Salam, Mohon penjelasan daripada pihak Tuan berkenaan: 1. Salinan ketiga = peniga 2. Salinan keempat = pengempat (Contoh pengunaan resit rasmi) Adakah pengunaan bahasa tersebut adalah betul? Kerjasama daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih | Peniga ialah padanan perkataan triplicate dalam bahasa Melayu, walau bagaimanpun tidak ada perkataan pengempat dalam sumber rujukan kami. | Tatabahasa | 25.11.2011 |
Perkataan yang mana lebih sesuai digunakan dalam surat menyurat? Sama ada sesalinan atau 1 salinan? | Puan Norkemala, Adalah lebih baik ditulis satu salinan | Makna | 01.12.2010 |
Apakah perbezaan di antara salinan dokumen dan cabutan dokumen? Contoh salinan sijil nikah dan cabutan sijil nikah. | Menurut data kami, salinan ialah 1. turunan (surat dan lain-lain), halaman atau lembaran yang bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dengan yang asal: hanya ~-~ sijil sahaja yang perlu dihantar; 2. terjemahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala cabutan bermaksud 1. apa yang (sudah) dicabut, diambil daripada sesuatu; ~ bertuah undian yang dibuat dengan mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yang menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (daripada karangan dan sebagainya); (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sehungan dengan itu, rangkai kata yang sesuai ialah salinan sijil nikah. | Makna | 27.12.2018 |
Saya ingin bertanya tentang penerbitan DBP. Adakah DBP menerbitkan laporan tahunan? Jika ya, saya ingin memohon 1 salinan untuk rujukan pengguna dia institusi kami. Terima kasih. | Puan boleh menghubungi Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP iaitu Tuan Haji Razali bin Che Mat melalui talian 03-2147 9464 atau e-mel razali3@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 19.06.2017 |
1)dalam bidang ict, apakah terjemahan yang paling sesuai untuk perkataan "soft copy" dan "hard copy". 2) Saya sering temui perkataan "KOSWER" dlm B.Melayu untuk padanan "Courseware".Adakah ia diterima pakai? | Soft copy: salinan skrin atau salinan lembut. Hard copy: salinan cetak atau salinan keras. Courseware: Perisian kursus. | Istilah | 13.03.2009 |
Apa prosedur menghantar manuskrip ke DBP Caw Sarawak? | 1. Surat iringan 2. Sertakan 1 salinan manuskrip bersih- ada prakata, biodata penulis 2. Sertakan juga softcopy (disket) | Lain-lain | 12.11.2007 |
Sila nasihat untuk memilih No. 1 atau No. 2. Bersama dengan surat ini kami melampirkan dokumen-dokumen berikut sebagai rujukan Tuan/Puan: 1) Satu salinan lesen perniagaan masing masing. ATAU 2) Satu salinan lesen perniagaan untuk setiap premis perniagaan. | Ayat yang lebih sesuai ialah nombor 2. | Lain-lain | 08.08.2016 |
Mohon bantuan , yang mana betul / betulkan ayat ini jika ada kesilapan: 1. Dokumen asal telah disemak dan salinan ini disahkan benar atau 2. Dokumen asal telah disemak dan disahkan salinan ini adalah benar Terima kasih | Ayat yanga gramatis ialah "Dokumen asal telah disemak dan salinan ini disahkan benar". | Tatabahasa | 27.06.2012 |
Untuk ruangan kepada dan juga salinan kepada adakah perlu diletakkan nombor turutan jika penerimanya lehib daripada seorang? contoh: Kepada: 1. Pengarah 2. Timbalan Pengarah (perlu diletakkan nombor turutan?) | Jika salinan kepada surat lebih daripada seorang, masukkan nombor bagi setiap penerimanya. | Lain-lain | 17.11.2015 |
Assalamualaikum/Salam sejahtera, 1. Boleh atau tidak perkataan TEMBUSAN digunakan sebagai ganti kata SALINAN KEPADA atau carbon copy(c.c) kerana ada negara jiran yang menggunakannya. 2. Ada jabatan pelajaran mahupun kementerian menggunakan kata GALUS untuk pelajar yang kelompok gagal dan lulus.Dalam kamus dewan saya cari tapi tidak jumpa.Oleh itu akronim tersebut diterima pakai atau tidak oleh DBP.Jika tak sesuai apa perkataan yang sesuai untuk kumpulan pelajar tersebut. 3. Di tempat kerja saya ada blok bangunan baru 3 tingkat. Paras bawah sekali dikosongkan dan disediakan sebuah pentas untuk acara-acara tertentu.Buat sementara waktu ruang tersebut diberi nama DEWAN TERBUKA. Ada cadangan untuk memberi nama baru yang lebih kreatif.Soalannya saya sesuaikah diberi nama DEWAN... atau DATARAN...atau PENTAS... atau BALAI...atau perkatan lain yang sesuai dengan fizikal tempat tersebut. | 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, entri tembusan mempunyai 4 takrifan, iaitu 1. sesuatu (jalan, sungai, dll) yg tembus ke; 2. sungai buatan (utk dilalui kapal dll), terusan 3. jalan yg menembusi bukit dll, terowong; 4. = ~ surat salinan surat asal. Oleh itu, entri tembusan merujuk makna ke-4 yang bermaksud salinan surat asal. Walau bagaimanapun, saudara digalakkan menggunakan frasa salinan kepada (s.k) yang digunakan dalam konteks surat rasmi di negara kita. 2. Tidak terdapat perkataan galus sebagai akronim gagal dan lulus untuk pelajar sekolah yang terakam dalam mana-mana kamus atau buku terbitan DBP. Pihak kami mencadangkan digunakan istilah lulus bagi pelajar yang lulus dan gagal bagi pelajar yang gagal. 3. Sesuai digunakan perkataan dewan kerana dewan bermaksud balai (ruang) tempat diadakan sesuatu (spt persidangan, perjumpaan, forum, ceramah, dll). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui takrifan entri dewan, balai, pentas, dataran. Saudara juga boleh melayari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat yang diperlukan. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sdr. hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba. | Istilah | 23.07.2009 |