Siapa saya dalam buku Salina | Pertanyaan saudara tidak jelas. Adakah saudara bermaksud ganti nama saya itu adalah merujuk saudara sebagai pembaca teks novel Salina atau sebagai ganti nama saya yang merujuk pada watak-watak tertentu dalam novel Salina. Jika soalan saudara itu merujuk diri saudara sebagai pembaca teks, maka saudara sendirilah yang menentukannya mengikut perspektif saudara hasil daripada dapatan bacaan saudara. Jika saudara bermaksud untuk merujuk ganti nama saya itu sebagai merujuk pada watak tertentu dalam novel Salina maka saudara akan menemui puluhan ganti nama saya digunakan secara meluas untuk merujuk ganti nama bagi watak-watak seperti Zarina, Siti Salina, Benggali dan sebagainya. Sila pastikan maksud/tujuan sebenar soalan yang saudara kemukakan. salam takzim | Lain-lain | 11.11.2010 |
Novel “Salina” (A. Samad Said, 2003) – cth. hlm. 46 dan 90 Buku Ilmiah “Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden” (Othman Puteh dan Ramli Isin, 2003) – cth. hlm. 122, 123, dan 37 Antologi Sastera “Riak Kabus Danau Maninjau” (Hamzah Hamdani dan Abdullah Hussain, 1999) – cth. hlm. 48 dan 75 Karya di atas dirujuk bagi meninjau penggunaan elipsis (. . .) dan juga elipsis bernoktah (. . . .). Dalam karya ini, kedua-duanya digunakan mengikut fungsi tertentu. Menurut “Gaya Dewan”, tidak dinyatakan yang elipsis perlu diakhiri noktah, malah elipsis pada hujung ayat tidak disusuli noktah [rujuk hlm. 72 perenggan kedua (iii) dan ketiga (b)]. Soalan saya: 1. Atas wajaran apakah elipsis bernoktah (. . . .) ini diadakan dan kelihatan (mungkin) tidak mematuhi “Gaya Dewan”? Saya percaya karya DBP yang diterbitkan sebelum “Gaya Dewan” telah menggunakan elipsis bernoktah tetapi tidak kedapatan penggunaannya dalam “Gaya Dewan”. 2. Apakah perbezaan dari segi konteks penggunaan antara elipsis (. . .) dengan tiga titik (...)? Berdasarkan soalan yang pernah diajukan di PRPM, jawapan Khidmat Nasihat DBP pada 1.12.11 (tiada penggunaan 4 titik) bercanggah daripada amalan dalam karya DBP [ada penggunaan 4 titik, (elipsis bernoktah)] dan dalam jawapan 15.6.10, elipsis bernoktah ditulis sebagai “... .” dan bukan “. . ..” atau “. . . .”. Keputusan carian ini berdasarkan carian “.... elipsis” yang ditaip dalam kotak carian. Terima kasih atas penyelidikan teliti dan jawapan diberikan. | Kami memohon maaf kekeliruan yang timbul. Setelah merujuk pihak yang pakar, tanda elipsis yang digunakan di akhir ayat perlu tanda noktah. Tanda elipsis ditulis seperti berikut "... .", yakni ada jarak selepas tanda elipsis. Kami mengucapkan terima kasih kepada saudara atas kajian dan penyelidikan yang sangat prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu. | Tatabahasa | 19.06.2013 |
Salina telah nail menara gading. Adakah penggunaan perkataan "naik" betel Salam ayat itu. | Ayat yang betul ialah "Salina telah ke menara gading." | Tatabahasa | 17.07.2013 |
Salina telah naik menara gading. Adakah penggunaan perkataan "naik" betul dalam ayat itu. | Perkataan naik tidak sesuai digunakan dalam ayat. Perkataan yang sesuai ialah "ke". Ayat yang betul ialah "Salina telah ke menara gading." | Tatabahasa | 17.07.2013 |
As salam tuan di talian, Betulkan penggunaan perkataan memperbaiki atau perbaiki dalam ayat di bawah. 1. Cikgu Salina meminta Salman agar memperbaiki karangannya yang lemah itu. atau 2. Saya akan perbaiki karangan saya yang lemah ini. Sekian terima kasih dan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. | 1. Cikgu Salina meminta Salman agar memperbaik karangannya yang lemah itu. 2. Saya akan baiki karangan saya yang lemah ini. | Tatabahasa | 01.10.2014 |
