Nan MustaQim Aug 12th, 8:35am Salam. Mungkin tiada yg perasan. Perkataan 'usia' pada awal perkataan menggunakan huruf kecil, cuma saiznya yg besar. Harap DBP lebih cakna dalam pemilihan font. Didapati dlm buku teks BM Tahun 5 m/s 142. Terima kasih | Untuk makluman tuan kami menggunakan fon jenis Azim bagi penerbitan buku teks KBSR. Oleh sebab itu, kelihatan huruf "U" pada permulaan ayat seperti huruf kecil. | Lain-lain | 12.08.2014 |
PERMOHONAN PAPAN TANDA. BOLEHKAH SUKU KATA & AYAT DIBAWAH BOLEH DIBUNAKAN PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN AKADEMI JARUM BERLIAN SDN.BHD LOT 10240 & 12041 BT1 1/2 JALAN AIR PUTIH 24000, KEMAMAN TERENGGANU DARUL IMAN | Untuk penamaan tempat, keterangan aktiviti di bahagian atas dan saiznya paling besar (PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN), nama di bahagian tengah (AKADEMI JARUM BERLIAN SDN. BHD.) dan alamat di bahagian bawah sekali dan saiznya paling kecil (LOT 10240 & 12041 BT1 1/2 JALAN AIR PUTIH 24000, KEMAMAN TERENGGANU DARUL IMAN). | Tatabahasa | 13.10.2011 |
Assalamualaiukum.. Bolehkah penggunaan penjodoh bilangan "laras" digunakan untuk pistol dan meriam ? | Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada penggunaan penjodoh bilangan untuk meriam. Walau bagaimanapun melihat kepada bentuknya yang besar (dan tidak tentu saiznya) penjodoh bilangan yang sesuai ialah buah. | Tatabahasa | 26.01.2011 |
salam perpaduan. Bagaimana ayat sepetutnya untuk papan iklan berikut. KEDAI MAKAN GAILUN & CATERING. | Kedai Makan dan Katering - keterangan aktiviti dan letaknya di bahagian atas sebelah kiri, manakala Gailun ialah nama kedai, letaknya di bahagian tengah iklan dan saiznya lebih kecil daripada keterangan aktiviti. | Lain-lain | 19.05.2011 |
apakah maksud yang tepat dengan kedai runcit, kedai serbaneka dan pasar mini ? | Kedai runcit ialah kedai yang menjual barang-barang sedikit-sedikit kepada pengguna. Kedai serbaneka pula ialah kedai yang menjual aneka jenis barang manakala pasar mini ialah kedai moden yang saiznya tidak berapa besar yang menjual barang-barang makanan biasanya dalam tin, bungkusan dan sebagainya dan barang-barang keperluan harian secara layan diri. | Makna | 25.04.2019 |
Salam, sukacita sekiranya pihak DBP dapat memaklumkan istilah yang sesuai untuk perkataan berikut: collared shirt = kemeja berkolar ribbed neckline = leher baju beralur round neck = leher baju bulat crewneck = leher baju kecil/ leher baju kru (Crewneck merujuk kepada leher baju berpotongan bulat tetapi saiznya lebih sempit berbanding leher baju bulat) Dalam laman web DBP, "scoopneck" diterjemahkan sebagai garis leher skup. Adakah leher baju lebih sesuai digantikan kepada garis leher atau boleh dikekalkan? Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, setakat ini perkataan bahasa Inggeris tersebut tidak mempunyai padanan dalam bahasa Melayu. Sunggupun begitu, kami mencadangkan terjemahannya seperti di bawah: 1. collared shirt - baju leher berkolar 2. ribbed neckline - baju leher beralur 3. round neck - baju leher bulat 4. crewneck - baju leher ketat | Penyemakan dan penterjemahan | 19.09.2018 |
Saya ingin bertanya apa perbezaan antara brosur, pamplet, fliers dan buku kecil? | Menurut data kami, brosur ialah risalah. Padanan bagi pamphlet dan flyer ialah risalah manakala buku kecil merujuk kepada buku yang kecil saiznya (biasanya berkulit nipis) dan mengandungi keterangan ringkas tentang sesuatu; (Kamus Dewan Edisi Keempat) | Makna | 01.04.2019 |
Mohon pandangan tuan yang manakah penggunaan yang betul (nama Ketua Jabatan yang menandatangani surat) : (DR. MOHAMAD BIN SULAIMAN) K.M.N (DR. MOHAMAD BIN SULAIMAN K.M.N) (Dr. MOHAMAD BIN SULAIMAN K.M.N) (DR. MOHAMAD BIN SULAIMAN KMN) | Salam sejahtera, Penulisan KMN perlu diletakkan di dalam kurungan dan saiznya lebih kecil daripada nama. Contoh: (DR. MOHAMAD BIN SULAIMAN KMN) Sekian, terima kasih. | Ejaan | 30.11.2018 |