Adakah penggunaan buku dalam ayat ini betul? Simon pergi ke kedai untuk membeli sabun buku. | Buku ialah penjodoh bilangan untuk benda yang berbongkah seperti sabun. Ayat yang lebih tepat ialah "Simon pergi ke kedai untuk membeli sebuku sabun". | Tatabahasa | 13.04.2013 |
bunting sabun | Sila buat permohonan pengesahan iklan dalam talian melalui dbpsahbahasa.my atau datang ke Kaunter DBP Sah Bahasa di aras bawah menara DBP Kuala Lumpur. | Lain-lain | 27.03.2018 |
Yang mana satu ayat yang betul, dan apakah alasannya? 1. Ali membasuh tangan kerana baru saja lepas makan menggunakan sabun. ATAU Ali membasuh tangan dengan sabun kerana baru saja lepas makan. 2. Ali mencuci tangan supaya bersih di singki. ATAU Ali mencuci tangan di singki supaya bersih. | Binaan ayat yang betul, iaitu Subjek + Predikat ialah: 1. [Ali membasuh tangan dengan sabun] + [kerana baru sahaja lepas makan] 2. [Ali mencuci tangan di singki] + [supaya bersih]. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 10.10.2012 |
Saya nak pastikan ayat di bawah betul atau salah.Jika markah penuh ayat ini 2m, adakah semua ayat di bawah boleh dapat 2m?Tolong berikan penjelasan, terima kasih. 1. Ali mencuci kasut dengan sabun. 2.Ali mencuci kasut dengan air dan sabun. 3.Ali mencuci kasut dengan air sabun. 4. Ali mencuci kasut dengan air. | Untuk makluman, keempat-empat ayat yang diberikan tidak mengandungi kesalahan dan boleh digunakan. | Lain-lain | 18.05.2017 |
Pokok kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Pokok kelapa juga boleh dijadikan sabun. Lilin dan berus juga diperbuat daripada pokok kelapa. Soalan: Adakah ayat-ayat ini betul? Dan apa kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah buah kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Minyak kelapa juga boleh dibuat sabun. Lilin dan berus diperbuat daripada minyak dan sabut kelapa. | Tatabahasa | 05.04.2010 |
Merujuk soalan ejaan jawi bagi contoh perkataan sabun dan sihat. Minta maaf kerana saya masih tidak jelas maksud 'sihat merupakan suatu istilah'. Apakah yang dimaksudkan dengan 'istilah'.Tolong beri contoh yang lain.Terima kasih | istilah Ar perkataan atau rangkai kata yg menyatakan sesuatu dgn betul, tepat dan sesuai dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian): ~ ilmu bahasa; ~ sains; | Tatabahasa | 25.07.2007 |
Selamat Sejahtera, kami ingin bertanya, bolehkah kami menggunakan papan tanda yang sedia ada untuk kilang baru kami? Kerana kami membeli sebuah kilang baru hanya bersebelah dengan bangunan lama. Oleh itu, kami akan menggunakan papan tanda yang sama untuk bangunan baru kami, hanya alamat akan berubah dari Plot 19-13 ke Plot 19-15. Papan tanda itu boleh rujuk kepada fail yang dilampirkan. Terima kasih. | Untuk menamakan bangunan, perdu diletakkan keterangan di bahagian atas sekali, seperti "KILANG SABUN". Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 01.08.2016 |
salam bahagia, saya ingi bertanya bolehkah perkataan "terutama" digunakan di permulaan ayat? adakah ianya kata hubung? diberi contoh ayat bagi surat peringatan : 2. Dukacita dimaklumkan bahawa pegawai kami di Cawangan Perolehan mendapati bahawa berkenaan tentang KETIDAKHADIRAN pekerja-pekerja pembersihan sejak November 2017.Susulan daripada itu kami juga menerima aduan daripada Pegawai Pemantau yang dilantik bagi setiap lokasi mengenai keadaan kebersihan persekitaran di ruang pejabat, lobi dan tandas berada pada tahap TIDAK MEMUASKAN. Terutama longgokan sampah yang banyak bagi setiap tempat tidak dikutip dan tiada penyediaan tisu dan sabun pencuci di tandas dan sebagainya. | Salam sejahtera, Tuan, Terutama merupakan kata terbitan bagi perkata "utama". Perkataan "utama" merupakan kata adjektif. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif tidak boleh digunakan pada awal ayat. Sila kemukakan soalan berikutnya dengan lebih jelas. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 14.12.2017 |
1) penjodoh bilangan yang sesuai bagi jarum dan cangkul?? 2) ibu menjahit sepasang baju menggunakan seutas/selembar/sebuku benang...yang mana jawapan yang paling sesuai? apakah perbezaan seutas,selembar,dan sebuku... | 1. sebatang cangkul, sebatang jarum. 2. Utas penjodoh bilangan yang digunakan bagi rantai (termasuk jam tangan dalam bentuk rantai), tali dan benang. Lembar penjodoh bilangan bagi tali atau benang. 2 penjodoh bilangan untuk benda yang panjang atau yang luas bidangnya (tali, benang, kertas dll). tali atau benang. Buku pula penjodoh bilangan untuk benda berbongkah seperti sebuku sabun, sebuku benang. Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebuku benang. | Tatabahasa | 10.08.2014 |
Manakah penggunaan yang lebih tepat? Hadis atau Al-Hadis? Mengapa ejaan bagi Hadis tidak dieja dengan Hadith yang mana lebih menepati sebutan Arab, begitu juga penggunaan Al yang lebih menepati displin penulisan Arab. Tambahan pula ini adalah perkataan yang diserap dari bahasa Arab. | Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi dirumus khusus bagi penerbitan buku-buku agama khususnya yang berkaitan dengan istilah Agama Islam. Dalam proses transliterasi perkataan Arab ke Rumi, huruf hamzah kepada tanda ', kaf kepada k dan qof kepada q. Dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, kata serapan daripada bahasa Arab yang berupa istilah khusus dieja seperti ejaan asal dalam bahasa Arab ke dalam ejaan Jawi dan diselaraskan ejaannya dalam Rumi seperti wuduk, wuquf dan reda. Manakala kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Rumi mengikut cara mengeja kata-kata jati dalam bahasa Melayu seperti sabun, darurat dan sahabat. Wallahualam. | Tatabahasa | 07.09.2016 |