Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj pisau yg melengkung (utk memotong padi, rumput, dll); 2. (bentuk) melengkung spt sabit; bulan ~ bulan sehari (bulan baru); menyabit memotong (padi, rumput, dll) dgn sabit: orang tua itu sedang ~ di bendang; ~ kelapa mengait kelapa dgn sabit; menyabitkan menyabit utk: petang itu dia ~ ayahnya rumput utk lembu ternakan mereka; penyabit 1. pisau yg digunakan utk menyabit, sabit; 2. orang yg kerjanya menyabit: ~ rum-put. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sabit
Kata Terbitan : penyabit, menyabit,

Puisi
 

Tabit tak sabit gendang dibimbit,
     Saya nak palu ragam serama;
Kalau tak sabit malu sedikit,
     Saya nak bawa jalan bersama.


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan 1 a. ahli bulan sabit merah @ b. ahli Bulan Sabit Merah Soalan 2 a. Rama-rama hinggap pada bunga. @ b. Rama-rama hinggap di bunga. Soalan 3 a. sayur-sayuran sudah masak @ b. sayur-sayuran sudah matang Soalan 4 a. mencari kayu api di hutan @ b. mencari kayu api di dalam hutan TQJawapan yang betul ialah 1. b. ahli Bulan Sabit Merah. 2. a. Rama-rama hinggap pada bunga. 3. a. sayur-sayuran sudah masak. 4. b. mencari kayu api di dalam hutan.Lain-lain07.10.2010
Yang mana betul? a. baju melayu atau baju Melayu b. baju kebaya atau baju Kebaya c. pengakap atau Pengakap d. Tunas Puteri atau tunas puteri e. Persatuan Bulan Sabit Merah atau persatuan bulan sabit merah f. pengerusi atau Pengerusi g. setiausaha atau Setiausaha h. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Dalam buku teks BM SJK (C) tahun 5 wujudnya ayat berbunyi: ......sekolah saya mempunyai Taman Sains, Makmal Komputer........... Soalan saya: Mengapa Taman Sains, Makmal Komputer ditulis dalam huruf besar? Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah: a. baju Melayu  b. baju kebaya  c. Pengakap  d. Tunas Puteri  e. Persatuan Bulan Sabit Merah   f. pengerusi    g. setiausaha   h.  Bahasa Malaysia (subjek)  i. Taman Sains, Makmal Komputer - nama khas ditulis dengan huruf besar. Tatabahasa07.01.2011
Tolong bantu saya untuk memastikan penggunaan perkataan bagi ayat-ayat berikut. Harap berikan penjelasan. Terima kasih. 1. Tok Wan (memotong/menebas) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan ( disemadikan /dimakamkan/dikuburkan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren/kek oren ). 9. rapuh/rangup/garing a) biskut yang __________. b) keropok yang ________. c) ikan yang digoreng sehingga ___________. 8. Kertas soalan ini disedia/disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak/disemakkan oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai.1. Tok Wan (memotong) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan (disemadikan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren). atau Kek Oren (nama kek) 9. a) biskut yang rangup. b) keropok yang rapuh/garing. c) ikan yang digoreng sehingga garing. 8. Kertas soalan ini disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai. - sila rujuk Kamus Dewan untuk melihat kesesuaian pilihan perkataan yang diberi pada setiap soalan.Tatabahasa05.10.2008
Manakah jawapannya Para petani di negara kita menggunakan ________ untuk memotong padi. A tuai B sabit C pisau D ketamPara petani di negara kita menggunakan tuai untuk memotong padi. - tuai ialah pisau pemotong padi.Tatabahasa19.08.2010
salam sejahtera dan selamat malam. Dalam struktur ayat ini " Mangsa kemalangan itu ditenangkan oleh ahli Persatuan Bulan Sabit Merah dan DIBERIKAN bantuan kecemasan sebelum dihantar ke hospital", perkataan "diberikan" digunakan dengan betul atau tidak? Sekian, terima kasih !!Penggunaan perkataan diberikan dalam ayat betul.Tatabahasa22.08.2013
Selamat sejahtera, antara yang berikut, yang manakah betul dan apakah alasannya? 1. Jika disabit kesalahannya, .... 2. Jika sabit kesalahan, ... 3. Jika disabit kesalahan, ... Terima kasih.Frasa yang betul ialah "jika disabitkan kesalahan".Tatabahasa29.07.2013
Apakah alat yang akan digunakan untuk perkataan 'menebas'. Misalan kata, Ali menebas semak-samun dengan ______________.Sabit atau parang.Lain-lain24.01.2007
Saya mohon khidmat nasihat sama ada perlu gunakan awalan huruf besar atau kecil bagi perkataan "persatuan"? Bersama ini saya lampirkan dokumen yang sedang saya sediakan. Pada saya, hanya kata nama khas sahaja kita guna awalan huruf besar. Jika bukan kata nama khas ia tidak perlu. Apa nasihat pihak tuan? Note: dokumen tersebut adalah sulit.Persatuan ialah kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil di dalam ayat, kecuali apabila menjadi kata nama khas seperti Persatuan Bulan Sabit Merah baharulah ditulis dengan huruf besar. (Lampiran saudara tidak dapat dilihat/dibuka)Tatabahasa29.11.2011
Saya terdengar dalam Radio Bernama 24 2-3 minggu lepas ttg penggunaan "ahli" yang merujuk kepada pakar dan bukan keanggotaan. Kalau ini betul, adakah ahli jawatankuasa atau AJK perlu dipinda kepada anggota jawatankuasa? Buku apakah yang boleh saya rujuk berkenaan perkara tersebut? Terima kasih SabaKata 'ahli' digunakan untuk menunjukkan mahir dalam sesuatu perkara seperti ahli muzik, ahli silap mata dan ahli fizik. Manakala bagi membawa maksud menyertai dalam sesuatu kumpulan atau bidang, lazimnya digunakan 'anggota' seperti anggota polis, anggota bulan sabit dan anggota kelab. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Kunci Bahasa Melayu oleh  Awang Sariyan, 1986, Sasbadi, halaman 147.Tatabahasa14.05.2010

Kembali ke atas