| Assalamualaikum. Apakah terjemahan untuk "generalist force" dan "specialist force" dalam bidang ketenteraan atau sains politik? Terima kasih | Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut: 1. Generalist force: Doktor tentera atau pegawai perubatan. 2. Specialist force: Doktor pakar tentera atau Pegawai Tugas Khas. Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 06.05.2021 |
| apakah istilah yang digunakan dalam bahasa Malaysia bagi perkataan empowerment? | Dalam bidang sains politik empowerment diterjemahkan kepada pemberian kuasa atau pemerkasaan, berdasarkan konteks ayat yang digunakan. | Istilah | 22.03.2013 |
| Boleh saya tahu terjemahan soft power dalam bahasa Melayu apa maksudnya?? | Dalam istilah Sains Politik, padanan bahasa Melayu untuk "soft power" ialah kuasa lembut. | Istilah | 26.02.2014 |
| apakah maksud gerrymandering | Istilah bahasa Melayu untuk "gerrymandering" ialah penentuan sempadan. Istilah ini terdapat dalam bidang Sains Politik. | Istilah | 09.05.2013 |
| 1. saya memerlukan makna KEPEMIMPINAN dan KEPIMPINAN? 2. apakah perbezaaan antara KEPEMIMPINAN dan KEPIMPINAN? 3 beri contoh kedua-dua perkataan tersebut. Ini kerana saya sedang membuat Tesis Sarjana Sains Politik dari UKM. Pensyarah minta saya terangkan apa perbezaan antara Kepemimpinan dan Kepimpinan. pohon bantuan. | | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin. | | Makna | 26.11.2013 |
| Assalamu'alaikum. Apakah terjemahan yang tepat untuk "natural right"? Terima kasih. | Untuk makluman, padanan istilah bahasa Melayu untuk natural rights ialah hak semula jadi (bidang Sains Politik). | Istilah | 19.05.2011 |
| Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang paling tepat dan boleh digunakan secara meluas bagi "non-governmental organisation (NGO)"? Dalam carian di PRPM, istilah ini diterjemah sebagai badan bukan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. Terima kasih. | Dalam bidang Sains Politik digunakan istilah Organisasi BUkan Kerajaan, bidang Pentadbiran pula menggunakan istilah Badan Bukan Kerajaan, maka kedua-dua istilah tersebut boleh digunakan. Istilah Pertubuhan Bukan Kerajaan juga digunakan dalam kamus, namun kami mencadangkan tuan mengambil data daripada bidang peristilahan. | Tatabahasa | 15.01.2015 |
| perkataan administrasi adakah terdapat dalam perbendaharaan Bahasa Malaysia? ingin digunakan sebagai kata ganti pentadbiran dalam persuratan. | Padanan bagi istilah bahasa Inggeris administration ialah pentadbiran dalam pelbagai bidang termasuk Sains Politik, pendidikan, teknologi maklumat, ekonomi. Administrasi ialah istilah Inggeris Belanda dan tidak digunakan di Malaysia. | Istilah | 11.03.2014 |
| Apakah terjemahan yang sesuai untuk "check and balances"? Bolehkah guna "semakan dan imbangan"? | Padanan istilah bahasa Melayu untuk check and balance dalam bidang Sains Politik ialah semak dan imbang. Namun, semakan dan imbangan boleh juga diterima. | Istilah | 17.02.2017 |
| boleh beri maksud "kosa kata istilah" dan sedikit contoh ? terima kasih ! | Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, trpat dan sesuai dalam sesuatu ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang sains politik. | Lain-lain | 24.05.2013 |