salam..saya ingin bertanya,buku salina tidak diterbitkan lagi ke?sebab sudah lama saya mencari buku tersebut tapi masih tidak dapat.. 2)DPT patut wujudkan sistem kad keahlian kepada pelanggan DBP..dengan kad keahlian tersebut,DBP boleh buat jualan murah secara berperingkat sepertimana yang dibuat seperti pasaraya-pasaraya dan kedai-kedai buku yang lain..dengan adanya kad keahlian dan potongan harga untuk ahli,saya pasti minat membaca rakyat Malaysia semakin bertambah.. 3)tuliskan bilangan muka surat utk setiap buku yang dijual secara online sebab kalau tidak ditulis,agak sukar untuk mengagak ketebalan sesebuah karya.. diharapkan pihak DBP akan mempertimbang cadangan saya ini.. sekian,terima kasih... | Terima kasih kerana menggunakan talian khidmat bahasa DBP. 1) Untuk pengetahuan saudara buku Salina belum ada diterbitkan untuk edisi baru. Untuk membacanya saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu dan menjadi ahli RAKAN DEWAN. 2) Saudara boleh menjadi ahli RAKAN DEWAN dengan datang ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Dengan keahlian ini secara automatik saudara akan dapat menggunakan kemudahan rujukan, penyelidikan dan pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu. Disamping itu dengan kad keahlian Rakan Dewan saudara akan menikmati diskaun sehinghga 25 peratus yang ditawarkan di mana-mana kedai Galeri Ilmu DBP di ibu pejabat, pejabat cawangan dan wilayah. 3) Jika saudara merujuk ke KATALOG AWAM ATAS TALIAN melalui sistem Pustaka, apabila saudara klik pada ikon TERPERINCI maka segala maklumat mengenai buku tersebut akan dipaparkan. Saiz buku, ketebalan buku dan lain-lain lagi. Selamat Mencuba | Lain-lain | 03.12.2009 |
Siapakah pembaca sasaran bagi terjemahan novel Salina (karya A.Samad Said) yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Harry Aveling & Hawa Abdulllah? | Karya Sasterawan Negara ialah karya besar dan pembacanya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Penterjemahan novel karya Sasterawan Negara seperti SN Usman Awang dibuat bagi memenuhi kehendak kelompok tertentu seperti golongan elit yang mencintai karya sastera. | Lain-lain | 03.12.2015 |
assalamualaikum, Saya mempunyai kemusykilan tentang kata pemeri iaitu penggunaan ialah dan adalah.Walaupun telah merujuk Tatabahasa Dewan namun masih kabur. 1.Apakah jawapan bagi: Salina (ialah/adalah) kawan baik saya. 2.Adakah penggunaan kata ganti nama (orang) semestinya diikuti atau digandingkan dengan IALAH? 3.Saya berharap tuan dapat memberikan formula yang mudah agar saya dapat membezakan penggunaan kedua-dua perkataan. Terima kasih.Assalamualaikum. | 1. Salina ialah kawan baik saya. 2.Kata ganti nama (orang) tidak semestinya diikuti atau digandingkan dengan IALAH. 3. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, contohnya Pengetua SMK Kajang ialah Encik Ahmad, manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, contohnya Baju yang dipakai adik adalah merah, Kursus ini adalah untuk menambahkan pengetahuan. | Tatabahasa | 28.07.2008 |
salam tuan.... adakah penggunaan kata "rapat" ini betul Rumah Salina terletak rapat dengan sekolah. terima kasih | Antara maksud rapat termasuklah dekat sangat atau berhampiran sungguh. Penggunaan kata rapat dalam ayat tersebut dibenarkan dengan syarat kedudukan rumah itu dekat sangat dengan sekolah. | Tatabahasa | 08.05.2012 |
Assalamualaikum W.B.T. Tuan/Puan, Soalan Pertama : Dipohon kerjasama tuan/puan untuk melampirkan format surat rasmi individu kepada Jabatan Kerajaan contoh :Surat Permohonan Pertukaran Tempat Bertugas; Soalan Kedua : Ketua Pengarah Jabatan XXXXXXX (u.p. Puan Salina binti Abas ) Y.Bhg. Dato'/ atau Puan, TAJUK SURAT ___________________ soalan saya ialah sekiranya Ketua Jabatan adalah Y.Bhg. Dato' XXX iaitu seorang lelaki manakala kita hendak berurusan dengan Puan Salina binti Abas maka apakah gelaran yang hendak diguna pakai ? Sama ada Y.Bhg. Dato' atau Puan di dalam surat berkenaan. | Saudara, Secara rasmi surat-menyurat ditujukan kepada ketua jabatan. Oleh yang demikian, sapaan pada surat ialah YBhg. Dato'. Mengenai soalan format surat, apabila menulis kepada jabatan kerajaan, format rasmi masih digunakan dengan tambahan nama pengirim di bahagian atas sebelah kiri surat sebelum alamat penuh jabatan yang akan menerima surat tersebut. | Lain-lain | 22.08.2010 |