Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lang.kan] | سالڠکن

Definisi : sedangkan, meski-pun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata salangkan

Peribahasa

Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi.

Bermaksud :

Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Mengapakah entri awalan asing seperti "bi-" daripada bahasa Parsi yang bermakna "tiada" tidak terdapat dalam pangkalan data Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)? Salangkan awalan asing tersebut ialah asas bagi pembentukan istilah seperti "biadab" yang bermaksud tiada adab dan "bitara" yang bererti tiada yang setara.Untuk makluman tuan, data kamus dalam PRPM berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat belum memasukkan awalan bi- yang bermaksud tidak atau tiada. Awalan bi- sudah dimasukkan dalam kamus ekabahasa terkini DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana (2020).Makna10.10.2025

Kembali ke atas