Salaam mohon bertanya, apakah ejaan tepat bagi perkataan Anti Minyak Sawit? | Ejaan yang betul ialah antiminyak sawit. | Ejaan | 24.11.2021 |
Salaam. Apakah ada terma khas untuk "soft furnishing"? Jika dialih bahasa secara literal, soft furnishing bermaksud perabot lembut iaitu maksudnya kurang tepat. Soft Furnishing biasanya merujuk kepada barangan di dalam rumah seperti karpet, bantal, langsir, kelambu, alas kaki, alas kerusi & meja, dan sebagainya. Biasanya soft furnishing di perbuat dari benang, kapas, sutera dan sebagainya. Soalan saya, apakah terma yang sesuai dalam bahasa melayu yang merujuk kepada "soft furnishing"? Kerana menggunakan terma soft furnishing lebih tepat berbanding "perabot lembut" Terima kasih atas bantuan. | Kami mencadangkan padanan untuk perkataan soft furnishing ialah hiasan rumah atau kelengkapan rumah. Walau bagaimanapun, sekiranya tuan hendak memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan padanan kata Melayu dengan bahasa asing, tuan boleh layari laman web Gerbang Kata DBP dan membuat pendaftaran kata pada bahagian Saran Kata. http://ekamus.dbp.gov.my/ http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx | Makna | 25.03.2021 |
Salaam sejahtera, Adakah perkataan 'untuk' boleh digunakan di permulaan ayat? Jika tidak, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikannya? Sekian. | Perkataan "untuk" boleh digunakan pada pangkal ayat, contohnya: Untuk makluman tuan, ... | Tatabahasa | 12.11.2015 |
Salaam, Saya ingin bertanya, adakah 'meluat' dan 'manja' sebuah kata adjektif? Adakah manja boleh diklasifikan sebagai kata adjektif cara? Terima Kasih | Waalikumsalam. "Meluat" ialah kata kerja, manakala "manja" ialah kata adjektif/kata sifat. "Manja" ialah kata adjektif sifatan. | Tatabahasa | 21.03.2015 |
Salaam, Saya amat berminat untuk menerbitkan buku saya: Rahsia Nikmat Kegagalan Dalam Bisnes. Untuk perhatian, saya sedang menyiapkan buku tersebut dalam sudah hampir 50% siap. Mohon pencerahan dari pihak DBP untuk membantu menerbitkan buku ini. Terima kasih. Azharee | Wkm salam wbkt. Manuskrip yang telah siap ditulis, lengkap dengan bahan awalannya boleh dihantar kepada Ketua Editor Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Manuskrip ini akan melalui beberapa proses penilaian untuk dipertimbangkan kesesuaian penerbitannya oleh DBP. | Lain-lain | 08.07.2013 |
Salaam, saya ingin tahu terjemahan untuk worktop iaitu bahagian atas yang ditambah untuk memotong atau persediaan memasak di dapur. Boleh ke gunakan bahagian atas kerja sebab meja kerja bermakna work bench. Sila bantu | Puan Zuraida terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Jika berpandukan soalan Puan rasanya lebih sesuai untuk kita gunakan tempat kerja sahaja. Terima kasih | Istilah | 16.10.2009 |
Salaam. Saya ingin tahu jika terdapat masalah dalam sistem kamus sbmb online? Sebab bila saya klik 'carian kata', page prpm.dbp.gov yang keluar dan bukan page kamus sbmb seperti sebelum ini. Ia berlaku sejak dua tiga hari lepas. Boleh saya tahu kalau kamus sbmb online masih boleh digunakan selepas ini atau bagaimana ya? Terima kasih. | Sila klik pada Laman Utama DBP untuk menggunakan SBMB dalam talian. Pusat Rujukan Persuratan Melayu merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 24.02.2009 |
Salaam. Saya ingin tahu istilah dalam bahasa Melayu bagi 'flower girl' (dalam majlis perkahwinan). Terima kasih. | 'Flower girl' ialah gadis yang membawa bunga dalam perarakan perkahwinan. Mereka digelar gadis bunga. | Makna | 18.06.2008 |
Salaam. Saya mencari istilah BM bagi istilah ini 'published writer' penulis yang hasilnya tersiar? atau apa ya? terima kasih? | Padanan bahasa Melayunya ialah penulis mapan. | Istilah | 08.05.2008 |
Salaam. Saya Aini. Saya ingin tahu istilah nama haiwan 'cape buffalo' dalam Bahasa Melayu. Terima kasih kerana membantu. Wassalam. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah cape buffalo ialah kerbau Cape. | Istilah | 29.04.2008 |