Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lah] | ساله

Definisi : 1. tidak benar, tidak betul: dia boleh membezakan antara yg ~ dan yg benar; jawab-an kamu ~; 2. tidak tepat (sasaran, maksud, dll), tidak kena: kakinya terkehel kerana ~ menendang bola; 3. tidak baik, tidak layak, tidak patut, cacat, cela: Kolonel Farquhar itu pergi ke Siak meminta tempat hendak membuat negeri di Tanjung Jati, akan tetapi ~nya di sana apabila musim utara terlalu amat besar ombaknya; ~ sedikit baginda tidak berputera sayang sedikit baginda tidak berputera; 4. perbuatan yg menyalahi hukum (aturan dll), perbuatan yg tidak patut (layak): itu ~nya sendiri; 5. = bersalah berbuat se-suatu yg menyalahi hukum (aturan dll), berbuat sesuatu yg tidak patut (tidak layak): lain yg ~, lain yg diseksa; dia didapati ~ kerana bersubahat dgn musuh-musuh negara; ~ adat tidak mengikut adat, melanggar adat; ~ agak = ~ duga = ~ kira = ~ sangka tidak betul telahannya; ~ ambil silap mengambil; ~ ambilan silap mengerti; ~ anggapan keliru; ~ angkuh Mn tidak patut pd pandangan orang; ~ asuhan tidak elok didikannya; ~ (sesat) air salah didikan (sukar utk diajar); ~ bantal berasa sakit pd tengkuk atau leher selepas bangun drpd tidur; ~ bawa tidak betul caranya mengamalkan sesuatu ajaran dsb; ~ bebal salah dan bebal, kesilapan dan kekeliruan kerana kebodohan; ~ benang Mn a) silap menenun sesuatu; b) sakit (badan); ~ besar kesilapan yg sangat besar; ~ cakap kesilapan ketika bercakap (menyebabkan orang lain sakit hati dll); ~ cerna sakit kerana tidak hadamnya makanan; ~ cetak kesilapan (yg dilakukan) pd waktu mencetak, ralat; ~ dengar tidak mendengar mesej, berita dsb dgn betul; ~ dorong terlanjur perbuatan; ~ duga silap menduga; ~ eja(an) silap mengeja; ~ faham tidak mengerti hal yg sebenarnya (silap mengerti); ~ gamak salah agak; ~ hati susah (sakit, men-dongkol, dll) hati; ~ jalan tersesat; ~ kain ter-selak kain (sehingga mendedahkan kemaluan atau pangkal paha); ~ kata tidak betul perkata-annya; ~ kena tidak kena pd tempatnya; ~ kira salah sangka, marah kerana salah mengerti; ~ laku kelakuan yg dianggap tidak bermoral atau tidak beretika: masalah ~ laku di kalangan pelajar yg merokok, menagih dadah, mencuri dan bergaduh; politik wang merupakan suatu kegiatan ~ yg serius yg boleh merosakkan perjuangan parti; ~ langkah a) silap melangkah; b) mendapat bencana dlm perjalanan kerana sial, sial; c) silap (tidak dgn sepatutnya) memulakan se-suatu; d) buruk perbuatan (maksud); ~ lihat = ~ mata = ~ pandang a) keliru pelihatan; b) melihat dgn maksud buruk; ~ mengerti salah tafsir; ~ mulut terlajak kata, terlepas cakap; ~ orang a) bukan orang yg dimaksudkan (kerana silap pandangan dll); b) bukan orang yg dapat dipermain-mainkan orang lain; ~ paduk tidak sepadan (pasangan suami isteri dll); ~ pakai silap memakai; ~ pandang menyangka orang yg dilihat sbg orang yg dikenali (sebenarnya tidak demikian); ~ periksa a) silap memeriksa; b) berbuat sesuatu yg tidak layak; ~ piantan bukan waktunya; ~ pilih tersilap memilih; ~ raba a) tersilap meraba; b) tuduhan (dakwaan) yg tidak tepat; ~ rasa a) perasaan yg tidak menyenangkan (buruk), berfirasat buruk; b) tidak senang hati; c) tidak tepat sangkaannya; ~ rupa (roman) Mn tidak layak pd pandangan orang; ~ sedikit a) berbeza sedikit; b) = ~nya sedikit sayang sedikit; ~ sangka tidak tepat sangkaannya, menyangka yg tidak benar; ~ semat salah faham; ~ sendi tergeliat, terseliuh; ~-silih