Assalamualaikum Tuan, Saya Sakinah dari Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak. Saya hendak bertanya tentang penggunaan istilah yang betul. Kami kolej komuniti ada lebih 86 di seluruh Malaysia. Kemudian, untuk sebarang program, kita akan bahagikan ikut negeri. Contohnya di Perak ada 13 buah kolej. Maka, kita satukan program atas nama Wilayah Perak. Contohnya, "Konvensyen Penyelidikan Kolej Komuniti Wilayah Perak". Betulkah istilah ini? Jazakallah Khairan. | Penggunaan perkataan yang sesuai dalam konteks tersebut ialah "negeri" kerana pembahagian yang dibuat amat jelas, iaitu mengikut negeri. Penggunaan perkataan wilayah boleh digunakan dalam konteks yang lebih luas seperti Konvensyen Pengguna Wilayah Utara yang menggabungkan negeri-negeri di bahagian utara. | Tatabahasa | 24.06.2014 |
Sakinah Salleh Jun 24th, 5:10pm Assalamualaikum Tuan, Saya Sakinah dari Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak. Saya hendak bertanya tentang penggunaan istilah yang betul. Kami kolej komuniti ada lebih 86 di seluruh Malaysia. Kemudian, untuk sebarang program, kita akan bahagikan ikut negeri. Contohnya di Perak ada 13 buah kolej. Maka, kita satukan program atas nama Wilayah Perak. Contohnya, "Konvensyen Penyelidikan Kolej Komuniti Wilayah Perak". Betulkah istilah ini? Jazakallah Khairan. | Penggunaan perkataan yang sesuai dalam konteks tersebut ialah "negeri" kerana pembahagian yang dibuat amat jelas, iaitu mengikut negeri. Penggunaan perkataan wilayah boleh digunakan dalam konteks yang lebih luas seperti Konvensyen Pengguna Wilayah Utara yang menggabungkan negeri-negeri di bahagian utara. | Tatabahasa | 24.06.2014 |
AinNur Haris ISN 2.44 PTG Assalamualaikum Dewan Bahasa dan Pustaka, saya hendak bertanya tentang penggunaan perkataan kolaborasi yang sering digunakan oleh media massa. Saya difahamkan kolaborasi bermaksud pakatan jahat, kerjasama membuat jahat/jenayah. Namun saya diberitahu kolaborasi juga mempunyai DUA maksud dan boleh juga digunakan untuk menunjukkan kerjasama yang baik. Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih. Puan AinNur Haris, Bandar Baru Salak Tinggi | Betul, kolaborasi bermaksud subahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat. Dalam beberapa bidang istilah, seperti sains Politik kolaborasi diberi maksud yang setara dengan kerjasama (sebagai varian). Kamus Inggeris Melayu-Dewan juga menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Oleh sebab maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana, kami menerima penggunaan perkataan kolaborasi bagi maksud yang setara dengan kerjasama. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.06.2017 |