(1) Sabah Negeri di Bawah Bayu atau Sabah Negeri Bawah Bayu? (2) Di bawah penyeliaan saya atau bawah penyeliaan saya? Terima kasih. | 1. Berdasarkan carian kami di laman web kerjaan negeri Sabah, penggunaan yang betul ialah Sabah Negeri di Bawah Bayu, lihat sabah.gov.my/about.asp">http://sabah.gov.my/about.asp. 2. Frasa yang betul ialah ialah "bawah seliaan saya" kerana tidak ruang yang jelas yang boleh dilihat secara fizikal. | Lain-lain | 02.01.2013 |
Antara ayat-ayat berikut yang mana satu betul ? a) Sabri melawat ke ladang teh Sabah. b) Sabri melawat ke Ladang Teh Sabah. c) Sabri melawat ke ladang teh, Sabah. d) Sabri melawat ke ladang teh di Sabah. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: b) Sabri melawat ke Ladang Teh Sabah. d) Sabri melawat ke ladang teh di Sabah. | Tatabahasa | 18.10.2012 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Apakah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada bahasa Melayu yang digunakan di Sabah, sama ada Bahasa Melayu Sabah atau Dialek Melayu Sabah? | Dalam data rujukan kami, terdapat istilah bahasa Melayu dialek yang bermaksud kelainan bahasa Melayu berdasarkan kawasan yang berbeza dari segi sebutan, tatabahasa dan kosa kata, berbanding dengan bahasa Melayu baku. Contohnya, bahasa Melayu dialek Kelantan dan Kedah. Sehubungan itu, penggunaan yang betul ialah bahasa Melayu dialek Sabah. | Tatabahasa | 12.03.2019 |
Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah. dipasifkan menjadi Kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah saya. tau Kedatangan biras ayah dari Sabah disambut olehnya | 'Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah' dipasifkan menjadi 'Kedatangan biras ayah yang baru tiba dari Sabah disambut olehnya' | Tatabahasa | 09.03.2011 |
adakah tajuk ini betul "Kajian imej dan persepsi masyarakat Islam di Sabah terhadap imej dan kewibawaan mahkamah syariah di Sabah; kajian di Zon Pantai barat Sabah | Cadangan: Mahkamah Syariah di Sabah: Kajian Imej dan Persepsi Masyarakat di Zon Pantai Barat. | Lain-lain | 27.11.2008 |
Assalamualaikum, Saya bercadang menerbitkan Kumpulan Puisi yang pernah tersiar di dalam akhbar dan majalah termasuk akhbar Berita Minggu,Mingguan Malaysia, Harian Ekspres Sabah, News Sabah Times, Jendela Selatan dan Majalan Dewan Sastera,Pelita Bahasa, Dewan Tamadun Islam dan Dewan Budaya. 2. Persoalannya: Siapakah pegawai Dewan Bahasa Pustaka yang boleh saya hubungi. Pohon pihak tuan dapat menyertakan alamat emel dan nombor telefon yang memudah saya hubungi. Sekian.Terima Kasih. ISMAIL BIN HASHIM 013-2279930 | Assalamualaikum Tuan Ismail Hashim Berhubung pertanyaan tuan bagaimana untuk menerbitkan buku puisi, saya mencadangkan tuan menghubungi Bahagian Buku Sastera atau Bahagian Majalah. Tuan boleh berurusan dengan Hajah Zaiton Ismail, Ketua Editor Bhg. Buku Sastera (03-21479697) atau melalui e-mel (zaiton3@dbp.gov.my) dan Encik Azmi Ibrahim, Ketua Editor Bhg. Majalah (03-21479449) atau melalui e-mel (azmi@dbp.gov.my). Pihak kami mengalu-alukan hasrat tuan untuk menerbitkan buku puisi dan saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Lain-lain | 02.05.2018 |
saya ingin menerbitkan buku untuk dijual kepada pelajar sekolah. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan penerbitan DBP. Bolekah berurusan di pejabat DBP cawangan Sabah. | DBP sentiasa membuka peluang kepada warga karyawan untuk berkarya. Oleh sebab sdr menetap di Sabah, sdr boleh berhubung terus dengan Pegawai Komunikasi DBP Cawangan Sabah, Puan Nelawati Ngadul di talian 088-439260 atau menulis surat kepada Pengarah DBP Cawangan Sabah, Kompleks DBP Sabah, Telok Likas, 88873 Kota Kinabalu, Sabah. | Lain-lain | 06.03.2009 |
