Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 2. small soft bag containing perfume or powder, uncang (/bauan, wangian/): her mother placed a perfumed ~ in her suitcase, ibunya meletakkan uncang bauan ke dlm beg pakaian. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. small packet containing shampoo, sugar, etc, paket: hotels usually provide a few ~s of shampoo for their guests, hotel-hotel selalunya menyediakan beberapa paket syampu utk para penginap; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sachet


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang tepat bagi perkataan "Sachet". Adakah Peket atau uncang. Terima kasihPadanan yang tepat bagi perkataan "sachet" ialah "uncang", iaitu sejenis pundi-pundi kecil atau karung yang biasanya diperbuat daripada kain dan digunakan untuk mengisi barang-barang yang dibawa. (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat)Makna23.12.2020
Kami bercadang untuk menggunakan padanan "contaminate" dalam ayat di bawah ini sebagai "mengkontaminasikan" kerana kami ingin menggunakan padanan "mencemarkan" bagi "taint". “36A. (1) The reduced iron powder specified in paragraph 36(2)(c) shall be enclosed in a sachet in such a manner that the oxygen absorber will not contaminate, taint or migrate into the food. 36A. (1) Serbuk besi yang diturunkan yang dinyatakan dalam perenggan 36(2)(c) hendaklah dibungkus dalam paket mengikut cara yang penyerap oksigen itu tidak mencemari, merosakkan atau masuk ke dalam makanan.”. Adakah perkataan "mengkontaminasikan" ini teratur dari sudut tatabahasa?
Cadangan penggunaan ayat yang betul ialah "Serbuk besi yang dikurangkan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 36(2)(c) hendaklah dibungkus dalam uncang mengikut cara yang betul supaya penyerap oksigen itu tidak mengkontaminasika, mencemarkan atau masuk ke dalam makanan.”
Tatabahasa04.06.2021
Dalam peruntukan di bawah ini perkataan “contaminate” dan “taint” dipadankan dengan “mencemari” dan “merosakkan” masing-masing. Kami bercadang untuk menukar padanan tersebut kepada “mengkontaminasikan” dan “mencemarkan”. Adakah cadangan padanan ini bersesuaian? “36A. (1) The reduced iron powder specified in paragraph 36(2)(c) shall be enclosed in a sachet in such a manner that the oxygen absorber will not contaminate, taint or migrate into the food. (1) Serbuk besi yang diturunkan yang dinyatakan dalam perenggan 36(2)(c) hendaklah dibungkus dalam paket mengikut cara yang penyerap oksigen itu tidak mencemari, merosakkan atau masuk ke dalam makanan.”.

Mengikut Daftar Istiah Bahasa Melayu, padanan "contamine" dalam bahasa Melayu ialah "pengkontaminasi" yang bermaksud menjadikan sesuatu tidak selamat digunakan kerana dicemar oleh bahan yang membahayakan, manakala perkataan "taint" pula membawa maksud "cemar", "dicemari", "tercemar" dan "kotoran".

Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan ayat yang sesuai ialah "Serbuk besi yang dikurangkan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 36(2)(c) hendaklah dibungkus dalam uncang mengikut cara yang betul supaya penyerap oksigen itu tidak mencemari, merosakkan atau masuk ke dalam makanan.”.

Istilah28.05.2021

Kembali ke atas