Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
salam
1. Bersinonim dengan kata hormat
( ucap selamat, tabik, )
(kata nama:)
Berantonim dengan makian

2. Bersinonim dengan sejahtera
( damai, sakinat, aman, tenang, harmoni, sentosa, sejahtera, tenteram, rukun, selamat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersalam, bersalaman, bersalam-salaman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Bilakah keluar result IV Perancang Bahasa ya? Mohon update terkini. TkSalam sejahtera, keputusan temu duga jawatan Perancang Bahasa Gred S41 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Dimaklumkan bahawa keputusan temu duga jawatan Perancang Bahasa Gred S41 masih diperingkat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik dan keputusan sama ada calon temu duga berjaya atau simpanan atau tidak berjaya akan dimaklumkan dalam tempoh 2 minggu selepas mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik. Keputusan temu duga juga akan dimaklumkan melalui e-mel puan. Sekian, terima kasih.Lain-lain01.07.2021
Salam sejahtera. Aku Janji atau Akur Janji? Apakah perbezaannya?Salam sejahtera saudara.

Perkataan yang tepat ialah aku janji, bukan akur janji. 
Dalam konteks penggunaan seperti pada lampiran tuan, frasa aku janji pelajar adalah betul. Contoh frasa lain untuk menunjukkan penggunaan aku janji ialah surat aku janji.
Perbezaan ditunjukkan pada ejaan semata-mata. Namun begitu, perkataan akur janji tidak berpadanan untuk undertaking yang menjadi padanan istilah bagi perkataan aku janji. 
Tatabahasa01.03.2025
Salam sejahtera, Saya ingin membuat langganan bulanan Dewan Siswa. Bagaimana caranya melalui online ini?Salam sejahtera,

MEMBUAT LANGGANAN MAJALAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Untuk melanggan majalah DBP, anda boleh mengisi borang yang telah disediakan di portal DBPNiaga.my.
Setelah mengisi borang tersebut, sekiranya  tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi Puan Hamadah, melalui talian 03-4101 0033, atau untuk mengesahkan langganan majalah tersebut.

Bersama-sama ini dilampirkan gambar untuk rujukan.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain21.06.2022
Salam sejahtera tuan,saya mohon agar saya diberi beri peluang untuk dipanggil temuduga.saya berminat dengan bidang yang ditawarkan.Salam sejahtera. Permohonan jawatan kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka Terlebih dahulu kami mengucapkan terima kasih kerana berminat dengan jawatan tersebut. Oleh itu, untuk layak ditemuduga tuan/puan perlulah mengisi borang permohonan jawatan terlebih dahulu, sekiranya tuan/puan melepasi ujian/tapisan kelayakan, barulah boleh dipanggil untuk temuduga. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, tuan/puan bolehlah menghubungi kami melalui e-mel: pengambilan@dbp.gov.my Sekian, terima kasih.Lain-lain30.11.2021
Salam Sejahtera, saya mempunyai sebuah naskhah penulisan yang masih belum diterbitkan dan berhasrat untuk dapatkan khidmat nasihat pihak DBP dan bagaimana jika pihak DBP dapat menerbitkan naskhah tersebut.Salam sejahtera,

PENGHANTARAN MANUSKRIP KE DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Penghantaran manuskrip dialamatkan kepada:

Pengarah Jabatan Penerbitan,

Aras 10, Menara DBP,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

50460 Kuala Lumpur.

No. Tel.: 03-21479533 (Pembantu Setiausaha Pejabat) (Uswatun)

Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan:

  • Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
  • Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan selanjutnya.

Manuskrip juga bolehlah die-melkan kepada Pengarah Jabatan Penerbitan melalui: razali3@dbp.gov.my, uswatun@dbp.gov.my

 

Lain-lain17.12.2021
Salam sejahtera! Saya dapati bahawa perkataan seperti "assalamualaikum", ada tertera di dalam kamus tetapi "waalaikumsalam" tidak ada. Apakah sebab ianya tidak ada di dalam kamus? Sekian, teriam kasih!Salam sejahtera. Perkataan "waalaikumussalam" telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana terbitan tahun 2020. Sila dapatkan kamus tersebut untuk rujukan terkini tuan. Terima kasih. Ejaan30.12.2020
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 1. Apakah ejaan yang betul apabila kita memberi salam dalam penulisan surat atau e-mel rasmi? Adakah "Assalamualaikum wbt" atau "Assalamualaikum wrt wbt"? 2. Adakah "Assalamualaikum dan Salam sejahtera." ayat yang betul?

          

1.      Ejaan yang betul ialah “Assalamualaikum WBT”.

2.      "Assalamualaikum dan Salam sejahtera." ialah ayat yang betul.


Ejaan31.10.2023
Salam sejahtera, saya ingin tanya apakah perbezaan antara fasih dan petah? Terima kasih
Salam sejahtera,

Berikut ini diperturunkan beberapa contoh penggunaan bagi fasih dan petah yang dipetik daripada korpus DBP, iaitu:
 
1. fasih
 
a. ... Mahadzir yang juga fasih dalam bahasa Itali, Perancis, Portugis dan Sepanyol
b. Kita juga ada ramai ulama yang fasih berbahasa Arab ...
c. ... untuk berurusan dengan warganegara asing yang tidak fasih berbahasa Inggeris
d. Saya mengambil masa empat tahun untuk fasih dan mahir dalam bahasa Mandarin.
 
