Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok), jiwat, Eugenia cumini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
salam
1. Bersinonim dengan kata hormat
( ucap selamat, tabik, )
(kata nama:)
Berantonim dengan makian

2. Bersinonim dengan sejahtera
( damai, sakinat, aman, tenang, harmoni, sentosa, sejahtera, tenteram, rukun, selamat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersalam, bersalaman, bersalam-salaman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi Mohon nasihat sama ada perkara berikut betul atau tidak dari segi bahasa dan boleh digunakan dalam urusan rasmi: i. ambil maklum ii. salam iii. salam hormat Sekian, terima kasihPerkataan yang diberikan boleh digunakan dalam urusan rasmi dan hendaklah digunakan mengikut konteks.Tatabahasa31.03.2017
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Antara kemusykilan-kemusykilan yang saya hadapi termasuklah: (i) Sehubungan dengan penggunaan peribahasa dalam penulisan karangan, ‘bak kata pepatah’ tidak boleh digunakan dalam karangan. Sesetengah guru pula menegaskan bahawa pengikat kata (“………..”) tidak perlu digunakan ketika memasukkan peribahasa. (ii) Ungkapan ‘kuman menjadi barah’ dan ‘belukar menjadi rimba’ seharusnya digantikan dengan ungkapan ‘kudis menjadi tokak’. (iii) Penanda wacana ‘dengan sedemikian’ tidak boleh digunakan dalam penulisan karangan. Semoga penjelasan tuan akan meleraikan kemusykilan-kemusykilan tersebut. Sekian, terima kasih. Munsyi K’Seven, Pulau Pinang.(i) Dalam buku Gaya Dewan, DBP di bawah tajuk penggunaan Tanda Petik. tidak menyenaraikan panduan penggunaan tanda petik bagi penggunaan peribahasa. Untuk penggunaan di sekolah atau dalam peperiksaan sila rujuk guru yang berwibawa.
(ii) Penggunaan peribahasa hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya dalam ayat. Justeru, kami tidak dapat memberikan pengesahan dalam pertanyaan tuan kerana tidak ada maklumat tentang penggunaan peribahasa tersebut dalam ayat. 
(iii) Frasa yang betul ialah "oleh hal yang demikian".
Tatabahasa17.04.2015
Salam sejahtera ! Soalan :(A) Puan Hasmi sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya. (i) Pasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasmi. (ii) Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasmi di halaman rumah. Adakah ayat (i) dan (ii) sama maksud dengan ayat (A) Terima kasih(A) Puan Hasmi sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya.
(i)  Pasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasmi.
(ii) Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasmi di halaman rumah.
Ketiga-tiga ayat tersebut sama maksudnya, ayat (i) dan (ii) ialah bentuk pasif ayat (A).
Tatabahasa28.10.2014
Salam Ramadhan ! i Emak akan menjahit jika ada masa yang lega ii Walaupun mahal, kami membayar juga lega makanan itu. iii Fatimah berasa lega melihat kemajuan yang ditunjukkan oleh muridnya. iv Setelah melihat ayahnya semakin lega daripada demam, Sarah pun pulang. A i dan iii B iii dan iv C ii,iii dan iv D i, ii, iii, dan iv Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih.Pada pandangan kami jawapan yang betul ialah B. iii dan iv.Tatabahasa10.07.2014
Salam Tuan/Puan, Yang mana betul, (i) atau (ii) (i) Program tersebut diteraju oleh Kementerian ..... (ii) Program tersebut diterajui oleh Kementerian ....... Apa beza "diteraju" dan "diterajui" ? Terima kasih.

Penggunaan yang betul ialah diterajui. Diterajui merupakan bentuk pasif daripada kata kerja menerajui. Oleh itu, ayat yang betul ialah Program tersebut diterajui oleh Kementerian...

