 8pt;">Termasuk dalam jenis ini ialah kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf p, t, k, dan s. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s. Contohnya:p _rdeditor_exists="1">p>p> <p class="MsoNormal" style="margin: 0in 0in 8pt;">            Perkosa – pemerkosap _rdeditor_exists="1">p>p> <p class="MsoNormal" style="margin: 0in 0in 8pt;">            Tahan – penahanp _rdeditor_exists="1">p>p> <p class="MsoNormal" style="margin: 0in 0in 8pt;">            Karang – pengarangp _rdeditor_exists="1">p>p> <p class="MsoNormal" style="margin: 0in 0in 8pt;">            Selam – penyelamp _rdeditor_exists="1">p>p> <p class="MsoNormal" style="margin: 0in 0in 8pt;">Untuk lebih memahami pembentukan kata nama dengan lebih lanjut, tuan boleh merujuk buku TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (m.s.: 104 – 132)p _rdeditor_exists="1">p>p>Tatabahasa11.07.2019
Adakah cara penulisan bibliografi sebegini betul? Chua, T. E. (1991). Managing coastal resources for sustainable development: the ASEAN initiative. Dalam T.E. Chua & L. F. Scura (Eds.). Managing ASEAN’s coastal resources for sustainable development: Roles of policymakers, scientists, donors, media and communities (pp. 21-35). Phillipines: ICLARM. Dalam Muzzneena, A. M. et. al., Kepentingan Rangka Perundangan dan Peraturan Dalam Pemeliharaan dan Pengurusan Paya Bakau di Malaysia. Dalam R. Omar (Ed.). (2002). Proceeding of The Regional Symposium on Environment and Natural Resources (Vol. 1: 612-619). 10-11th April 2002. Malaysia: Hotel Renaissance Kuala Lumpur.<p class="MsoNormal" style="text-align: justify; margin: 0in 0in 8pt;">Contoh bibliografi yang diberikan terlalu panjang dan agak sukar untuk dipecah-pecahkan. Sehubungan dengan itu, diberikan beberapa contoh yang mungkin boleh dijadikan panduan.p _rdeditor_exists="1">p>p> <p class="MsoNormal" style="text-align: justify; margin: 0in 0in 8pt;">p _rdeditor_exists="1">p>        1.        Buku:
                
