Apa maksud siap saga ? Adakah penggunaan istilah siap saga dan berkeboleh pasaran betul dalam ayat ini ? Justeru, saudara saudari perlu bersiap saga untuk membuktikan bahawa graduan keluaran IKN berkualiti, berinovatif, berdaya usahawan, berkeboleh pasaran dan berdaya saing. | Ayat yang betul ialah Oleh sebab itu, saudara saudari perlu siap saga untuk membuktikan bahawa graduan keluaran IKN berkualiti, berinovatif, berdaya usahawan, berkebolehpasaran dan berdaya saing. | Istilah | 10.09.2014 |
"Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, ..." apakah terjemahan 'kundi' di dalam Bahasa Inggeris? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kundi bermaksud "biji saga yang digunakan untuk menimbang emas (beratnya 241 mas), kenderi." Untuk pengetahun puan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. | Makna | 09.01.2019 |
Adakah kereta Proton Saga,(kereta) dikehendaki huruf besar?kalau tidak,mengapa? Dalam Buku Aktiviti Jilid 2(m/s 73),kereta Proton Perdana,(kereta)ditulis huruf kecil. | Adakah kereta Proton Saga,(kereta) dikehendaki huruf besar?kalau tidak,mengapa? Dalam Buku Aktiviti Jilid 2(m/s 73),kereta Proton Perdana,(kereta)ditulis huruf kecil. Perkataan 'kereta' termasuk dalam kategori kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit maka ditulis dengan huruf kecil. Untuk maklumat lanjut rujuk Tatabahasa Dewan, bab 6- Kata Nama. | Tatabahasa | 15.01.2013 |
saya ingin bertanyakan pantun di bawah, yang mana tepat yang kurik itu kundi, yang merah itu saga; yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. atau yang kurik itu kendi, yang merah itu saga; yang baik itu budi, yang indah itu bahasa 'kundi' atau 'kendi' yang mana satu betul...dan tolong beri alasan | Ungkapan yang betul ialah kundi. Kundi ialah sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas. Pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu. | Istilah | 21.10.2010 |
ASWT.. Saya ingin memohon huraian secara jelas mengenai pantun di bawah. Pohon maaf juga kalau saya tersalah tempat untuk bertanya. Berbanyak terima kasih. Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi, Yang indah itu bahasa, Yang molek itu budi. | Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi, Yang indah itu bahasa, Yang molek itu budi.
Secara umum, pantun di atas dikategorikan dalam Pantun Budi. Dalam baris 1 dan 2, dikenali sebagai pembayang atau sampiran. Pembayang pantun tersebut mengambil unsur tumbuhan, iaitu biji saga. Kundi juga adala sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas. Dalam baris 3 dan 4 pula dikenali sebagai maksud pantun yang menyatakan bahawa yang indah itu bahasa dan yang molek itu budi. Perkataan molek jika dirujuk adalah berkaitan dengan perbuatan yang berkaitan dengan budi. Jika dikaitkan dengan pembayang dan maksud pantun di atas, kita dapat lihat bagaimana kaitan tersebut dibuat oleh pencipta pantun ini. Dalam pembayang 1, penciptanya menegaskan bahawa biji saga itu berwarna merah dan jika dikaitan dengan maksud baris pantun ke 3, pencipta juga menegaskan bahasa yang indah itu bahasa. Manakala dalam pembayang ke 2 pula pencipta menyebut perkataan kundi yang digunakan untuk menimbang emas, iaitu sesuatu yang sangat berharga dan ini dikaitkan pula dengan maksud pantun dalam baris ke 4 yang menyatakan bahawa yang molek itu budi. Cuba lihat bagaimana pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu. Begitulah serba ringkas huraian daripada pantun di atas. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 06.07.2009 |
yang kurik itu kendi yang merah itu saga yang baik itu budi yang indah itu bahasa ..betulkan susunan kata dan ejaan pada pantun ini. | Yang betul ialah 'Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga'. Harap maklum. | Ejaan | 26.08.2008 |
Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan sama ada ayat di bawah ini betul atau tidak. 1. Ali berkenan membeli kereta Proton saga tetapi harganya mahal. 2. Parit yang menjadi punca banjir kilat di kawasan perumahan itu. 3. Bernafaslah dengan teratur maka anda menjadi tenang dan bersedia. 4. Anda boleh beri isyarat kepada doktor sekiranya berasa sakit dan tidak selesa ketika sedang dirawat. Ibu melarang Aminah menyelongkar barang-barang kakaknya. Adakah ayat ini, sama maksud dengan ayat di atas? 1) "Jangan selongkar barang-barang kakak kamu, Aminah," kata ibu. 2) " Aminah, kamu dilarang menyelongkar barang-barang kakak kamu," kata ibu. | Ayat 1: Tukar perkataan Proton Saga kepada Proton Saga (Huruf besar di pangkal perkataan kata nama khas). Ali berkenan membeli kereta Proton Saga tetapi harganya mahal. Ayat 2: Betul Ayat 3: Gantikan perkataan "maka anda" menjadi untuk. Bernafaslah dengan teratur untuk menjadi tenang dan bersedia. Ayat 4: Betul Ayat 1 dan 2 sama maksud dengan ayat "Ibu melarang Aminah menyelongkar barang-barang kakaknya". | Tatabahasa | 24.04.2019 |
Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga...... Kendi dalam ayat tersebut merujuk kepada kendi bekas air atau burung kendi (sejenis burung laut/burung gajah) atau pun sebenarnya KUNDI. Mohon penjelasan, terima kasih | Ungkapan yang betul ialah kundi. Kundi ialah sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas. Pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu. | Lain-lain | 15.04.2012 |
1)Ibu memandu kereta (pergi ke) pejabat. 2)Ibu memandu kereta( ke) pejabat. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima? -------------------------------------------- a)Ibu memandu kereta Proton. b)Ibu memandu Proton Saga. c)Ibu memandu kereta Proton Saga. d) Ibu memandu kereta buatan Malaysia. Adakah kesemua ayat ini betul? Terima kasih. | Kesemua ayat yang dinyatakan adalah betul. | Tatabahasa | 10.10.2013 |
Fareha Fuzi SAB 3.10 PTG Assalamualaikum dan salam sejahtera. Boleh saya tahu, buku Kumpulan Pantun Melayu Kurik Kundi Merah Saga edisi yang terbaru edisi yang ke berapa ya? | Waalaikumusalam Puan Fareha Fuzi, Untuk makluman puan, Kumpulan Pantun Melayu Kurik Kundi Merah Saga edisi terbaru ialah Edisi Kedua terbitan tahun 2005. Harap maklum, terima kasih. | Lain-lain | 20.05.2017 |