Selamat pagi Mohon nasihat sama ada perkara berikut betul atau tidak dari segi bahasa dan boleh digunakan dalam urusan rasmi: i. ambil maklum ii. salam iii. salam hormat Sekian, terima kasih | Perkataan yang diberikan boleh digunakan dalam urusan rasmi dan hendaklah digunakan mengikut konteks. | Tatabahasa | 31.03.2017 |
Salam Ramadhan ! i Emak akan menjahit jika ada masa yang lega ii Walaupun mahal, kami membayar juga lega makanan itu. iii Fatimah berasa lega melihat kemajuan yang ditunjukkan oleh muridnya. iv Setelah melihat ayahnya semakin lega daripada demam, Sarah pun pulang. A i dan iii B iii dan iv C ii,iii dan iv D i, ii, iii, dan iv Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih. | Pada pandangan kami jawapan yang betul ialah B. iii dan iv. | Tatabahasa | 10.07.2014 |
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Antara kemusykilan-kemusykilan yang saya hadapi termasuklah: (i) Sehubungan dengan penggunaan peribahasa dalam penulisan karangan, ‘bak kata pepatah’ tidak boleh digunakan dalam karangan. Sesetengah guru pula menegaskan bahawa pengikat kata (“………..”) tidak perlu digunakan ketika memasukkan peribahasa. (ii) Ungkapan ‘kuman menjadi barah’ dan ‘belukar menjadi rimba’ seharusnya digantikan dengan ungkapan ‘kudis menjadi tokak’. (iii) Penanda wacana ‘dengan sedemikian’ tidak boleh digunakan dalam penulisan karangan. Semoga penjelasan tuan akan meleraikan kemusykilan-kemusykilan tersebut. Sekian, terima kasih. Munsyi K’Seven, Pulau Pinang. | (i) Dalam buku Gaya Dewan, DBP di bawah tajuk penggunaan Tanda Petik. tidak menyenaraikan panduan penggunaan tanda petik bagi penggunaan peribahasa. Untuk penggunaan di sekolah atau dalam peperiksaan sila rujuk guru yang berwibawa. (ii) Penggunaan peribahasa hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya dalam ayat. Justeru, kami tidak dapat memberikan pengesahan dalam pertanyaan tuan kerana tidak ada maklumat tentang penggunaan peribahasa tersebut dalam ayat. (iii) Frasa yang betul ialah "oleh hal yang demikian". | Tatabahasa | 17.04.2015 |
Salam sejahtera, boleh tuan/puan beritahu saya apakah jawapan untuk soalan yang disertakan atau soalan tersebut langsung tidak mempunyai jawapan yang tepat. soalan: Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan cergas dengan betul. I Bersenam menjadikan otak kita cergas. II Dia bergiat cergas dalam bidang olahraga. III Kami berasa cergas setelah bekerja seharian. IV Suara budak itu memang cergas apabila berpidato. A. I dan II sahaja. B. I dan III sahaja. C. II dan IV sahaja. D. I, II, III dan Iv | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna cergas ialah: 1. bertenaga dan giat (bkn orang, tubuh, otak, dsb), aktif: Aminah kanak-kanak yg ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah; 3. banyak menjalankan atau terlibat dlm kegiatan dsb, giat, aktif: mengambil bahagian ~ dlm aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yg ~; 4. banyak kegiatannya menjual dan membeli (bkn pasaran saham); 5. (masih) mengeluarkan wap dan lahar (bkn gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~. Berdasarkan takrifan tersebut, maka pilihan yang betul ialah ialah I, II, dan III. Untuk mengelakkan kekeliruan, saudara digalakkan merujuk penyedia soalan tersebut. | Tatabahasa | 24.06.2010 |
Salam Sejahtera Tuan, 1. Apakah penggunaan istilah yang sesuai bagi menggambarkan beberapa julat nilai yang bersiri. Sebagai contoh: i. Luas 400 hektar dan kurang ii. Luas antara 400-800 hektar iii. Luas melebihi 800 hektar 2. Bagi butiran i. bermaksud luas daripada 400 hektar dan ke bawah. 3. Adakah butiran ii. Bermaksud nilai 400 dan 800 hektar termasuk di didalam julat tersebut atau ianya dari 400.1 -799 hektar? 4. Adakah butiran iii. Bermaksud nilai 800 hektar termasuk didalam butiran tersebut atau bermula dari 800.1 hektar. Mohon pandangan dan ulasan pihak tuan. Sekian, terima kasih. | i. Luas 400 hektar dan kurang Luas 400 hektar dan ke bawah ii. Luas antara 400 - 800 hektar Luas antara 400 hingga 800 hektar iii. Luas melebihi 800 hektar Luas bermula daripada 800.1 hektar dan ke bawah | Tatabahasa | 04.04.2024 |