Farid M. Onn, 1980. Bunga-bunga Suci. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.p _rdeditor_exists="1">p>p> <p class="MsoListParagraphCxSpMiddle" style="text-align: justify; margin: 0in 0in 0pt 0.5in; text-indent: -0.25in; mso-list: l0 level1 lfo1;">2.      Karya Editor:p _rdeditor_exists="1">p>p> <p class="MsoListParagraphCxSpMiddle" style="text-align: justify; margin: 0in 0in 0pt 0.5in;">Anwar Ridhwan (ed.), 1976. Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.p _rdeditor_exists="1">p>p> <p class="MsoListParagraphCxSpMiddle" style="text-align: justify; margin: 0in 0in 0pt 0.5in; text-indent: -0.25in; mso-list: l0 level1 lfo1;">3.      Majalahp _rdeditor_exists="1">p>p> <p class="MsoListParagraphCxSpMiddle" style="text-align: justify; margin: 0in 0in 0pt 0.5in;">Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN” dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-43, Mac 1977.p _rdeditor_exists="1">p>p> <p class="MsoListParagraphCxSpMiddle" style="text-align: justify; margin: 0in 0in 0pt 0.5in; text-indent: -0.25in; mso-list: l0 level1 lfo1;">4.      Kertas Kerjap _rdeditor_exists="1">p>p> <p class="MsoListParagraphCxSpLast" style="text-align: justify; margin: 0in 0in 8pt 0.5in;">Othman Puteh, 1991. “Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang”. Kertas Kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua. Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991. p _rdeditor_exists="1">p>p> <p class="MsoNormal" style="text-align: justify; margin: 0in 0in 8pt;">p _rdeditor_exists="1"> p>p> <p class="MsoNormal" style="text-align: justify; margin: 0in 0in 8pt;">Untuk lebih jelas, boleh rujuk Buku Gaya Dewan, halaman 170.p _rdeditor_exists="1">p>p>
Lain-lain08.07.2015
Ayat petikan daripada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. m/s 195 : (1)Hasnah membelikan Asri sebuah buku. m/s 207 : (2) Ali memberi kucing makanan. Mengapakan wujudnya sifat objek yang begitu berbeza antara kedua-dua ayat di atas. Mengapakah ayat kedua tidak menggunakan kata kerja transitif` memberikan`kerana `beli` dan `beri` hanya berbeza dari segi fonem `r` dengan `l`. Terima kasih<p>Encik Wong terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.p><p>Untuk pengetahuan Encik saya sendiri sedang meneliti masalah yang diberikan. Saya juga akan membawa persoalan ini kepada penulis buku tatabahasa untuk mendapatkan penjelasan. Satu lagi contoh yang menjadi kemuskilan ialah ayat yang berikut, Ali menaiki tangga dengan Ali menaikkan tangga.Terima kasihp>Tatabahasa10.04.2009
Bagaimana untuk menulis bibliografi untuk yang berikut mengikut Gaya Dewan: Ogilvy, D. 1965. The Creative Chef. in The creative organization , edited by Gary A. Steiner, 199-213. Chicago: University of Chicago. Denton, R. M. dan C. I. Pogson. 1985. Kajian Dasar dalam Biologi:Pengawalan metabolisme. Johari Mohd. Saleh, (sunt.) Kuala Lumpur: DBP. Chua, T. E. (1991). Managing coastal resources for sustainable development: the ASEAN initiative. Dalam T.E. Chua & L. F. Scura (Eds.). Managing ASEAN’s coastal resources for sustainable development: Roles of policymakers, scientists, donors, media and communities (pp. 21-35). Phillipines: ICLARM. Dalam Muzzneena, A. M. et. al., Kepentingan Rangka Perundangan dan Peraturan Dalam Pemeliharaan dan Pengurusan Paya Bakau di Malaysia. Dalam R. Omar (Ed.). (2002). Proceeding of The Regional Symposium on Environment and Natural Resources (Vol. 1: 612-619). 10-11th April 2002. Malaysia: Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Sodhi, N. S., Koh, L. P., Brook, B. W., & Eng, P. K. L. (2004). Southeast Asian Biodiversity: An Impending Disaster. Trends in Ecology and Evolution. 19(12): 654-660. Dalam Mohd. Azlan, J. A. G. A. (2012). Biodiversity Conservation Strategy in Malaysia: A Review From An Islamic Perspective. Jurnal Hadhari 4 (1): 129-136. Imam az-Zahabi. (2009). Cara makan dan berubat Nabi SAW. Terj. Dr Muhammad Amar Adly. Berlian Publication: Selangor<p class="MsoNormal" class="MsoNormal">Contoh bibliografi yang diberikan terlalu panjang dan agak sukar untuk dipecah-pecahkan. Sehubungan dengan itu, diberikan beberapa contoh yang mungkin boleh dijadikan panduan dalam penulisan tersebut.
1. Buku:              
Farid M. Onn, 1980. Bunga-bunga Suci. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.
Karya Editor:
Anwar Ridhwan (ed.), 1976. Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.p> P _rdeditor_exists="1">P> <p class="MsoListParagraphCxSpMiddle" class="MsoListParagraphCxSpMiddle">3. Majalah
Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN” dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-43, Mac 1977.p> P _rdeditor_exists="1">P> <p class="MsoListParagraphCxSpMiddle" class="MsoListParagraphCxSpMiddle">4. Kertas Kerja
Othman Puteh, 1991. “Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang”. Kertas Kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua. Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991. p> P _rdeditor_exists="1">Bersama-sama ini dilampirkan juga lampiran penulisan bibliografi yang dipetik daripada buku Gaya Dewan untuk rujukan dan penelitian pihak puan.P>
Lain-lain25.08.2015
PENGGOLONGAN BUNYI VOKAL DAN KONSONANBahasa Melayu mempunyai 24 bunyi bahasa asli, iaitu 18 konsonan dan 6 vokal. Hanya 9 huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t,m,n,ng,s,h,r, dan l. Konsonan b,d,g,c, dan j hanya berada pada akhir perkataan dalam kata pinjaman, seperti adab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w, dan y, tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Manakala vokal asli bahasa Melayu terdiri daripada 3 vokal depan, 1 vokal tengah, dan 2 vokal belakang. Hanya 3 vokal, iaitu i, a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o, dan e (e pepet) yang hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman, seperti sate, tauge, logo dan polo.Tatabahasa02.03.2007
mengapa perlu ada (ny) dalam ketogeri imbuhan men- yang akan menjadi me- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m,n,r,l,w,y . Apakah beza diantara n dengan ny sedangkan ny bermula dengan n juga ? sila rujuk buku Tatabahasa Edisi Ketiga pada Bab 7 M/S (151) .......
Imbuhan awalan meN- menjadi meny- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k, s kerana awalan tersebut dalam bahasa Melayu akan luluh apabila bergabung dengan imbuhan awalan meN-. Sebaliknya apabila kata dasar tersebut merupakan kata pinjaman, awalan kata dasar tersebut tidak akan luluh, contohnya, memproses, mentafsirkan, mengklasifikasikan dan menstorkan.
Tatabahasa06.02.2009
Assalamualaikum. Tuan, apa fungsi imbuhan pe-, me- dan be-/ber- secara tuntasnya? Terima kasih.Imbuhan pe- mempunyai dua penanda makna, iaitu penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan kata dasar atau keadaan. Contohnya, petinju. Yang kedua, penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar. Contohnya, pekebun atau petani.

Imbuhan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif yang apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf seperti m, n, ny, ng, r, l, w, y, p,t, k dan s. Contohnya, memasak, menanti, menyala, menganga, memesan dan mewangi. (Rujuk dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu halaman 146-147)

Imbuhan be-/beR- juga membentuk kata kerja. Perkataan-perkataan yang menerima awalan ini menjadi kata kerja tak transitif sama ada yang memerlukan pelengkap atau yang tidak memerlukan pelengkap. Pada dasarnya, terdapat satu bentuk awalan beR-  yakni ber- yang digabungkan dengan semua kata dasar. Contohnya, berangkat, berbaju, berfikir, bergelut, berjiran dan berlari. (Rujuk dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu halaman 156-165)
Tatabahasa18.07.2018
Bolehkah saya tahu mana satu ayat yang lebih betul? Mengapa? 1) Ibu pimpin tangan adik semasa melintas jalan. 2) Ibu memimpin tangan adik semasa melintas jalan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Ibu memimpin tangan adik semasa melintas jalan. Perkataan memimpin dalam ayat tersebut merupakan kata kerja transitif, iaitu kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. Kata kerja ini terbahagi kepada dua, iaitu kata kerja dalam ayat aktif dan kata kerja dalam ayat pasif. Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif ialah kata kerja yang menerima awalam meN- dengan atau tanpa akhiran -kan atau -i. Awalan meN- menjadi me- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf seperti m, n, ny, l, w dan y. Termasuk dalam jenis ini ialah kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar berubah bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya, iaitu m bagi p, n bagi t dan ny bagi s. Contohnya pimpin menjadi memimpin.Tatabahasa01.08.2021

Kembali ke atas