Menurut jawapan Tuan: Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan makna: (i) Memberi - menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Ia memberi anak-anaknya wang saku. (ii) Memberikan - menyerahkan sesuatu kepada... Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya. Soalan saya seterusnya ialah: 1. Ibu memberi Ali ikan. (betul) 2. Ibu memberikan ikan (objek bernyawa) kepada Ali (objek bernyawa). (betul atau salah?) | Berdasarkan makna Kamus Pelajar, memberikan bermaksud menyerahkan sesuatu kepada dan sesuatu bermaksud hal atau barang. Ikan bukanlah sesuatu atau barang, maka ayat tersebut tidak gramatis. | Tatabahasa | 24.03.2015 |
Berikut adalah ayat-ayat yang digunakaan pada papan tanda: "khidmat simpan beg" "kanak-kanak di bawah 6 tahun" "tempat menyimpan beg" "Restoran Al-Berkat Maju" "awasi penyeluk saku" atau "awas penyeluk saku" "dilarang berlegar dan berurus niaga di kawasan ini" "D'Santai Station" "Wakil Insurans Am" "laluan untuk busiuness sahaja" "Parking Motosikal" "Motosikal s'ja" saya ingin tahu ayat yang betul. terima kasih. | Saudara, Frasa yang betul ialah : i. khidmat simpan beg atau tempat menyimpan beg ii. Restoran Al-Berkat Maju (bergantung pada pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia) iii. kanak-kanak di bawah 6 tahun iv. awas, penyeluk saku! v. Dilarang berlegar dan berurus niaga di kawasan ini vi. D Santai Station seharusnya Stesen D' Santai(bergantung pada pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia) vii. wakil insurans am viii. laluan untuk niaga sahaja ix. motosikal sahaja | Tatabahasa | 25.08.2010 |
saya mohon penjelasan tentang penggunaan perkataan memberi dan memberikan | Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan maksud dan contoh penggunaan kedua-dua kata tersebut, iaitu: (i) Memberi - menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Ia memberi anak-anaknya wang saku. (ii) Memberikan- menyerahkan sesuatu kepada. Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya. | Tatabahasa | 27.07.2015 |
Saya memberikan/memberi makanan kepada ikan-ikan?? Bagaimanakah penggunaan memberikan dan memberi?? | Dalam Kamus, cukup terang diberikan makna memberi dan memberikan. Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan (i) Memberi-menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Ia memberi anak-anaknya wang saku. (ii) Memberikan- menyerahkan sesuatu kepada. Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya. Maka, ayat yang betul ialah “Saya memberikan makanan kepada ikan-ikan”. | Tatabahasa | 18.03.2014 |
Selamat pagi. Mohon jasa baik tuan/puan tolong mengenalpastikan kesalahan ayat berikut: 1). Kapten mengangkat piala yang dimenangi bersama-sama pasukannya setelah meraih kemenangan dalam pertandingan bola sepak. 2). Polis berjaya menangkap penyeluk saku yang sedang beroperasi di perhentian bas itu. 3). "Tikar mengkuang ini anyaman saya," kata Kak Akmar. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah i. Kapten mengangkat piala yang dimenangi bersama-sama ahli pasukannya setelah meraih kemenangan dalam pertandingan bola sepak. ii. Polis berjaya menangkap penyeluk saku di perhentian bas itu. iii. "Tikar mengkuang ini anyaman saya," kata Kak Akmar. | Tatabahasa | 14.01.2020 |
Menurut jawapan pihak Tuan, perkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Akan tetapi, berdasarkan penerangan di atas, saya hendak mengemukankan beberapa butir untuk ditelitikan. 1. Ali memberi adik (objek bernyawa) air. 2. Ali memberikan air (objek tak bernyawa) kepada adiknya. Dua ayat ini betul menurut penerangan di atas. 3. Ali memberi/memberikan anaknya (objek bernyawa) kepada keluarga itu. 4. Disebabkan miskin, Ali telah memberi/memberikan anak bongsunya (objek bernyawa) kepada jirannya. Bagaimana pula dengan dua ayat di atas? 4. Bos tidak memberi/memberikan gaji (objek tak bernyawa) bulan ini. 5. Cikgu sudah memberi/memberikan arahan (objek abstrak) kali kedua. 6. Nenek suka memberi/memberikan nasihat (objek abstrak). Harap Tuan dapat menjawab soalan saya dgn penerangan yg teliti. Setahu saya, mem...kan akan diikuti dengan kepada, manakala mem... itu sendiri tidak perlu. Contoh: 1. Dia memberikan kucingnya (objek bernyawa) kpd jirannya. 2. Dia tidak suka memberi nasihat. Adakah kedua-dua ayat di atas gramatis? Sekian terima kasih. | Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan makna: (i) Memberi - menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Ia memberi anak-anaknya wang saku. (ii) Memberikan - menyerahkan sesuatu kepada... Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya. Maka, ayat yang betul ialah: 1. Ali memberi adik air. 2. Ali memberikan air kepada adiknya. 3. Ali menyerahkan anaknya kepada keluarga itu. (Kata menyerahkan lebih tepat dalam konteks ayat ini) 4. Disebabkan miskin, Ali telah menyerahnya anak bongsunya kepada jirannya. (Kata menyerahkan lebih tepat dalam konteks ayat ini) 4. Bos tidak memberikan gaji pada bulan ini. 5. Cikgu sudah memberikan arahan kali kedua kepada pelajar itu. 6. Nenek suka memberikan nasihat kepada cucu-cucunya.
| Tatabahasa | 24.03.2015 |
Saya agak keliru dengan penggunaan "memberi" dan "memberikan". Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (hlm.1723), contoh ayat yang diberikan untuk kata dasar "tuisyen" adalah seperti berikut: dia mencari nafkah dgn memberi ~ kepada pelajar-pelajar sekolah? Bukankah "memberi" digunakan hanya untuk sesuatu yang bernyawa dan "memberikan" digunakan untuk objek yang tidak bernyawa? | Perkataan 'memberi' dan 'memberikan' merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh : Abang memberi adik sebatang pensil; Pengetua memberikan nasihat kepada semua pelajar. Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan maksud dan contoh penggunaan kedua-dua kata tersebut, iaitu:(i) Memberi - menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Ia memberi anak-anaknya wang saku.(ii) Memberikan- menyerahkan sesuatu kepada. Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya. | Tatabahasa | 14.10.2017 |