Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sain] | ساءين

Definisi : bp 1. tandatangan; ~ terbang tandatangan tiruan (palsu); 2. kontrak: abangnya ber-cakap tentang rancangannya selepas habis ~nya dgn tentera; menyain menurunkan tandatangan, menanda-tangani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sain] | ساءين

Definisi : 1 nama seseorang yg ditulis oleh orang itu sendiri (biasanya tidak mudah ditiru orang); tandatangan. 2 tempoh perkhidmatan yg telah disetujui. me­nyain membubuh tandatangan pd; menandatangani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sain


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
asas sain sosial,definisi sosiologi,jenis kelompok, struktur kelompok,dyad,triad dan tekanan dalam kelompok.

Sdr Fatin,

Sila sdr merujuk buku ini:

TAJUK | PENULIS | PENERBIT | TAHUN | |TERPERINCI

Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial | Arabi Idid, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1998 | 302.23072 Sye | Terperinci

Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial | Arabi Idid, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1992 | 302.23072 Ara | Terperinci

Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial | Arabi Idid, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2002 | 302.23072 Sye |

 

 

Lain-lain23.01.2008
Apakahperbezaan antara galeri, arkib dan muzium? Kalau sekolah hendak wujudkan bilik pameran untuk simpanan maklumat sekolah seperti majalah sekolah, piala, buku teks yang digunakan, bekas pengetua , guru dan lain-lain, itu adalah galeri kan? TerimakasihKamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan galeri sebagai bangunan atau bilik tempat mempamerkan karya-karya seni dsb: satu pameran telah diadakan di sebuah ~ seni dan sejarah.

Arkib  pula ialah tempat menyimpan naskhah-naskhah lama dan sebagainya yang dianggap penting. 2  tempat menyimpan atur cara dan data komputer bagi jangka masa yang lama.

Manakala muzium ialah bangunan tempat menyimpan, meme­lihara, mengkaji, atau mempamerkan objek­objek yang mempunyai nilai sejarah, seni, sain­tifik, dan sebagainya.

Berdasarkan keterangan saudara, galeri lebih sesuai digunakan.
Tatabahasa30.04.2013

Kembali ke atas