frasa yang betul: Pada hari Sabtu yang lepas Pada minggu lepas Frasa yang salah : Pada hari Sabtu lepas Pada minggu yang lepas Boleh tuan jelaskan kenapa "pada minggu yang lepas" ialah frasa yang salah? | Penggunaan yang lebih gramatis adalah dengan menyelitkan kata hubung pancangan relatif yang. | Tatabahasa | 10.01.2017 |
Angin bertuip dengan sangat kencang sekali pada hari Sabtu. A.bertuip kencang sekali B.meniup dengan sangat kencang C.meniup dengan kencang sekali mengapa jawapan bukan " A " | Ayat yang diberikan, iaitu "Angin bertiup dengan sangat kencang sekali pada hari Sabtu." adalah betul. "Angin bertiup kencang sekali pada hari Sabtu." juga adalah betul. Oleh itu, jawapan A. bertiup kencang sekali adalah betul. | Tatabahasa | 23.11.2012 |
Jualan Jus Gudang Setiap Jumaat & Sabtu 9AM - 4PM | Pembetulan: 1. JUALAN GUDANG JUS 2. SETIAP JUMAAT DAN SABTU 3. 9 PG. - 4 PTG. 4. TEL.: Sila buat pembetulan pada visual yang dilampirkan, setelah itu kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat DBP. | Tatabahasa | 07.12.2015 |
Tempat kerja saya mengisytiharkan hari sabtu minggu pertama adalah cuti. Adakah tarikh-tarikh seperti 4/10/2008 atau 1/11/2008 jatuh pada hari tersebut? | Mengikut kalendar 2008, 4/10/2008 dan 1/11/2008 ialah hari Sabtu pertama. | Lain-lain | 09.11.2008 |
Pertandingan bola baling itu terpaksa _____ pada hari sabtu kerana padang becak a) dilanjutkan b) ditangguhkan c) direhatkan d) ditundakan dalam kamus, tunda dan tangguh mempunyai maksud yang sama. tetapi jawapan dalam buku (B) | Pertandingan bola baling itu terpaksa ditangguhkan pada hari sabtu kerana padang becak. Tunda juga bermaksud tangguh tetapi dikelaskan sebagai bahasa percakapan yang bermaksud tangguh, oleh itu untuk bentuk rasmi ditangguhkan merupakan jawapan yang paling sesuai. | Tatabahasa | 02.08.2008 |
Jikalau "Hujung Minggu" atau "Hari Minggu" bermaksud Sabtu dan Ahad. Adakah orang-orang Kelantan dan Terengganu juga beranggapan sedemikian kerana hari untuk mereka bersekolah dan bekerja mula dengan hari Ahad, bukan hari Isnin macam kita. Sekian, terima kasih | Bagi Kelantan dan Terengganu, hari minggu dan hujung mereka ialah Sabtu dan Jumaat. | Lain-lain | 28.10.2009 |
Liew Yann Pei 6HB JULAI 2.25 PTG Selamat petang kepada pihak DBP, saya ingin tanya pejabat utama DBP di KL ada buka pada hari sabtu? Saya ingin memohon rakan DBP hari sabtu saya bekerja separuh hari sahaja | Selamat petang. Pusat Dokumentasi Melayu hanya beroperasi pada hari isnin hingga jumaat sahaja. | Lain-lain | 13.07.2017 |
Boleh saya tanya 2 soalan? iaitu:- 1) Adakah "Hujung Minggu" ialah "Hari Minggu"? 2)Setahu saya, "Hujung Minggu" ialah Hari Ahad, adakah ia termasuk SABTU? sekian, terima kasih | Pandangan kami, hujung minggu ialah hari Sabtu dan Ahad. | Lain-lain | 27.10.2009 |
mengapa semenjak hari sabtu (21 sept 2019) saya dapati capaian di kamus dbp sudah tidak seperti selalu? banyak terma yang saya cuba cari sudah tidak lagi dipaparkan. Contohnya, perkataan english - malay, "jumpsuit", "amazing" "incredible" saya seorang penterjemah bebas dan selalu bergantung kepada kamus dbp untuk memastikan kerja saya tepat. Saya harap kamus dbp dapat digunakan seperti sediakala secepat mungkin. | Masalah ini merupakan masalah teknikal dan pihak kami telah mengajukan perkara ini kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan lanjut. Pihak tuan sudah boleh mengakses laman web tersebut untuk carian perkataan. | Lain-lain | 22.09.2019 |
“Latihan ko-kurikulum pada hari Sabtu juga di atas permintaan mereka sendiri. Sebagai pengetua, saya cuma mengusulkan bayaran saguhati KEPADA/DARIPADA pihak PIBG agar guru-guru ini menerima sedikit sumbangan atas pengorbanan masa mereka meninggalkan keluarga di rumah pada hari-hari cuti. Kepada atau daripada? | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud Kepada ialah kata sendi nama yang menyatakan sasaran manakala daripada pula kata sendi nama untuk menerangkan asal (sumber, bahan dan lain-lain) sesuatu benda. Maka yang paling sesuai ialah DARIPADA | Tatabahasa | 07.12.2016 |