Assalamualikum W.B.T & salam sejahtera. Saya Abdul Aziz Bin Arsyad dari Sekolah Sukan Malaysia Sabah. Soalan saya, apakah terjemahan yang betul sekiranya pihak sekolah ingin menterjemahkan nama sekolah ke dalam Bahasa Inggeris? Nama yang kami gunakan buat masa ini adalah Sabah Sports School tetapi terdapat kekeliruan terhadap kemasukan kata 'Malaysia' di dalam nama ini. Terdapat beberapa versi yang kerap digunakan seperti Sabah Sports School, Sabah Sports School, Malaysia dan Sabah Malaysian Sports School. Kekeliruan ini sering menjadi pertikaian pihak sekolah. Saya sebagai wakil sekolah berharap pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dapat membantu memberikan jawapan yang kukuh terhadap kekeliruan ini. Segala kerjasama dan keperihatinan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Yang benar, Abdul Aziz bin Arsyad Pengawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Sekolah Sukan Malaysia Sabah | Untuk makluman tuan skop Khidmat Nasihat Bahasa ialah menangani masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan, istilah, tatabahasa dan laras penggunaan bahasa. Oleh itu, hal penggunaan bahasa Inggeris yang betul hendaklah dirujuk kepada pihak yang berwenang. | Lain-lain | 19.08.2014 |
Persatuan Alumni Institut Pertanian Sabah yang baru ditubuhkan ingin mendapat pengesahan mengenai penggunaan bahasa dalam "moto persatuan" dan juga "matlamat persatuan" yang telah dicadangkan. moto persatuan :- " BERWAWASAN, BERWIBAWA DAN BERWAJA" matlamat Persatuan :- 1. menaikan martabad dan imej Institut Pertanian Sabah. 2. meningkatkan taraf hidup sosial & ekonomi bekas-bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. mengujudkan kemuafakatan & usahasama dikalangan bekas-bekas pelajar | Moto yang dikemukakan boleh digunakan. Matlamat : 1. Menaikkan martabat dan imej Institut Pertanian Sabah 2. Meningkatkan taraf hidup sosial dan ekonomi bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. Mewujudkan semangat kemuafakatan dan usaha sama dalam kalangan bekas pelajar, | Tatabahasa | 27.03.2008 |
Salam Satu Malaysia, Tuan, tolong semak jawapan ayat majmuk di bawah. 1.Saya berkunjung ke Ladang Teh Sabah.Keluarga saya berkunjung ke Ladang Teh Sabah.(dan) Jwp: Saya dan keluarga berkunjung ke Ladang Teh Sabah. 2. Pekerja ladang teh memetik daun teh.Pekerja ladang teh memasukkan daun teh ke dalam bakul.(lalu) Jwp:Pekerja ladang teh memetik daun teh lalu memasukkan daun teh ke dalam bakul.(*perlu tambah objek di belakang memetik?) 3. Ibu mengambil beberapa kotak teh.Ibu membawa kotak-kotak teh itu ke kaunter pembayaran.(lalu) Jwp:Ibu mengambil lalu membawa kotak-kotak teh itu ke kaunter pembayaran. 4.Navin menggantung Jalur Gemilang.Navin menampal Jalur Gemilang.(dan) Jwp: Navin menggantung dan menampal Jalur Gemilang. 5.Pasukan polis berkawad .Pasukan askar berkawad.(dan) Jwp: Pasukan polis dan askar berkawad.( Perlu tambah pasukan di depan askar selepas digabungkan?) 6. Kavita gemar minum jus oren?.Kavita gemar minum jus epal?.(atau) Jwp:Kavita gemar minum jus oren atau epal? (perlu tambah jus di depan epal?) (Tolong beri penjelasan)Terima kasih. *Tolong beri penjelasan | 1. Saya dan keluarga berkunjung ke Ladang Teh Sabah. 2. Pekerja ladang teh memetik daun the lalu memasukkannya ke dalam bakul. 3. Ibu mengambil kotak-kotak teh lalu membawanya ke kaunter pembayaran. 4. Navin menggantung dan menampal Jalur Gemilang. 5. Pasukan polis dan pasukan askar berkawad. 6. Kavita gemar minum jus oren atau jus epal? | Tatabahasa | 09.10.2016 |