makna pasrah | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud pasrah ialah menyerah; memasrahkan menyerahkan: kepada-Nyalah kita pasrahkan doa dan harapan; terpasrah terserah; kepasrahan keadaan menyerah diri (nasib) kpd Tuhan: ~ doa utk menunggu saat-saat berkabung. | Istilah | 08.07.2010 |
1. hinnga saat ini atau hingga ke saat ini yang betul 2. hingga anak cucu atau hingga ke anak cucu yang betul | Frasa yang gramatis ialah "hingga saat ini" dan "hingga anak cucu". | Tatabahasa | 23.06.2012 |
1 Ada pendatang-pendatang asing yang datangke negara kita menjalankan kegiatan yang melanggar undang-undang negara. pendatang-pendatang asing boleh digandakan selepas ada ? 2 a Banyak kanak-kanak yang bermain di taman itu ditemani oleh ibu bapa mereka. b Banyak orang dating ke pameran buku itu. Banyak boleh digunakan dalam ayat ini atau guna ramai lebih sesuai ? 3 sungguh comel sekali, terhebat sekali , amat bijak sekali ---- boleh menggunakan sama sekali ? 4 Ayat-ayat di bawah ini betul atau tidak dari segi tatabahasa? a Telah ditempah oleh ibu baju raya. b Pelajar-pelajar ponteng sekolah pada saat-saat begini. c Kamu bertolek ke Tawau pada pukul berapa ? d Keputusaanya bergantung kepada tawaran yang akan dikemukakan. e Masalah ini anda perlu menyelesaikan dengan segera f Makanan yang terhidang tadi pun dikatakan masakan Melayu g Bahagian dapur belum mendinding h Supaya peredaran darah baik, saya selalu makan herba. | 1. Penggandaan perkataan pendatang adalah lewah. 2. Perkataan banyak juga boleh digunakan untuk orang. 3. Yang betul ialah sungguh comel sekali dan amat bijak sekali manakala terhebat sekali salah dari segi tatabahasa kerana imbuhan "ter" sudah menunjukkan darjah penghabisan. 4.a. Ayat tidak lengkap b. Ayat ini betul. c. Ayat ini juga betul d. Keputusannya bergantung pada tawaran yang akan dikemukakan. e. Masalah ini perlu anda selesaikan dengan segera. f. Ayat ini betul. g. Ayat ini salah dan mengelirukan. | Tatabahasa | 13.07.2010 |
Selamat pagi ! Bolehkah tolong saya betulkan ayat di bawah ini ? Terima kasih 1 Encik Jali membeli keledek goreng dari warung itu. atau Encik Jali membeli keledek goreng daripada warung itu. 2 Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga ke saat terakhir atau Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga saat terakhir . 3 Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan lagi peratus kelulusan PMR pada tahun depan atau Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan peratusan kelulusan PMR pada tahun depan 4 Pokok dokong itu besar dengan subur sekali setelah dibubuh baja atau Pokok dokong itu membesar dengan subur sekali setelah dibubuh baja. 5 Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan beliau rasmikan atau Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan dirasmikan oleh beliau. | 1 Encik Jali membeli keledek goreng dari warung itu. 2 Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga saat terakhir . 3 Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan lagi peratus kelulusan PMR pada tahun depan. 4 Pokok dokong itu membesar dengan subur sekali setelah dibubuh baja. 5 Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan dirasmikan oleh beliau. | Tatabahasa | 23.07.2011 |
Ejaan yang betul untuk " cendekiawan atau cendiakawan"? Sepi berpanjangan mengundang kesedihan, namun adakalanya rasa damai dan sunyi itu pencetus saat ketenangan yang mengasyikkan? Yang mana lebih sesuai 'pencetus" atau "mencetus' bagi ayat di atas? | Ejaan yang betul ialah cendekiawan. Dalam ayat yang diberikan, perkataan yang sesuai ialah 'mencetus'. | Tatabahasa | 25.11.2008 |
apakah perbezaan penggunaan apabila dan ketika | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, apabila bermaksud semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala. Ketika pula bermaksud waktu (yg sangat singkat atau yg tertentu), saat, masa. | Istilah | 20.07.2009 |
Apakah perbezaan antara rangkap vokal dan vokal berganding? | Rangkap vokal dan vokal berganding berlaku sama sahaja keadaannya, iaitu apabila dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata pulau dan saat. | Tatabahasa | 23.08.2011 |
Merujuk kepada jawapan persoalan sebelum ini, 'ialah' mempunyai dua suku kata, dan suku kata 'ia' dalam perkataan tersebut merupakan vokal berganding. Bukankah vokal berganding sebenarnya menghasilkan dua bunyi seperti 'ua' dalam 'tua' dan 'io' dalam 'biola'? | Vokal berganding berlaku apabila dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata pulau dan saat; dan vokal berganding tidak semestinya menghasilkan dua bunyi. | Tatabahasa | 16.03.2010 |
Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'masa' dan 'waktu'? | Masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; waktu ialah 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam; | Makna | 22.02.2012 |
Selamat sejahtera, Setelah meneliti takrif kata tentang diftong dan vokal berganding saya faham tentang contoh yang diberi saudara tapi saya masih tidak pasti tentang beberapa perkataan. Adakah perkataan-2 ini betul? 1) vokal berganding = menaiki, kemudian, bersiap, buatan (bolehkah mana-2 huruf vokal bergabung?) 2) digraf = dengan, pengunjung, barangan Terima kasih. | Vokal berganding berlaku apabila dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata pulau dan saat; dan vokal berganding tidak semestinya menghasilkan dua bunyi. Contoh lain vokal berganding adalah seperti yang saudara berikan. Digraf sama dengan konsonan berganding, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, kh dan sy, seperti dalam contoh yang saudara berikan. | Tatabahasa | 10.08.2012 |