Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Kd mentang-mentang, kerana ... maka ...: ~ dia kaya, bukan main sombong lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sa II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakan pemenggalan perkataan-perkataan di bawah betul? air a-ir buah bu-ah daun da-un luar lu-ar biola bi-o-la beruang be-ru-ang makanan ma-kan-an (sebutan sebagai ma ka nan?) rambutan ram-bu-tan sayuran sa-yur-an (subutan sebagai sa-yu-ran?) Sekian terima kasih. Tracy Chan

Saudara Tracy,

Yang betul adalah seperti yang berikut:

i.  air ii. buah iii. daun iv. luar v. bio.la vi. be.ruang vii. ma.ka.nan viii. ram.bu.tan ix. sa.yu.ran

Sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi

Tatabahasa28.06.2010
Apakah suku kata bagi perkataan " minuman" , "makanan", "pelajaran" , "dipelajari " ,"sayur-sayuran" dan "buah-buahan" ? contohnya , minuman- "mi-num-an" atau " mi-num-an" ? Terima kasih.

Suku kata bagi perkataan " minuman" , "makanan", "pelajaran" , "dipelajari " ,"sayur-sayuran" dan "buah-buahan" adalah seperti yang berikut:

(i) mi-num-an, (ii) ma-kan-an, (iii) pe-la-jar-an, (iv) di-pe-la-jar-i, (v) sa-yur-sa-yur-an, (vi) bu-ah-bu-ah-an

Lain-lain22.04.2010

Kembali ke atas