bermacam-macam kesilapan; ~ tampa salah faham; ~ tanggap salah mengerti, salah memahami (sesuatu); ~ tangkap a) silap menangkap sesuatu atau seseorang; b) salah faham, salah mengerti; ~ tebak = ~ teka tidak benar telahan; ~ terima a) salah faham, salah mengerti; b) berasa marah kpd; ~ timbang a) silap menimbang; b) berat sebelah (men-jatuhkan hukuman dll); ~ tingkah tidak senonoh (tingkah laku), kurang sopan; ~ tubruk bp salah pegang; ~ urat terseliuh, tergeliat; ~ wisel Id, bp salah faham; ~ bunuh memberi balas, ~ cencang memberi pampas = ~ cencang memberi pampas, ~ bunuh membangun = ~ cotok berkudung paruh, ~ telan belah perut prb kesalahan mestilah dihukum menurut kadarnya (menurut adat yg telah ditetapkan); ~ makan memun-tahkan, ~ tarik mengembalikan, ~ langkah surut kembali prb kesilapan dlm sesuatu pekerjaan hendaklah dibaiki segera; jika ~ sebatang dicabut, ~ serumpun dibongkar, ~ separak dirambah prb hukuman haruslah dijatuhkan setimpal dgn kesalahan; berani kerana benar, takut kerana ~ prb bertindak kerana berada pd pihak yg benar; salah-salah 1. walaupun (sungguhpun, meskipun) salah: ~ dibebaskan juga; 2. jika tidak bernasib baik, jangan-jangan: ~ bersikap, takut akan tertuduh pula; bersalah 1. melakukan sesuatu yg salah (spt melanggar hukum dsb): jika aku yg ~, aku minta ampun; mereka menjatuhkan hukuman bunuh ke atas orang yg ~; 2. ada salahnya, mempunyai salah: sesiapa yg ~ lima, tidak akan lulus; bersalahan 1. berbeza drpd, berlainan: tempat itu sungguh baik, tiada ~ spt berita orang itu; 2. = bersalah-salahan ber­tentangan, tidak sesuai, tidak bersefahaman, berbantah: jangan kamu beri bercerai dan ~ ia dua bersaudara ini; menghukum sese-orang tanpa bukti yg nyata adalah ~ dgn hukum Allah; 3. Mn kurang sihat (badan); kebersalahan perihal (rasa, sikap dsb) ber-salah: kadang-kadang dlm penyaringan ini semacam terjadi ~; menyalah 1. menyimpang (halanya), menye-leweng; 2. tidak mengikut peraturan (undang-undang dll); 3. mengelak (tikaman dll), menangkis: Raja Ngah pun me­mejamkan matanya lalu menerkam, disalah oleh Bedurai; 4. Mn kurang sihat (badan); menyalahi 1. tidak mematuhi peraturan (undang-undang dsb), bersalahan dgn: adinda tiada mahu menyerangi tempat orang, ~ adat; unsur-unsur luar ini telah banyak ~ hukum morfologi; 2. tidak menyetujui, mem-bantah, menentang: Pateh itu orang besar, siapa dapat akan ~ katanya; 3. tidak mene-pati (janji dll); menyalahkan 1. menganggap salah: aku tidak mahu ~ sesiapa, baik pun engkau; 2. menangkis (tikaman, pukulan, dll), meng-elakkan: ia pun melompat ~ tikaman orang itu; 3. menyangkal (tuduhan dll), tidak mengakui; mempersalahkan menimpakan kesalahan kpd, menyatakan (seseorang dsb) bersalah: Kamallah yg harus dipersalahkan; tersalah 1. tidak sengaja membuat salah, tersilap: jikalau ada apa-apa yg ~ dan tersilap, saya pohonkan berbanyak maaf; menurutnya, penulis menggunakan kata-kata demikian kerana mereka ~ tafsir erti penggunaan bahasa dlm sastera; 2. tidak tepat; 3. tertuduh (melakukan kesalahan dll), disalahkan; ketersalahan perihal (atau keadaan) ter-salah: ~ ini akan membunuh seluruh generasi akan datang; kesalahan 1. perihal salah (perbuatan salah, kesilapan): lebih baik saudara mengaku sahaja ~ yg telah dilakukan itu; 2. di­persalahkan, dianggap salah, mendapat salah; pesalah orang yg didapati bersalah (kerana melanggar hukum dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lah] | ساله

