Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[saji] | ساجي

Definisi : makanan yg telah dihidangkan (sedia utk dimakan): dibubuhnya ~ dan dipasangkan setanggi; tudung ~ penutup hidangan; bersaji sl menghidangkan makanan, menye-diakan (mengatur) makanan: maka Benda-hara menyuruh ~ nasi akan memberi makan segala orang banyak itu; menyajikan 1. menghidangkan makanan: Mak Andeh masih sibuk ~ hidangan; 2. ki memberikan (karangan, hiburan, dll), mem-persembahkan, mengetengahkan: di samping cerpen-cerpen asli, disajikan juga cerpen-cerpen terjemahan; tersaji sedia disajikan, telah disajikan: mi yg ~ itu pun disudunya dgn penuh selera; ini jelas terlihat pd sejumlah besar karya cerpen yg ~ dlm antologi ini; sajian 1. sesuatu yg disajikan, hidangan makanan; 2. persembahan (cerita dll); persajian perihal bersaji: upacara ~ korban; penyajian 1. perihal (perbuatan dsb) menyaji-kan; 2. (ERT) perkhidmatan mem­bekalkan dan menyajikan makanan utk sesuatu majlis; penyaji orang yg menyajikan makanan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[saji] | ساجي

Definisi : makanan yg sudah terhidang utk dimakan: tudung ~ penutup hidangan yg dibuat drpd daun mengkuang dll. menyajikan menghidangkan (ma­kanan dsb); menyediakan (makanan dsb) di meja dll: Tuan rumah telah ~ berbagai-bagai makanan utk kami. sajian makanan yg disajikan. penyajian 1 perbuatan atau hal menyajikan. 2 perkhidmatan membekalkan dan menyajikan makanan utk sesuatu majlis. penyaji orang yg menyajikan makanan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saji (kata nama)
Bersinonim dengan hidangan, makanan, penganan, suguhan, habuan perut, pangan, solak, ayapan, persembahan, santapan, sarapan;,
Kata Terbitan : menyajikan, tersaji, sajian, penyajian,

Puisi
 

Tudung saji hanyut terapung,
     Sulam mari gambar benang;
Niat hati nak balik kampung,
     Lautan dalam tidak terenang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bagai cembul dapat tutupnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan kosa kata MAKANAN CEPAT SAJI, boleh digunakan dalam Bahasa Melayu?Penggunaan “makanan cepat saji” tidak sesuai digunakan. Kami mencadangkan supaya ditukar kepada “makanan sedia hidang”. Walau bagaimanapun, bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.  Tatabahasa27.09.2022
penjodoh bilangan yang tepat untuk tudung saji apa?Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Penjodoh bilangan yang hampir bagi tudung saji ialah sebuah.Tatabahasa02.07.2013
Kifli Bujang SEL 1.57 PTG Kifli Bujang Mohon bertanya... foodtruck diterjemah kepada perkataan Kendera Saji? Adakah itu benar? Saya mahu menggunakan perkataan ini secara rasmi bagi kementerian.Padanan yang telah diterima pakai bagi food truck ialah trak makanan.Istilah26.09.2017
Assalamualaikum... Saya hendak bertanya. Sekarang tular di fb mengenai terjemahan perkataan foodtruck kepada BM menjadi kendera saji. Adakah benar? Terima kasih.Antara prinsip pembentukan istilah ialah mengambil bentuk bahasa Melayu yang lazim, seperti food truck diberi padanan trak makanan. Bentuk lazim biasanya lebih akrab dan mudah diterima pengguna.Istilah08.09.2017
Assalamualaikum... Saya hendak bertanya. Sekarang tular di fb mengenai terjemahan perkataan foodtruck kepada BM menjadi kendera saji. Adakah benar? Terima kasih.Antara prinsip pembentukan istilah ialah mengambil bentuk bahasa Melayu yang lazim, seperti food truck diberi padanan trak makanan. Bentuk lazim biasanya lebih akrab dan mudah diterima pengguna.Istilah08.09.2017
1)Produk itu telah dipasarkan secara berluas di seluruh negara. 2)Peristiwa letupan reaktor nuklear di Chernobyl telah menyedari semua pihak agar lebih berhati-hati dalam aspek keselamatan. 3)Semua makanan di bawah tudung saji itu pagi tadi dihidangkan oleh ibu. TOLONG BETULKAN.1. Produk itu telah dipasarkan secara meluas di seluruh negara.
2. Peristiwa letupan reaktor nuklear di Chernobyl telah menyedarkan semua pihak agar lebih berhati-hati dalam aspek keselamatan.
3. Semua makanan di bawah tudung saji itu dihidangkan oleh ibu pagi tadi.
Tatabahasa21.07.2012

Kembali ke atas