bincangkan salah satu adat resam dan tabu dalam masyarakat melayu dahulu dan kini. | Sila rujuk bahan ini : Adat resam dan adat istiadat Melayu | Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1986 Orang Melayu banyak cipta adat | Ahmad Idris| Variasari | 01/03/2007 "Daulat" dalam masyarakat Melayu tradisional | Zalila Sharif | Dewan Budaya | 01/06/1996 Pengaruh bomoh dalam masyarakat Melayu | Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim | Pemikir | 01/07/2003 Tabu dalam masyarakat Melayu di Sarawak | Noor Aina Dani | Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu | 01/07/2002 Tanda Dalam Masyarakat Melayu | Mohamad Shahidan | Dewan Budaya | 01/01/2002 | Lain-lain | 03.05.2008 |
Orang yang jarang-jarang membaca biasanya cetek pengetahuan mereka. (munsyi, adakah adat di atas salah? TK) | Ayat betul- Orang yang jarang-jarang membaca, biasanya cetek pengetahuan. | Tatabahasa | 05.09.2012 |
para penonton diminta duduk supaya tidak kelihatan sumbang. (tuan, sumbang adalah salah dan patut digantikan dengan perkataan apa? tq | Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan sumbang bermaksud 1. tidak sedap didengar atau dilihat (bkn bunyi, perbuatan dll); janggal 2. tidak betul perbuatannya; salah; silap 3. tidak mengikut adat kesopanan atau tidak mengikut adat kebiasaan (spt melakukan zina dll). Perkataan sumbang boleh digantikan dengan perkataan lain, misalnya janggal, pelik, dan sebagainya, bergantung pada konteks penggunaannya. | Makna | 09.09.2011 |
Pelancong asing itu kagum melihat "kesabaran" wanita Melayu yang masih mengekalkan adat ketimuran walaupun dunia semakin maju. "kesabaran" adalah salah diguna. Apakah perkataan yang sesuai diguna di sini? keteguhan? kecekalan? ... terima kasih. | Cekal dan teguh (hati) kedua-duanya membawa maksud yang sama, iaitu tabah dan boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
1)Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun.(Betulkah perkataan "pengalaman"digunakan dalam ayat ini?)2)Kotak yang berat itu terangkat oleh saya.3)Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat bermula,baginda bersemayam di atas mahligai sempena hari keputeraan baginda yang ke-65 tahun.(Tolong betuklan ayat (2) dan (3) jika ada salah.Terima kasih.) | 1. Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun. Penggunaan perkataan pengalaman dalam ayat tersebut betul. 2. Kotak yang berat itu terangkat oleh saya. 3. Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat sempena hari keputeraan baginda yang ke-65 bermula, baginda bersemayam di atas mahligai. | Tatabahasa | 11.09.2012 |
Salam sejahtera: 1. Kamus Dewan (ed.4) mendefinisikan 'relevan' sbg: ada kaitan/hubungannya dgn apa yg dibicarakan, dgn apa yg sdg berlaku, dsb. Walau bagaimanapun, maksud 'penting' tidak terdapat dalam definisi di atas. Bolehkah saya simpulkan 'penting' tidak termasuk sebagai salah s atu definisi bagi perkataan 'relevan'? 2. Bagaimana pula dengan definisi dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan yang memberikan salah satu definisi untuk 'irrelevant' ialah 'tidak penting' (selain 'tidak berkaitan', 'tidak bersangkutan', dsb). 3. Apakah sinonim untuk perkataan 'relevan' dlm ayat di bawah? 'Penting' atau 'berkaitan/bersangkut paut/dsb''? Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di negeri ini sejak 650 tahun dahulu masih relevan untuk diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat di negeri ini. (Utusan, 9/01/2010, Adat Pepatih masih relevan diamalkan) Terima kasih. | Puan Jeannet, Makna 'relevan' ialah berkaitan, berhubungan: documents ~ to the case, dokumen yg berkaitan dgn kes itu; a highly ~ suggestion, cadangan yg sangat berkaitan. Kamus Inggeris Melayu Dewan. (rélevan) ada kaitan atau hubungannya dgn apa yg dibicarakan, apa yg berlaku dsb: seksyen 96(1) hanya ~ dlm kedudukan insurans wajib. Kamus Dewan Edisi Keempat. Walau bagaimanapun, padanan perkataan ini dalam bahasa Melayu bergantung pada makna dan konteks penggunaan dalam ayat. Oleh itu, dalam teks yang dikemukakan perkataan ini boleh bermaksud penting atau berkaitan. | Makna | 18.01.2010 |
Makna kata bahasa Melayu berikut: 1. Jeda 2. Moda 3. Koda 4. Langam bahasa Sekian. Terima kasih | jeda: waktu rehat; masa antara dua peristiwa atau tindakan; mod(bukan moda): salah satu pilihan kaedah atau cara pengendalian pemprosesan sistem; kod(bukan koda): tulisan dengan tanda lain-lain yang mempunyai erti nyang tertentu atau yang tersembunyi(rahsia); sistem simbol-simbol untuk menyampaikan maklumat atau arahan kepada komputerlanggam: cara, kaedah, laku,adat kebiasaan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 23.03.2008 |
Salam, saya ingin bertanya apakah bezanya mantan dan bekas? Siapakah yang sesuai digunakan sebagai mantan dan bekas? Terima kasih | Menurut definisi Kamus Dewan, mantan : dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi, bekas: ayahnya seorang ~ ketua pengarang sebuah penerbitan; dia ialah ~ guru besar sekolah itu. bekas :1. tanda-tanda yg ditinggalkan, kesan: ~ tapak kaki di pasir; ~-~ kudis itu menghodohkan kakinya; ~-~ darah yg terdapat pd bajunya; 2. dahulunya (sekarang tidak lagi), pernah menjadi: ~ suami; duduk bersanding dan tepung tawar adalah ~-~ adat Hindu; 3. akibat (drpd sesuatu): perkahwinan campuran antara dua golongan itu membawa ~ yg mengaibkan; ~ luka parut (sesudah sembuh luka); ~ tangan a) tandatangan; b) tulisan tangan; c) hasil buatan sendiri; d) pukulan; ~ tubuh pakaian yg sudah dipakai; Berdasarkan pentakrifan dan penggunaan kedua-dua kata ini tidak salah digunakan, namun kata mantan kini lazim digunakan untuk seseorang yang pernah menjawat jawatan tertentu. | Makna | 25.06.2009 |