Definisi : ; ~ satu (sebuah, seorang) satu antara dua atau banyak (buah, orang, dll); ~ suatu = ~ sesuatu a) segala sesuatu; b) suatu antara semuanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lah] | ساله

Definisi : ; ~ nama sj tumbuhan (pokok), puki anjing, Cynometra cauliflora; akar ~ hutan sj tumbuhan (akar memanjat), akar larak, Fissistigma fulgens; rumput ~ pemakai sj tumbuhan (rumpai), rumput janggut kuau, Fimbristylis aestiralis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lah] | ساله

Definisi : 1 tidak spt yg semestinya; tidak betul; tidak benar: Hitungan kamu itu ~, buat semula. 2 sesuatu yg tidak baik atau yg tidak layak; cela: Apa ~nya kalau kita bertanya kpd guru. 3 perbuatan yg tidak patut atau yg tidak menurut undang-undang: Hukumannya setimpal dgn ~nya. 4 tidak kena pd yg dituju; tidak tepat: Tembakan yg kelimanya, ~ juga. ~ bantal berasa sakit pd leher selepas bangun drpd tidur. ~ bawa tidak pandai mentadbirkan sesuatu hal atau tersilap mengamalkan sesuatu ajaran. ~ cakap berbuat silap ketika bercakap menyebabkan orang lain sakit hati dll. ~ faham tidak mengerti akan hal yg sebenarnya. ~ kain terselak kain sehingga menampakkan kemaluan. ~ kata tidak betul perkataannya. ~ laku perlakuan yg dianggap tidak bermoral atau tidak beretika. ~ langkah kesilapan pd permulaan melakukan sesuatu dan mengakibatkan keburukan (bencana) kpd diri seseorang. ~ mulut terlepas cakap (biasanya mengata-ngatai orang). ~ piantan salah waktu (musim) me­lakukan sesuatu dan hasilnya sia-sia saja. ~ sangka kesilapan membuat te­lahan, mis menuduh seseorang yg bukan-bukan. ~ satu (sebuah, seorang dll) satu (sebuah, seorang dll) drpd beberapa benda dsb. ~ urat tergeliat. bersalah berbuat sesuatu yg salah; ada salahnya: Jika aku ~, aku minta maaf. bersalahan 1 tidak sama (dgn); berbeza drpd; berlainan: Rupa paras gadis itu tidak ~ dgn rupa paras ibunya. 2 tidak sesuai (dgn); bertentangan (dgn): Ke­lakuan mereka itu ~ dgn adat resam orang-orang di sini. bersalah-salahan tidak cocok (dgn); tidak sefahaman; berbantah: Keluarga yg sering ~ tidak akan mengecap kebahagiaan. menyalahi 1 tidak menurut peraturan (hukum dsb); bersalahan dgn: Segala undang-undang dan peraturan yg lain tidak boleh ~ perlembagaan negara. 2 tidak mem­benarkan; mencela; menentang: Siapa­kah yg berani ~ arahannya? 3 berbuat salah (tidak baik) terhadap orang lain: Orang yg suka ~ orang lain akan menerima balasannya juga. menyalahkan 1 me­ngadakan salah; memandang salah: Kami berharap agar saudara tidak akan ~ mana-mana yg betul. 2 menuduh orang lain yg bersalah; menyatakan bersalah: Jika kerja kamu tidak berhasil, jangan ~ sesiapa. 3 menjadikan tidak kena; menangkis tikaman orang dll: Hang Tuah melompat ke kiri ke kanan ~ tikaman Hang Jebat. kesalahan 1 perbuatan yg salah; apa-apa yg salah: ~nya yg besar adalah menerima rasuah drpd tauke itu. 2 keadaan atau hal salah: ~ membuang sampah di merata-rata tempat. pesalah orang yg bersalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata salah

Puisi
 

Tidak salah junjung lembayung,
     Salah pandan menggelita;
Tidak salah emak mengandung,
     Salah badan buruk pinta.


Lihat selanjutnya...(62)
Peribahasa

Salah makan memuntahkan,
     salah tarik mengembalikan,
salah langkah surut kembali.

Bermaksud :

Jika salah dalam sesuatu pekerjaan hendaklah segera diperbaiki kesalahan itu.

 

Lihat selanjutnya...(103)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu Azman sangat sayangkan pelajar di kelas ini. Adakah ayat tersebut betul atau salah dan jika salah, mengapakah salah? Apakah pembetulannya jika salah?Ayat ini betul.Tatabahasa26.03.2011
Penjodoh bilangan sepucuk senapang (betul/salah) sepucuk meriam (betul/salah) selaras senapang (betul/salah) selaras meriam (betul/salah)Penjodoh bilangan yang betul ialah selaras senapang dan selaras meriam.Tatabahasa04.04.2012
1. berat badan lebih (betul atau salah) 2.penggunaan perkataan "ianya" 3....ialah antara...(betul atau salah) 4....peningkatan usaha...(betul atau salah) 5....mengunjung gimnasium...(betul atau salah) 6....muka pengadilan...(betul atau salah) 7....adalah agar peserta dapat...(betul atau salah) 8....mempertingkatkan ilmu pengetahuan...(betul atau salah) 9....Mengusahakan kantin ialah tanggungjawab...(betul atau salah) 10....tenaga yang boleh diperbaharui...(betul atau salah) 11....berpunca kerana...(betul atau salah) 12....kanak-kanak menghasikan bunyi secara rambang di peringkat agah...(betul atau salah) 13. Perbezaan antara penggunaan perkataan "membeli"dengan"membelikan"

1.   berat badan lebih (betul)

2. penggunaan perkataan "ianya"

Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya.

