Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sakti (adjektif)
Bersinonim dengan keramat, bertuah, mujarab, manjur, berkuasa, berpuaka, ampuh;,
Kata Terbitan : kesaktian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nama saya Sunee kasem saya. innginkan bertanya apakah makna bertuah terima kasihBertuah bermaksud:

1. Mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung.
2. Mendatangkan tuah, berhikmat, sakti.
3. Ketulahan, terpesona (ark-kuno)
Makna28.10.2015
Nama saya Nureeta Yayor. Saya ingin bertanya apakah makna Bertuah Terima kasih.Bertuah bermaksud:

1. Mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung.
2. Mendatangkan tuah, berhikmat, sakti.
3. Ketulahan, terpesona (ark-kuno)
Makna28.10.2015
Salam sejahtera. Bagaimanakah cara terjemahan perkataan/frasa yang berkaitan dengan dunia 'magic' ini: 1) Magical blood 2) Wizarding - contohnya, Wizarding World 3) Cauldron - bolehkah diterjemah kepada 'periuk kawah'? 4) Jinx and curse - kedua-duanya bermaksud 'sihir sumpahan'. Bagaimana jika kedua-duanya digunakan dalam ayat yang sama?Tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "magical blood". Sila berikan maksud atau konteks penggunaan perkatan ini supaya kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

wizarding world - dunia sihir/dunia sakti
cauldron - kawah/kenceng
jinx - pembawa sial
curse - sumpahan
Istilah07.09.2016
Salam Sejahtera, Saya ingin meminta bantuan pihak tuan bagi beberapa istilah / perkataan terapi bermain berikut : 1) plush doll play 2) magic wand play 3) bop bag play 4) puppet play 5) play therapy rituals 6) desensitization play 7) feeling faces 8) suitcase playroom Terima kasih atas bantuan pihak tuan. Saya amat menghargainya.

Salam Sejahtera. Menurut data kami, belum ada istilah untuk perkataan tersebut. Namun begitu, kami mencadangkan  padanan bahasa Melayu seperti yang berikut:1">

1)   Plush doll play – mainan patung plush1">

2)   Magic wand play – mainan tongkat sakti1">

3)   Bog bag play – mainan beg bop1">

4)   Puppet play – mainan boneka1">

5)   Ritual therapy play – mainan terapi ritual1">

6)   Desensitization play – mainan penyahpekaan1">

7)   Feeling faces – wajah beremosi1">

8)   Suitcase playroom – mainan bilik dalam beg pakaian1">

Sekian. Terima kasih.
Istilah27.09.2017
Mengapakah Hikayat Hang Tuah dianggap sebagai genre epik Melayu ?Epik sebagaimana diketahui dapat dibahagikan kepada dua, iaitu Epik Rakyat (Folk Epic) dan Epik Seni (Art Epic).  Epik Rakyat biasanya dihubungkan dengan sifat lisannya.  Ia kadang-kadang dipanggil juga Epik Primer (Primary Epic).  Epik ini biasanya memakan masa beberapa generasi untuk muncul dalam bentuknya seperti sekarang.  Ia mungkin bermulai dari legenda dan saga keperwiraan yang kemudian ditokok tambah menjadi sebuah epik yang lengkap.  Epik Rakyat bukanlah seorang pengarang, ia adalah himpunan daripada khazanah negara, oleh itu ia tiada mempunyai nama pengarang.  Epik Rakyat boleh diturunkan dalam bentuk prosa mahupun bentuk puisi.  Jika melihatkan kepada HHT, ciri-ciri  epik rakyat ada pada HHT. Kita lihat kebanyakan tokoh sarjana Barat tidak menganggap HHT sebagai sebuah karya sastera khasnya epik kecuali Kassim Ahmad. Adakah hal ini disebabkan hikayat ini sebuah karya prosa tidak sebagaimana definisi yang diberikan oleh C. High Holman dan J.A Cuddon, epik merupakan, “sebuah puisi yang panjang”. Sebuah epik mengikut beberapa kamus tidak semestinya dalam bentuk puisi (Webster’s New World Dictionary,Third College Edition, 1984). Ciri-ciri HHT dikenali sebagai sebuah epik ialah seperti yang berikut:

1) Wiranya seorang tokoh yang benar-benar wujud dalam sejarah dan    diangkat menjadi tokoh legenda

2)Latar tempatnya yang luas, merangkumi berbagai-bagai negara, bahkan ke seluruh dunia, iaitu dunia yang diketahui oleh  pengarangnya pada masa itu.  Di dalam hikayat ini Hang Tuah memainkan dua peranan.

3)Wiranya seorang yang gagah dan mempunyai beberapa  keistimewaan termasuk ilmu sakti

4)Ilmu Sakti Pembantu Wira

5)Epik ditulis dalam gaya bahasa yang tersendiri yang penuh dengan  sifat-sifat kesederhanaan bagi mengangkat keperwiraan wiranya. 

Lain-lain21.04.2008

Kembali ke atas