Apakah nama melayu bagi burung 'Red-billed tropicbird'? Terima kasih | Untuk mendapatkan nama Melayu atau istilah yang tepat bagi nama burung "red-billed tropicbird", puan bolehlah menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi di talian 03-21479166 atau melalui e-mel saidah@dbp.gov.my">saidah@dbp.gov.my. Terima kasih. | Istilah | 15.08.2014 |
Pertanyaan saya adalah mengenai terjemahan bagi perkataan 'hemodynamics'. Daripada laman web ini, istilah Malaysia bagi perkataan tersebut ialah 'hemodinami'. Soalan saya, mengapa bukan 'hemodinamik' (seperti 'hydrodynamics' yang diterjemah kepada 'hidrodinamik')? Pohon penjelasan. Terima kasih. | Untuk penjelasan lanjut mengenai istilah, tuan boleh menghubungi pegawai di Bahagian Peristilahan dan Leksikologi di talian 03-21479166 atau e-mel saidah@dbp.gov.my">saidah@dbp.gov.my. | Istilah | 26.08.2014 |
SAYA INGIN MENGETAHUI SIAPAKAH PENGARANG KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT,PENGARANG KAMUS DEWAN KEDUA,PENGARANG KAMUS PELAJAR EDISI PERTAMA DAN KAMUS PELAJAR EDISI KEDUA. TERIMA KASIH. | Kamus Dewan Edisi Keempat diterbitkan pada tahun 2005. Kumpulan pengarang Kamus Dewan diketuai oleh Puan Noresah Baharom, ahli-ahlinya Encik Md. Nor Abd. Ghani, Encik Ibrahim Haji Ahmad, Puan Azizah Supardi, Puan Saidah Kamin, Puan Hajah Aziah Tajudin, Puan Salmah Jabar, Puan Hairani Mohd. Khalid dan Puan Rodziah binti Abdullah. Untuk maklumat lanjut/penerbitan kamus yang lain, kami cadangkan puan berhubung terus dengan pegawai kanan di Bahagian Perkamusan, iaitu Puan Salmab binti Jabar melalui e-mel salmah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 17.11.2012 |
SAYA INGIN MENGETAHUI SIAPAKAH PENGARANG KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT,PENGARANG KAMUS DEWAN KEDUA,PENGARANG KAMUS PELAJAR EDISI PERTAMA DAN KAMUS PELAJAR EDISI KEDUA. SERTA TAHUN TERBITNYA KAMUS-KAMUS TERSEBUT. | Kamus Dewan Edisi Keempat diterbitkan pada tahun 2005. Kumpulan pengarang Kamus Dewan diketuai oleh Puan Noresah Baharom, ahli-ahlinya Encik Md. Nor Abd. Ghani, Encik Ibrahim Haji Ahmad, Puan Azizah Supardi, Puan Saidah Kamin, Puan Hajah Aziah Tajudin, Puan Salmah Jabar, Puan Hairani Mohd. Khalid dan Puan Rodziah binti Abdullah. Untuk maklumat lanjut/penerbitan kamus yang lain, kami cadangkan puan berhubung terus dengan pegawai kanan di Bahagian Perkamusan, iaitu Puan Salmab binti Jabar melalui e-mel salmah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 17.11.2012 |