 

3....ialah antara...(betul)

4....peningkatan usaha...(betul)

5....mengunjungi gimnasium...

6....muka pengadilan...(betul)

7....adalah agar peserta dapat...(betul)

8....mempertingkatkan ilmu pengetahuan...(betul)

9....Mengusahakan kantin ialah tanggungjawab...(betul)

10....tenaga yang boleh diperbaharu...

 
11....berpunca kerana...(betul)

12....kanak-kanak menghasikan bunyi secara rambang pada peringkat agah...

 

13. Perbezaan antara penggunaan perkataan "membeli"dengan"membelikan"

 

Frasa "membelikan Ahmad" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertama ialah objek yang bernyawa. Manakala frasa "membeli kasut" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud melakukan sesuatu.

Tatabahasa20.11.2013
1) Beburung berterbangan (betul / salah) 2) Burung berterbangan (betul/salah) 3) Dedaun berguguran (betul/salah) 4) Daun berguguran (betul/salah) 5) Banyak jenis sayur-sayuran/ kuih-muih(betul/salah) 6) Banyak jenis sayur/kuih(betul/salah) 7) Pelbagai sayur-mayur(betul/salah)Dari aspek semantik, ungkapan yang betul ialah: Burung berterbangan; Daun berguguran; Banyak jenis sayur/kuih kerana berterbangan bermaksud terbang banyak-banyak, berguguran bermaksud gugur dengan banyaknya dan sayur-sayuran/sayur-mayur bermaksud bermacam-macam jenis sayur.Tatabahasa10.04.2011
salam, 1-Adakah ejaan setor salah? Adakah salah dari segi tatabahasa atau bahasa ? 2-Adakah penggunaan naiktaraf betul? 3-Adakah betul Ketua Bahagian Pembendaharaan?Jika salah apakah bentuk kesalahan tersebut? 4-Ayat 'lintasan jalan kaki' ,adakah betul ayat ini? Terima Kasih1. Ejaan yang betul ialah stor; Sistem ejaan baru mengekalkan ejaan gugus konsonan untuk kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. 2. Penggunaan "naik taraf" betul. 3. Ketua Bahagian Perbendaharaan. 4. Istilah yang betul ialah "lintasan pejalan kaki".Tatabahasa19.03.2013
Minta kepastian daripada DBP. Yang mana betul ? selain itu / selain daripada itu; salah satu / salah satu daripada; melentur bulur biar dari rebung / melentur buluh daripada rebung; semua data murid perlu dimasukkan. . ./ data murid perlu dimasukkan. . Terima kasih.Frasa yang betul ialah selain itu, salah satu daripada,  peribahasa yang terakam dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Melentur biarlah waktu rebung",  ...semua data murid perlu dimasukkan.Tatabahasa12.08.2013
tuan, 1. adakah 'kami sekeluarga', 'kami semua' salah? Jika salah mengapa tidak tulis sebegitu? 2. bolehkah kita guna 'menengok televisyen'? terima kasih.

1. Ungkapan kami sekeluarga, kami semuabetul kerana kami ialah kata ganti nama diri pertama yang menunjukkan jamak.

2. Menengok televisyen tidak tepat yang betul ialah menonton televisyen, walau bagaimanapun menengok cerita Hang Tuah di televisyen, betul kerana menengok juga bermaksud melihat sesuatu pertunjukan atau menonton.

 

Tatabahasa21.04.2010
"Ini buku aku" Ayat ini betul atau salah? Kalau salah apa sebabnya? Terimakasih.Ayat yang betul ialah ini buku saya atau ini bukuku. Penggunaan aku dalam ayat ini merupakan penggunaan bahasa yang kasar dan tidak rasmi. Tatabahasa27.09.2008
Adakah penggunaan frasa 'terlalu rupawan pengantin perempuan itu' betul? Jika salah, mengapakah salah?

Saudara Tammychong,


Frasa 'terlalu rupawan pengantin perempuan itu' penggunaan ayatnya adalah betul.

Tatabahasa17.09.2012
AYAT: MEJA INI DIPERBUAT DARIPADA KAYU JATI. AYAT DI ATAS "BETUL" ATAU "SALAH" JIKA SALAH , BOLEHKAH TUNJUKKAN KESALAHAN APA? TERIMA KASIH.Salam sejahtera,

Ayat 'MEJA INI DIPERBUAT DARIPADA KAYU JATI' adalah tepat.
Tatabahasa19.12.2012
12345678910...

Kembali ke atas