Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sains;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Ayat: Monorel, kapal terbang dan kereta api ialah ciptaan Sains. Perkataan "Sains" ditulis huruf besar atau huruf kecil? Dalam situasi ayat yang bagaimana ditulis kecil dan besar? Terima kasih.Ejaan sains ditulis dengan huruf kecil tetapi ditulis menggunakan huruf besar apabila menunjukkan nama mata pelajaran di sekolah. 

Nama mata pelajaran dianggap sebagai kata nama khas dan dieja dengan huruf besar seperti Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.

Ejaan25.10.2013
apakah bidang perkerjaan yang boleh dimohon sekiranya mempunyai kelulusan: - diploma sains -Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi Molekular) (Kepujian) -Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Marin) adakah terdapat permohonan untuk masuk dalam bidang perguruan sekiranya menggunakan kelayakkan diloma sains?Dengan kelulusan tersebut, anda boleh memohon jawatan Pegawai Perancang Bahasa atau Penolong Pegawai Perancang Bahasa di DBP.Untuk kursus perguruan, anda boleh merujuk iklan yang berkenaan.Lain-lain19.08.2007
Ejaan yang mana betul? 1) bendahari Persatuan Sains atau Bendahari Persatuan Sains 2) pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya atau Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya 3) pengerusi Persatuan Sejarah atau Pengerusi Persatuan Sejarah 4) kepada tuhan kita memohon doa atau kepada Tuhan kita memohon doaEjaan yang betul ialah  Bendahari Persatuan Sains, Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Pengerusi Persatuan Sejarah. Apabila merujuk kepada Allah, Tuhan dieja dengan huruf besar.Ejaan06.06.2012
sains dan teknologi berteraskan kesihatanSila kemukakan pertanyaan puan dengan jelas.Lain-lain01.11.2014
saya memerlukan kamus tujuan utk pembelajaran.......... kamus sains tpi dalam bahasa melayu..................... boleh bagi cadangan?Untuk tujuan pembelajaran sila rujuk Kamus dan juga buku istilah, kamus istilah dan ensiklopedia sains mengikut bidang yang dipelajari seperti Kamus Inggeris Melayu Dewan Istilah Sains dan Ensiklopedia SainsLain-lain04.10.2008
salam sejahtera. adakah papan iklan "Sains Trade"sesusi , mengelirukan atau perlu diganti dengan perkataan lain?Terjemahan trade dalam bahasa Melayu ialah niaga, dagang atau perdagangan. Frasa Sains Trade adalah mengelirukan dan berbentuk bahasa rojak. Oleh itu, penggunaan yang betul ialah Sains Perdagangan bukan Sains Trade.Istilah31.01.2011
Apakah padanan BM bagi frasa "liberal arts"? Sistem pencarian dalam laman web DBP mencadangkan "sastera". Tetapi, "liberal arts" biasanya termasuk bukan sahaja sastera tetapi juga matematik, sains dan sains sosial. Adakah "pendidikan umum" lebih tepat? Terima kasih.Dalam daftar istilah DBP ada mencadangkan istilah 'Sastera Liberal'.Makna13.06.2009
Kami juga mengadakan ceramah tentang sains dan matematik. Adakah frasa sains dan matematk itu perlu tulis dengan huruf besar?Menurut data kami, sekiranya perkataan tersebut merujuk kepada nama mata pelajaran, perkataan itu mesti bermula dengan huruf besar, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran, huruf 'b' tidak perlu menggunakan huruf besar (bahasa Inggeris). Begitu juga dengan perkataan sains dan matematik, contohnya ahli sains dan ahli matematik.Ejaan05.04.2020
bilakh kita gunakan huruf kecil dan huruf besar di pangkal perkataan untuk jawatan seperti guru besar, pengetua dan untuk tempat seperti bilik sains atau bilik Sains?

Huruf besar digunakan pada kata nama khas. Contohnya Guru Besar Ahmad, Sekolah Kebangsaan Mawar, Bilik Sains. Sekiranya digunakan dalam pernyataan umum seperti sekolah, bilik, guru tidak perlu dieja dengan huruf besar.

Tatabahasa31.03.2010
PUSRAWI INTERNATIONAL COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES KOLEJ ANTARABANGSA SAINS PERUBATAN PUSRAWI ATAU KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWIKOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWILain-lain01.12.2010
12345678910...

Kembali ke atas