Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[sa.lin] | سالين

Definisi : tukar (pakaian, nama, dll), ganti (kenaik-an), tiru (tulisan, karangan, dll); (se)~ tak tumpah prb dua orang yg serupa benar; bersalin 1. bertukar (pakaian dll), berubah (warna, kulit, bulu, dll): dia mahu ~ pakaian; 2. bh melahirkan anak, beranak: maka permaisuri pun datanglah sakit hendak ~; bersalin-salin bertukar-tukar, berganti-ganti; menyalin 1. menukar (dgn yg lain), meng-ganti: pakaian hendaklah selalu disalin; 2. memindahkan (ke bekas, tempat lain, dll): penjaga kedai itu sedang ~ minyak ke dlm botol; 3. meniru, menulis (serupa dgn yg ada): bapaku diupah utk ~ hikayat-hikayat yg tua itu; 4. menterjemah: pd hari itu juga aku mulai ~ buku itu ke bahasa Melayu; menyalini, mempersalin, memper­salini sl memberi hadiah atau anugerah (dgn selengkap pakaian): maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kida Hindi spt pakaian dirinya; utusan hendak bermohon diri, dipersalin oleh ratu Bestari; mempersalinkan sl menghadiahkan se­leng-kap pakaian, menganugerahkan: baiklah kita suruh paduka bonda sambut Tun Tuah supaya kita persalinkan dia; salinan 1. turunan (surat dll), halaman atau lembaran yg bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dgn yg asal: hanya ~-~ sijil sahaja yg perlu dihantar; 2. terjemahan; persalinan, persalin 1. = pesalin sl seleng-kap pakaian (sbg hadiah): segala orang yg datang itu semuanya dianugerahinya pesalin; 2. pakaian utk bersalin: diambilnya pakaian dua ~, satu pakaian laki-laki dan satu pakaian perempuan; 3. perihal bersalin: ~ kulit itu berlaku hanya sehingga lipas itu bersayap; penyalinan perbuatan dsb menyalin (sesuatu naskhah dsb); penyalin 1. orang yg menyalin (men­terjemah dll): ~ hikayat tersebut ialah seorang peranakan; 2. alat atau mesin yg digunakan utk membuat salinan bahan bercetak dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lin] | سالين

Definisi : ; ~ tak tumpah betul-betul menyerupai seseorang atau menyerupai yg asalnya. bersalin berganti atau ber­tukar dgn yg lain; berubah rupanya: Tunggu sebentar, dia sedang ~ pakaian. menyalin 1 menukar atau mengganti dgn yg lain: Sekembalinya dr pejabat, dia ~ pakaiannya. 2 mengubah bekas; memindahkan ke bekas lain: ~ air dr tin ke botol. 3 menulis sesuatu yg serupa di tempat lain; meniru: Murid-murid disuruh ~ tulisan itu ke dlm buku masing-masing. 4 mengubah bahasanya ke bahasa lain; menterjemahkan: Dia telah diminta ~ buku Ihya Ulumuddin itu ke bahasa Melayu. salinan hasil drpd menyalin; tiruan yg sama: ~ surat beranak; ~ foto salinan yg dibuat dgn menggunakan mesin fotostat; fotokopi. ~ keras ist output komputer yg dicetak pd kertas atau disalin pd filem, transparensi, atau bahantara fizikal lain. ~ lembut ist output komputer dlm bentuk video, audio, dsb yg memerlukan perkakasan utk melihat output tsb. penyalinan perbuatan atau hal menyalin. penyalin 1 orang yg menyalin atau yg menterjemahkan. 2 alat atau mesin yg digunakan utk membuat salinan bahan bercetak dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.lin] | سالين

Definisi : ; bersalin bh melahirkan anak; beranak: Isterinya sudah cukup masa utk ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.lin] | سالين

Definisi : ; menyalini memberikan hadiah yg berupa selengkap pakaian kpd: Ratu Bestari telah ~ utusan itu. persalinan hadiah yg berupa selengkap pakaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salin (kata kerja)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan tukar, ganti, silih, ubah,

2. Bersinonim dengan tulis: tiru, ikut, surih, tekap, fotokopi, mendua,

Kata Terbitan : bersalin, menyalin, menyalinkan, mempersalinkan, salinan, persalinan, penyalinan, penyalin,

Peribahasa

Seperti pinang dibelah dua.

Bermaksud :

Serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Salin [= sesalin] tak tumpah, b. Seperti peluru dua setuangan).

Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah tanda = dalam kamus dewan bermaksud kedua-dua perkataan itu boleh salin berganti? misalnya campur=bercampur, adakah ini bermaksud perkataan campur dan bercampur boleh salin berganti dalam semua jenis ayat?Tanda persamaan (=) dalam Kamus Dewan bermaksud atau, sama dengan. Sila rujuk kamus Dewan ms x1ix.Lain-lain31.03.2011
Hi, Please approve the billboard visual. Thank You. File name: Kenanga 2.jpgSila kemukakan iklan melalui www.prpm.dbp.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Kemudian pilih Khidmat Pengesahan DBP. Sila daftar terlebih dahulu dan semak e-mel untuk mendapatkan Kod Pengaktifan. Salin Kod Pengakitifan dan masukkan di ruang yang disediakan dan klik 'Aktif'. Klik menu 'Permohonan' untuk menghantar permohonan.Lain-lain11.10.2011
Apakah kesalahannya? 1) Pengunjung yang ke 1000 pasar raya itu layak menerima hadiah. 2) Jangan cerobohi rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini. 3) Wajah Mak Usu mengingatkan saya kepada arwah ibu yang saling tak tumpah seiras. 4) Promosi barangan murah oleh pasaraya menarik perhatian. 5) Haji Khalid gemar cerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak.Ayat yang saudara kemukakan terdapat kesalahan dan telah kami perbetulkan.
1) Pengunjung yang ke-1000 pasar raya itu layak menerima hadiah.
2) Jangan pijak rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini.
3) Wajah Mak Usu salin tak tumpah arwah ibu dan mengingatkan saya kepadanya.  
4) Promosi barangan murah oleh pasar raya menarik perhatian orang ramai.
5) Haji Khalid gemar bercerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak
Tatabahasa05.04.2013
Tuan, Saya ingin bertanya tentang imbuhan suatu perkataan. Contohnya, perkataan "menyerah" yang berasal dari kata dasar" serah" ini, mempunyai imbuhan "men" atau "meny". Terima kasih atas perhatian.Kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s termasuk di dalam jenis me-. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar berubah menhadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k dan ny bagi s, seperti contoh yang berikut;
pesan= memesan, tetap= menetap, tari = menari, salin= menyalin, sinar= menyinar, serah= menyerah.

Untuk makluman, tiada imbuhan awalan meny- dalam tatabahasa bahasa Melayu.
Tatabahasa01.02.2013
Bahasa perbualan di bawah tidak baku. Minta tolong jadikan ia dalam bahasa melayu baku. A: Nama saja Kamal. Asal Kampung Durian. Saya sekolah dekat sini. Saya seronok belajar kat sini. B: Kenapa seronok ? A: Kiranya dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman. Macam guru lepas belajar daripada luar negara. B: Apa peranan you bila cikgu gunakan smartbord? A: Baru tau itu smartboard. Rasa macam adalah semangat sikit kan, nak belajar. B: Oo...Dulu tak semangat nak belajar, tak ada smartboard. A: Tak jugaklah. Kiranya menambahkan semangat untuk belajar. Tapi setiap kelebihan ada la kekurangan dia. B: Kekurangan? A: Tu la smartboard. Masa dia sikit sangat. Kalau pakai smartboard tak sempat nak salin nota. B: Oh... perlu lebih masa la. A: Ya. Masalahnya banyak masa terbuang kat situ, teknikal tu kan. Terima kasih kerana sudi membantu.Untuk makluman saudara, soalan ini telah banyak kami terima, sila tukarkan ke bahasa Melayu baku dan kami akan menyemak salinan tersebut seperti yang telah dilakukan dalam soalan sebelum ini. Jika soalan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan kerajaan sila rujuk pihak Lembaga Peperiksaan/pembekal kertas soalan untuk mendapatkan jawapan yang telah diperakui.Tatabahasa20.10.2011
DiGi - Untuk Yang Suka Menonjol Iklan seperti dilampirkan. Terima Kasih.

Iklan perlu dikemukakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my  Layari laman web  www.prpm.dbp.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Skrin Daftar Masuk akan dipaparkan. Pengguna yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik Daftar. Skrin Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. Penuhkan ruangan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun anda. Semak e-mel anda untuik mendapatkan Kod Pengaktifan. Salin Kod Pengaktifan dan masukkan di ruang yang disediakan dan klik Aktif. Klik menu Permohonan untuk menghantar permohonan. Pilih dan isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik Daftar

Lain-lain25.07.2011
DiGi - Untuk Yang Bersosial Seperti dilampirkan. Terima Kasih.

DiGi - Satu Ikatan Seperti dilampirkan. Terima Kasih

Salam, Saya dari Koperasi Percetakan Bumiputra Malaysia berhad melampirkan fail untuk pihak tuan mengesahkan ejaan yang terdapat di fail tersebut. Ia adalah untuk mendapatkan lesen iklan papan tanda premis. Sekian Terima Kasih

Iklan perlu dikemukakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my  Layari laman web  www.prpm.dbp.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Skrin Daftar Masuk akan dipaparkan. Pengguna yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik Daftar. Skrin Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. Penuhkan ruangan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun anda. Semak e-mel anda untuik mendapatkan Kod Pengaktifan. Salin Kod Pengaktifan dan masukkan di ruang yang disediakan dan klik Aktif. Klik menu Permohonan untuk menghantar permohonan. Pilih dan isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik Daftar

Lain-lain25.07.2011
1. Adakah perkataan-perkataan berikut betul imbuhannya: Pengoperasian, Pengwujudan, Mempastikan. Jika salah, apakah imbuhan yang betul. 2. Bagaimanakah mengeja perkataan pra persaraan atau prapersaraan atau pra-persaraan? Adakah terpakai untuk semua perkataan yang bermula dengan pra?

1. Pengoperasian tidak perlu diberikan imbuhan dan memadai dengan operasi sahaja kerana perkataan operasi bermaksud kegiatan, gerakan atau perjalanan sesuatu proses, alat dan sebagainya. Imbuhan yang betul bagi perkataan wujud ialah pewujudan bukannya pengwujudan, manakala perkataan mempastikan salah dan yang betulnya ialah memastikan kerana huruf "p" diawal perkataan pasti itu luluh apabila diberi imbuhan men-...kan. Huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya(homoganik) ialah m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s. Contohnya, pesan-memesan, pukul-memukul, tetap-menetap, tari-menari, karang-mengarang, kaji-mengkaji, salin-menyalin, dan sinar-menyinar.

2. Perkataan tersebut ditulis sebagai satu perkataan, iaitu prapersaraan kerana "pra-" ialah awalan produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa06.04.2009

Kembali ke atas