Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kulit yg berserat (kulit nyiur, pinang, dll); bongkok ~ (orang yg) bongkok spt sabut kelapa (kerana tua dll); tali ~ tali yg dibuat drpd sabut; untung ~ timbul untung batu tenggelam prb kalau ada untung baik, diperoleh baik dan begitu juga kebalikannya (untung-untungan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sabut (kata nama)
Bersinonim dengan kulit berserat, tepes.,

Puisi
 

Limau manis condong ke Kerling,
     Tali sabut anyam berdiri;
Tuanlah manis duduk menjeling,
     Saya menyebut setiap hari.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Kerana sabut tebal,
     tempurungnya pun menjadi kebal.

Bermaksud :

Orang yang banyak kaum keluarga dan sahabat handainya selamatlah hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. (1) Apakah terjemahan bahasa Melayu untuk istilah kejuruteraan "coir composite panel"? Adakah "panel sabut kelapa komposit" atau "panel sabut kelapa rencam"? (2) Dari sudut kejuruteraan, apakah perbezaan antara "komposit" dan "rencam"? Penggunaan istilah manakah yang dicadangkan? Terima kasih.Istilah yang dicadangkan ialah panel sabut kelapa komposit. Dalam bidang Kejuruteraan, istilah yang digunakan ialah komposit. Istilah28.11.2012
Salam sejahtera. Apakah bezanya bongkok sabut dgn bongkok udang? Jwp yg mana betul? 1. Orang tua itu terpaksa berjalan menggunakan tongkat sebab dia _______. A. Bongkok udang. B. Bongkok sabut. Grafik menunjukkan org tua yg bongkok sedikit dgn memegang tongkat. Apakah jwp yg tepat? Terima kasih.Bongkok udang ialah bongkok di bahagian tengah belakang; melengkung badannya spt udang. Manakala, bongkok sabut ialah (orang yg) bongkok spt sabut kelapa (kerana tua dll). Penjelasan tentang grafik kurang jelas, mohon tuan lampirkan gambar untuk kami lihat dengan lebih menyeluruh.Makna20.08.2014
Adakah perkataan serabut mengandungi imbuhan sisipan? Adakah kata dasarnya sabut?

Serabut merupakan kata yang mengandungi sisipan -er-  daripada perkataan sabut.

Secara umumnya, pembentukan sisipan amat terhad dan tidak produktif sifatnya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2013), halaman 237-239 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1924 dan 2062.

Tatabahasa18.06.2025
apakah yang betul untuk perkara di bawah ini : 1. Jabatan Kajibumi atau Jabatan Kaji Bumi ? 2. memilin atau mengait sabut untuk membuat tali ?1.Ejaan yang betul ialah "Jabatan Kaji Bumi". 2. Perkataan yang betul ialah, memilin sabut untuk membuat tali (memilin bermaksud memintal atau memulas beberapa utas benang atau tali dgn tangan)Tatabahasa11.10.2007
1 Ravi terpaksa bekerja menampung kehidupan keluarganya . menampung boleh digunakan dalam ayat ini? 2 Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang. rebah atau tumbang lebih sesuai digunakan ? apakah perbezaan perkataan ini? 3 Apakah maksud pecah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar ? 4 Apakah maksud katak di bawah sabut kelapa ? 5 Apakah maksud anak tekak atau anak lidah? 6 Gemersik bunyi gesekan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu. gemersik atau gemerisik ? 7 Pak Mat meredah gerimis senja demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya. Aapakah maksud meredah gerimis senja? 8 Apakah maksud talam dua muka ? Terima kasih

1. Ravi terpaksa bekerja menampung kehidupan keluarganya . menampung boleh digunakan dalam ayat ini

2. Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang. rebah atau tumbang, kedua-duanya boleh digunakan

3. Apakah maksud pecah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar. - pecah bermaksud berbelah-belah menjadi kecil-kecil, oleh itu, pecah tidak sesuai dalam ayat ini. 

4. Apakah maksud katak di bawah sabut kelapa. - peribahasa ini tiada dalam sumber rujukan kami

5. Anak tekak atau anak lidah ialah daging yang terjuntai pd pangkal kerongkong.

6. Gemersik bunyi gesekan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu. 

7. Meredah gerimis senja bermaksud menempuh hujan yang menitik halus-halus pada waktu senja.

8. Talam dua muka bermaksud bermuka dua atau munafik.

Tatabahasa07.10.2010
Salam sejahtera, Tim penyelidik kami menjalankan kajian tentang 'period poverty' iaitu situasi di mana seseorang individu mempunyai kekurangan utk mendapatkan keperluan menstruasi. Contohnya, tidak cukup pad/tampon, tiada akses kpd pad/tampon atau tidak mampu membelinya. Keadaan ini menyebabkan pelbagai masalah sosial seperti: a) malu utk ke sekolah semasa didatangi haid b) penggunaan yang tidak sanitasi (ulang guna, tidak menukar dengan kerap c)menggunakan bahan2 yg tidak sanitasi seperti sabut kelapa, surat khabar. Soalannya: Apakah translasi utk 'period poverty' dalam Bahasa Melayu? Terima kasih.Cadangan padanan terjemahan bagi period poverty ialah kekangan produk menstruasi atau kekangan kelengkapan peribadi wanita.Lain-lain10.12.2020
Apakah yang dimaksudkan dengan fertigasi? Sebab saya cari di carian umum tetapi tiada dalam rekod. Adakah ejaan saya salah?Menurut daripada istilah pertanian, ejaan yang betul ialah fertigasi yang bermaksud sayuran atau buah-buahan yang melibatkan pengairan titis, yang digabungkan dengan pemberian nutrien bersama-sama air yang dibekalkan kepada tanaman. Tanaman ini menggunakan pasu dengan media yang boleh menyimpan air seperti sabut kelapa atau gambut.Ejaan11.05.2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah yang membezakan antara 'serat' dan 'serabut'? Apakah padanan yang paling tepat untuk konsep 'fiber' dalam teks teknikal. Terima kasih.Perkataan serat, serabut dan gentian merupakan padanan bagi istilah fibre dalam bahasa Inggeris. Serat: Struktur seperti benang, seperti sel otot, serat saraf atau serat kolagen.Serabut: Bahan berselulosa yang tidak tercernakan oleh enzim gaster usus manusia.Gentian: Serat atau serabut pada sabut, daging manusia dan lain-lain.Tatabahasa02.10.2013
Pokok kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Pokok kelapa juga boleh dijadikan sabun. Lilin dan berus juga diperbuat daripada pokok kelapa. Soalan: Adakah ayat-ayat ini betul? Dan apa kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah buah kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Minyak kelapa juga boleh dibuat sabun. Lilin dan berus diperbuat daripada minyak dan sabut kelapa.

Tatabahasa05.04.2010
Salam sejahtera, saya ingin mengetahui apakah kata nama yang tepat bagi alat pembersih habuk / bulu ayam yang diperbuat daripada plastik (tapi bukan berbentuk bulu ayam). Saya ingin melabelkan alat tersebut di dalam kelas tapi tidak pasti kata nama yang tepat baginya. cth gambar http://tinyurl.com/dusterhabuk . Sekian, terima kasih.Tidak semua alat diberi nama khusus, ada juga alat yang diberi nama mengikut fungsi seperti penyapu, iaitu alat untuk menyapu. Oleh itu, berdasarkan fungsi alat tersebut digelar pembersih habuk termasuklah yang diperbuat daripada bulu ayam dan sabut.Tatabahasa29.04.2012
12

Kembali ke atas