Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
salam
1. Bersinonim dengan kata hormat
( ucap selamat, tabik, )
(kata nama:)
Berantonim dengan makian

2. Bersinonim dengan sejahtera
( damai, sakinat, aman, tenang, harmoni, sentosa, sejahtera, tenteram, rukun, selamat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersalam, bersalaman, bersalam-salaman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. 1. Selamat Tahun Baru Cina 2. Selamat Tahun Baharu Cina Yang mana betul?

Kedua-dua frasa adalah betul. 

Tatabahasa14.01.2025
Salam sejahtera. 1) Dia tidak jadi marah. 2) Dia tidak menjadi marah. Kedua-dua ayat ini betul?Ayat yang betul ialah "Dia tidak jadi marah".Tatabahasa26.11.2024
Salam sejahtera. 1) a) Zali bermain dengan gembira. b) Zali bermain dengan gembiranya. 2) a) Murid-murid beratur dengan berdisiplin. b) Murid-murid beratur dengan berdisiplinnya. 3) a) Dia melintas jalan dengan berhati-hati. b) Dia melintas jalan dengan berhati-hatinya. Ayat yang manakah betul?

Semua ayat tersebut betul. Bentuk kata -nya berfungsi sebagai pembenda. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, Contohnya, “Dia berhujah dengan lantangnya.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2008) halaman 296.

Tatabahasa23.10.2024
Salam sejahtera, 1.perkataan “terbuang”dalam ayat tersebut betul atau tidak? 2.Penggunaan “Tutup” dalam ayat perlu tambah -kan? Sekian terima kasih.Kata "terbuang" dan "tutup" dalam contoh ayat yang diberikan betul dan boleh digunakan.Lain-lain20.10.2024
Salam sejahtera, 1.Buah-buahan dan sayur-sayuran berkhasiat dan bervitamin. 2.Buah-buahan dan sayur-sayuran berkhasiat untuk manusia. 3.Buah-buahan dan sayur-sayuran berkhasiat kepada manusia. 4.Buah-buahan dan sayur-sayuran berkhasiat kepada kita. Adakah ayat-ayat ini betul?Terima kasih.

Semua contoh ayat yang diberikan betul dan boleh digunakan.

Tatabahasa04.07.2024
Salam sejahtera, 1. Bolehkah saya mengetahui lebih lanjut mengenai maksud kata "payung" daripada aspek maksud teras dan maksud pinggiran? 2. Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut mengenai maksud kata "payung" selain PRPM?Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:1637-1638) untuk mengetahui makna "payung" dengan lebih jelas. Makna teras dan makna pinggiran (kiasan) terakam dalam pecahan makna bagi kata ini boleh diperoleh daripada maklumat yang disusun dalam kamus tersebut. Kata "payung" juga mempunyai homonim yang mungkin tidak diketahui ramai orang.

Saudara juga boleh menghubungi Puan Siti Norsuhaila binti Samsudin (03-21479183) di Bahagian Perkamusan, DBP untuk maklumat lanjut.
Makna08.05.2024
Salam sejahtera, 1.Saya bermain dengan jiran saya . 2.Saya mahu berkawan dengan kamu. Adakah ayat-ayat berikut merupakan ayat tunggal atau ayat majmuk? Sekian terima kasih.Kedua-dua ayat yang diberikan merupakan ayat majmuk.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497-523.
Tatabahasa21.04.2024
Salam sejahtera. 1. Apakah golongan yang sesuai bagi kata nama khas Matematik, tajuk filem seperti Spiderman dan Superman serta tajuk karangan seperti "Ibu Saya"? 2. Adakah gelaran seperti Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, Dato Bendahara, Sultan, Permaisuri, Putera Mahkota kata nama khas? 3. Apakah kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga bagi Permaisuri, Putera Mahkota, Puteri? Terima kasih.
  1. Soalan yang pertama sukar untuk difahami. Mohon tuan/puan mengemukakan soalan yang lebih jelas dan terperinci.
  2. Menteri Pendidikan dan Dato’ Bendahara ialah kata nama khas, manakala putera mahkota, sultan, permaisuri dan perdana menteri ialah kata nama am. Sekiranya perkataan tersebut digunakan sebagai nama khas, contohnya Putera Mahkota Selangor, maka huruf besar akan digunakan pada permulaan perkataan.
  3. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, beta merupakan kata ganti nama diri pertama untuk raja, permaisuri atau anak raja apabila bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah, orang bawahan atau rakyat.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 280 dan 1680 dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 81 – 87.

Tatabahasa02.04.2024
Salam sejahtera, 1.SILA/MINTA gunakan piring-piring seramik ini dengan cermatnya. 2.SILA /MINTA duduk di barisan hadapan. 3.SILA/MINTA gunakan alat muzik ini dengan cermatnya. Jawapan yang mana satu lebih tepat? Apakah perbezaan antara SILA dengan MINTA? Sekian, terima kasih.

Perkataan “sila” dan “minta” merupakan kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, silaan atau permintaan. Kata “sila” lazimnya digunakan untuk meminta seseorang untuk melakukan sesuatu dengan lebih hormat, contohnya “Sila ambil makanan di sana” atau “Sila gunakan piring-piring seramik itu dengan cermat”. Perkataan “minta” digunakan untuk memohon seseorang berbuat sesuatu. Contohnya, “Minta tuan-tuan bersabar sebentar”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Perdana.

Tatabahasa09.10.2023
Salam sejahtera, 1.Keluarga Guan Hong hidup (aman dan bahagia). 2.Keluarga Guan Hong hidup (bahagia dan aman). Adakah kedua-dua ayat ini betul? Sekian terima kasih.Kedua-dua ayat yang diberikan betul. Tatabahasa10.07.2023
12345678910...

Kembali ke atas