Tatabahasa19.04.2021
Salam tuan. Antara ayat (i) dan (ii), yang manakah gramatis? Soalan 1 (i) Saya pergi ke sana pagi tadi? ATAU (ii) Saya pergi ke sana pada waktu pagi tadi? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Saya pergi ke sana pagi tadi.”Tatabahasa17.03.2023
Salam sejahtera. Saya memerlukan khidmat tuan/puan dalam memberikan pencerahan tentang perbezaan dari segi konteks pengguna dan prosedur yang berkaitan : i. memohon sumbangan vs memohon taja ii. memohon sumbangan vs memohon derma iii. bagi perkara (i) & (ii), yang manakah memerlukan prosedur kelulusan daripada pihak berkuasa? Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

i. Taja bermaksud membiayai rancangan radio atau televisyen sebagai ganjaran masa tayangan iklan.
Sumbangan bermaksud sesuatu yang diberikan sebagai bantuan.
Derma bermaksud bantuan yang berupa wang atau  pemberian yg ikhlas, sedekah.

ii. Soalan tuan sudah keluar daripada bidang kepakaran kami iaitu perkhidmatan bahasa dan sastera. Mohon tuan dapat mengajukan soalan tersebut kepada pihak yang lebih arif.

Sekian, terima kasih.
Istilah28.10.2017
Salam sejahtera, boleh tuan/puan beritahu saya apakah jawapan untuk soalan yang disertakan atau soalan tersebut langsung tidak mempunyai jawapan yang tepat. soalan: Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan cergas dengan betul. I Bersenam menjadikan otak kita cergas. II Dia bergiat cergas dalam bidang olahraga. III Kami berasa cergas setelah bekerja seharian. IV Suara budak itu memang cergas apabila berpidato. A. I dan II sahaja. B. I dan III sahaja. C. II dan IV sahaja. D. I, II, III dan IvBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna cergas ialah: 1. bertenaga dan giat (bkn orang, tubuh, otak, dsb), aktif: Aminah kanak-kanak yg ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah; 3. banyak men­jalankan atau terlibat dlm kegiatan dsb, giat, aktif: mengambil bahagian ~ dlm aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yg ~; 4. banyak kegiatannya menjual dan mem­beli (bkn pasaran saham);  5. (masih) menge­luarkan wap dan lahar (bkn gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~. Berdasarkan takrifan tersebut, maka pilihan yang betul ialah ialah  I, II, dan III.  Untuk mengelakkan kekeliruan, saudara digalakkan merujuk penyedia soalan tersebut.Tatabahasa24.06.2010
Salam Sejahtera Tuan, 1. Apakah penggunaan istilah yang sesuai bagi menggambarkan beberapa julat nilai yang bersiri. Sebagai contoh: i. Luas 400 hektar dan kurang ii. Luas antara 400-800 hektar iii. Luas melebihi 800 hektar 2. Bagi butiran i. bermaksud luas daripada 400 hektar dan ke bawah. 3. Adakah butiran ii. Bermaksud nilai 400 dan 800 hektar termasuk di didalam julat tersebut atau ianya dari 400.1 -799 hektar? 4. Adakah butiran iii. Bermaksud nilai 800 hektar termasuk didalam butiran tersebut atau bermula dari 800.1 hektar. Mohon pandangan dan ulasan pihak tuan. Sekian, terima kasih.i.   Luas 400 hektar dan kurang
     Luas 400 hektar dan ke bawah

ii.  Luas antara 400 - 800 hektar
     Luas antara 400 hingga 800 hektar

iii. Luas melebihi 800 hektar
     Luas bermula daripada 800.1 hektar dan ke bawah
Tatabahasa04.04.2024
Salam satu Malaysia, 1.Ayat berikut merupakan dua ayat tunggal yang akan digabungkan menjadi ayat majmuk. Tolong semak jawapan yang diberikan. a)Pasukan Merah yang menang? b)Pasukan Hijau yang menang? Jawapan:i) Pasukan Merah atau Hijau yang menang? ii) Pasukan Merah atau Pasukan Hijau yang menang? Jawapan I atau ii yang betul? Perlukan pasukan dalam ayat ii ditulis huruf besar? 2.Adakah murid Tahap Dua dianggap sebagai kata nama khas?Jawapan yang sesuai ialah i) Pasukan Merah atau hijau yang menang.
Murid Tahap Dua bukan kata nama khas.
Lain-lain11.10.2015
12345678910...

Kembali ke atas