Tuan, Sila beritahu sama ada perkataan dalam kurungan adalah betul atau salah.Jika salah,bolehkah tuan betulkan?Terima kasih atas tunjuk.ajar tuan. 1.Ibu mengutip beberapa (cubit) kulat sisir. 2.Kita boleh membeli barangan (jati) di pasar raya itu. 3.(Akal) yang sihat melahirkan idea yang bernas. 4.Bau tempat penyembelihan lembu sangat (hanyir.) 5.Dia mendapat (kecederaan) pada lengannya akibat terjatuh tangga. 6.Pemain yang mengalami kecederaan itu (ditunda) keluar dari padang. 7.Kereta ayah yang rosak telah (ditunda) ke bengkel. 8.Pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik akan (digantung ) 9.Walaupun datuk sudah lanjut usianya,tetapi ingatannya masih (teguh) 10.Ibu bapa harus memegang tanga anak mereka dengan (teguh) semasa menaiki eskalator. Adakah ayat berikut betul? 11.Sila mendapat maklumat tentang pertandingan itu daripada Cikgu Ali. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1.Ibu mengutip beberapa kulat sisir. 2.Kita boleh membeli barangan asli di pasar raya itu. 3. Akal yang sihat melahirkan idea yang bernas. 4. Bau tempat penyembelihan lembu sangat hanyir. 5. Dia mendapat kecederaan pada lengannya akibat terjatuh tangga. 6. Pemain yang mengalami kecederaan itu diusung keluar dari padang. 7. Kereta ayah yang rosak telah ditunda ke bengkel. 8. Pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik akan digantung tugas. 9. Walaupun datuk sudah lanjut usianya,tetapi ingatannya masih kuat. 10. Ibu bapa harus memegang tangan anak mereka dengan kemas semasa menaiki eskalator. 11. Sila dapatkan maklumat tentang pertandingan itu daripada Cikgu Ali. | Tatabahasa | 14.11.2017 |
Siew Lan berasa gembira sangat kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. (munsyi, jawaban menyatakan ayat ini salah, dapatkah munsyi tunjuk ajar di mahakah kesalahannya? TK) | Merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, sangat merupakan kata penguat bebas. Kata penguat bebas ialah perktaan yang letaknya atau kedudukannya bebas, iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Ayat yang dinyatakan ialah betul. | Tatabahasa | 08.03.2013 |
Bolehkah saya bertanyakan soalan tentang kata bilangan tentu? Adakah satu jam setengah salah? Dulu kami diajar bahawa Kata bilangan tentu tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan. Contohnya, dua jam setengah(betul), dua setengah jam(salah). Sila beri tunjuk ajar, terima kasih. | Frasa yang tepat ialah dua setengah jam. Dua setengah merupakan kata bilangan dan diikuti unit kiraan, iaitu jam. | Tatabahasa | 15.05.2024 |
Salam sejahtera. Soalan saya mengenai kesahihan susunan ayat berikut, dan harap dapat menunjuk ajar cara tulis yang betul jika salah. Selain itu, turut dapat diperhatikan pada filem calitan darah adalah kewujudan sel darah merah terkecut. | Saya kurang jelas dengan maksud "darah merah terkecut" adakah ia merupakan istilah khusus dalam bidang perubatan atau perkataan "terkecut" ini merujuk kepada darah beku? maka ayat tersebut boleh ditulis seperti berikut: 1) Selain itu, pada filem calitan darah terdapat darah merah beku. 2). Selain itu, terdapat darah merah beku pada filem calitan darah. | Lain-lain | 21.09.2017 |
antara faktor-faktor yang menyebababkan kemalangan jalan raya ialah.... adakah ''antara faktor-faktor '' adalah salah dari segi bentuk jamak, sepatutnya antara faktor kemalangan .... sila beri tunjur ajar ...terima kasih | Pengguaan ayat "antara faktor-faktor/antara faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya ialah...." adalah betul. | Lain-lain | 13.04.2010 |
Salam sejahtera Kita seyogia atau seyogianya memupuk semangat kejiranan. Seyogia maksudnya seharusnya, maka adakah seyogianya salah? Bolehkah kita guna di ayat hadapan? Contoh, Seyogianya, semangat kejiranan perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat. Sila tunjuk ajar. Ribuan terima kasih | Perkataan “seyogianya” boleh digunakan di pangkal ayat. | Tatabahasa | 02.07.2024 |
Meskipun dugaan yang dihadapi oleh Ayeena itu tidaklah terlalu getir, namun dia menangis semahu-mahunya. Inilah soalan PMR, bedasarkan ayat ini, perkataan "dihadapi" adalah salah diguna. Saya tidak memahami tentang jenis kesalahannya, dan ingin meminta tunjuk ajar tuan/ puan. Terima kasih. | Penggunaan kata "hadapi" dalam ayat tersebut adalah betul sama seperti ayat Masalah pencemaran udara sering dihadapi oleh negara-negara yang sedang membangun. Sila berbincang dengan Lembaga Peperiksaan yang menyediakan soalan tersebut untuk mengenal pasti kesalahan yang dimaksudkan. | Tatabahasa | 14.09.2011 |
Stadium Malawati Shah Alam dapat menampung kebanjiran penonton sehingga 81 000 orang dalam suatu masa. MUNSYI< JAWABAN KESALAHAN PADA KEBANJIRAN, tetapi saya berpendapat kebanjiran adalah betul , Bolehkah munsyi berikan tunjuk ajar sama ada kebanjiran betul atau salah? TK | Antara maksud kebanjiran termasuklah dipenuhi oleh manusia dan penggunaan perkataan kebanjiran dalam ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 15.05.2012 |
Assalamualaikum wbt. Saya Norra. Saya ada pertanyaan berkenaan dengan tatabahasa. 1.Kami akan menyambut hari guru pada bulan Mei. 2. Kita akan pergi bercuti pada bulan Jun nanti. - Boleh terangkan sama ada ayat di atas salah atau betul? - Betul ke ayat di atas tidak gramatis? - Jika guna ayat di atas untuk ajar di tadika, adakah menjadi satu kesalahan besar dari segi tatabahasa. Terima kasih. Norra 0123657918 | Dalam kedua-dua ayat ini, puan hendaklah mengenal pasti kata sendi nama yang hendak digunakan. Kami berpandangan ayat pertama ialah "kita akan menyambut hari guru pada bulan Mei" dan ayat kedua "kami akan bercuti pada bulan Jun". | Tatabahasa | 23.06.2021 |
Salam sejahtera SULAIMAN KAIAT, Soalan : 01 Bagaimanakah caranya untuk mengasingkan suku kata bagi sesuatu perkataan ? Adakah mengikut sebutan perkataan atau terdapat cara yang lain ? 02 Bagaimanakah caranya hendak mengasingkan dua perkataan di bawah ? ( a ) mengelakkan Jawapan guru sekolah ialah me + nge + lak + kan ( b ) ampaian Jawapan guru sekolah ialah am + pa + ian Adakah jawapan bagi kedua-dua perkataan adalah salah, tolong beri tunjuk ajar. Tolong beri jawapan dengan secepat mungkin kerana kami menerima aduan daripada ibu bapa. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai. Sekian, terima kasih. | Kenal pasti kata dasar tersebut dan seterusnya mengenal pasti imbuhan pada perkataan tersebut untuk mengasingkan suku kata. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu atau Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan. Suku kata untuk mengelakkan ialah 'meng + e + lak'. Suku kata ampaian pula ialah 'am + paian'. Harap maklum. | Tatabahasa | 23.07.2008 |