2. petah
 
a. Ashraf seorang yang petah bercakap dan suka berhujah.
b. ... soal Dayang Ruku yang sememangnya lebih petah berbicara berbanding Dayang Hubu ...
c. Artis yang petah berbicara ini mengakui cukup teruja sebaik saja dikhabarkan ...
d. ... Lincoln telah mula terkenal sebagai seorang yang petah lagi bijak bercakap.
 
Berdasarkan contoh yang diberikan, terdapat perbezaan antara kedua-dua kata ini berdasarkan konteks penggunaannya. Perkataan fasih lebih sesuai digunakan untuk merujuk kepada tahap penguasaan bahasa seseorang yang bukan penutur asli bahasa itu, makakala petah pula merujuk kepada kebolehan seseorang melontarkan kata-kata dengan lancar dan jelas sebutannya sewaktu berbicara, berhujah dan sebagainya dalam bahasa yang dikuasainya.

Terima kasih.

Makna23.09.2024
Salam sejahtera. Mohon jelaskan soalan-soalan yang dilampirkan. Terima kasih:)

LAMPIRAN: Dewan Bahasa dan Pustaka.docx

Salam sejahtera

1) Penggunaan dia dan -nya dapat dibezakan melalui ayat berikut. Apabila dia (sebagai ganti nama) kembali ke kampungnya (ganti nama) setelah sepuluh tahun meninggalkan kampung tersebut,dia amat terperanjat dengan pelbagai perubahan yang berlaku.

Berdasarkan penerangan di atas, adakah”-nya” bermaksud “dia punya”?

Sekiranya benar, adakah penggunaan “-nya” dalam ayat di bawah betul?

1    1. Saya memberikan hadiah itu kepadanya.
2. Dia telah membeli beberapa buah buku yang disukainya.
3. Katanyamasalah ini harus diselesaikan dengan segera.

2

2) Adakah kenyataan berikut betul?

Kata hubung seperti jika, kalau, jikalau dan sekiranya mempunyai maksud dan penggunaan yang sama dan digunakan untuk menunjukkan syarat yang harus dipenuhi untuk mencapai atau melakukan sesuatu perkara.

Kata hubung seperti andai kata dan seandainya pula digunakan untuk menerangkan peristiwa yang dianggap mungkin terjadi.

 

Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, semua penggunaan kata “-nya” yang hadir dalam ayat tersebut berfungsi sebagai kata ganti nama diri orang ketiga, bukan merujuk maksud kepunyaan individu. Bagi penggunaan kata hubung “jika”, “kalau”, “jikalau”, “andai kata” dan “seandainya”  yang hadir dalam ayat boleh berfungsi untuk menyatakan syarat, harapan, andaian, menyatakan kemungkinan sesuatu akan berlaku dan sebagainya berdasarkan konteks pengunaannya dalam ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman: 253 – 254 dan Kamus Dewan Perdana, halaman: 93-94 dan 903.

Tatabahasa12.11.2024
Salam sejahtera, Saya berminat untuk menulis buku akademik. Apakah ada format manuskrip untuk dihantar ke DBP? Sekian Terima kasih

Salam sejahtera,

PENGHANTARAN MANUSKRIP KE DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Sesebuah manuskrip untuk tujuan penerbitan buku ilmiah umum kepada DBP perlulah melalui proses kerja seperti ini:

1. Penghantaran manuskrip dialamatkan kepada:

Pengarah Jabatan Penerbitan,
Aras 10, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460 Kuala Lumpur.

Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan:

  • Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
  • Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan selanjutnya.

2. Manuskrip yang diterima akan dinilai secara dalaman bahagian iaitu Jawatankuasa Kualiti Bahagian (JKKB) untuk kelulusan awal kepada peringkat penilaian atau penambahbaikan sesuatu manuksrip, atau manuskrip ditolak.

3. Jika diterima manuskrip itu, maka satu penilaian pakar luar akan dilakukan. Tempoh penilaian bergantung isi kandungan, tahap ilmu dan ketebalan halaman manuskrip.

4. Setelah peringkat penilaian pakar luar, manuskrip itu dimurnikan oleh penulis.

5. Setelah dimurnikan oleh penulis, manuskrip tersebut dinilai oleh Jawatankuasa Penerbitan (JKP) sama ada manuskrip itu layak diterbitkan atau sebaliknya.

6. Jika memperoleh kelulusan JKP, proses penebitan akan dikira selama 9 bulan selepas kelulusan JKP tersebut.

7. 9 bulan tempoh proses penerbitan itu mengambil kira proses antaranya beberapa penyuntingan, pembacaan pruf, penyediaan naskhah sedia kamera dan sebagainya sehingga diterbitkan sebuah buku.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut, bolehlah hubungi En. Rusdi Abd Rahman, Bahagian Buku Umum DBP (03-21479431).

Lain-lain03.12.2020
12345678910...

Kembali ke atas