Salam sejahtera. Ceraian 9.2.1.2 (iii) Kata hubung pancangan pada halaman 253 tidak menyenaraikan kata sebab sebagai kata hubung pancangan. Sila berikan butiran terperinci Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang anda rujuk agar kekeliruan ini dapat diselesaikan. Untuk meleraikan kekeliruan ini, lampiran telah saya sertakan sebagai bukti. Sekian. | Untuk makluman tuan, semakan kali pertama dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan Pertama, tahun 2008 pada ceraian 9.2.1.2 (iii) Kata hubung pancangan halaman 253 tidak menyenaraikan kata sebab sebagai kata hubung pancangan. Namun semakan kami selanjutnya mendapati bahawa dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan Kelima, 2010 dan cetakan-cetakan seterusnya kata sebab telah disenaraikan sebagai kata hubung pancangan. Mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dan terima kasih atas maklumat yang tuan berikan. | Lain-lain | 02.12.2018 |
Salam... Saya ingin bertanya apa maksud perkataan di bawah dalam istilah bahasa melayu i. food deserts ii. malnutrition iii. vulnerability iv. food availability v. food access vi. food utilization vii. food stability Terima kasih | Terjemahan bagi perkataan yang berikut, ialah: i. food deserts - makanan pencuci mulut; ii. malnutrition - pemakanan tak seimbang; iii. vulnerability - mudahnya terdedah/diserang/dikalahkan; iv. food availability - kesediaadaan makanan; v. food access - kemudahan makanan; vi. food utilization - penggunaan makanan; dan vii. food stability - kestabilan makanan. | Istilah | 16.05.2011 |
Mohon cadangan bagi istilah-istilah berikut yang digunakan dalam perdagangan mata wang kripto: i) 'tokenization'; ii) 'detokenization'; dan iii) tokenized. Contoh 'tokenization/detokenization of assets' dan 'tokenized assets'. Terima kasih. | Salam Sejahtera. Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu untuk i) “tokenization”; ii) “detokenization”; dan iii) “tokenized” dalam pangkalan data kami. Namun, kami mencadangkan padanan istilah bahasa Melayu ialah i) Tokenisasi (contoh: tokenisasi aset) ii) Detokenisasi/Nyah tokenisasi (contoh: detokenisasi aset/nyah tokenisasi aset) iii) Bertoken (contoh: aset bertoken) Sekian. Terima kasih. | Istilah | 15.10.2017 |
Salam sejahtera. Pohon pencerahan. i. Yang manakah antara object berikut mempunyai huruf awalan yang sama? ii. Yang manakah antara berikut mempunyai huruf awalan yang sama? iii. Antara gambar berikut, yang manakah gambar bermula dengan huruf yang sama dengan " siput "? iv. Antara gambar berikut, yang manakah bermula dengan huruf yang sama dengan " siput"? i dan ii, manakah satu bentuk soalan lebih tepat? iii dan iv, manakah satu bentuk soalan lebih tepat? Terima kasih. | Soalan yang betul: i. Yang manakah antara objek berikut mempunyai huruf awalan yang sama? iv. Antara gambar berikut, yang manakah bermula dengan huruf yang sama dengan "siput"?
| Lain-lain | 16.01.2018 |
Salam Tuan/Puan, Bolehkah saya dapatkan terjemahan istilah Bahasa Inggeris berikut (dalam konteks metodologi kajian dan statistik): i. unidimensionality ii. normality test iii. corrected item total correlation iv. convergent validity v. disriminant validity Maklum balas dan kerjasama Tuan/Puan adalah amat dihargai. Sekian, terima kasih. | Walaikumussalam. Cadangan terjemahan yang sesuai ialah: i. Unidimensionality = keekadimensian ii. Normality test = ujian kenormalan iii. Corrected item-total correlation = korelasi item-jumlah dibetulkan iv. Convergent validity = keesahan konvergen v. Discriminant validity = keesahan diskriminan Terima kasih. | Istilah | 16.01.2017 |