Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.li.ran] | ساليرن

Definisi : sesuatu yg digunakan utk menyalir, saluran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.li.ran] | ساليرن

Definisi : sesuatu yg digunakan utk menyalirkan air dll; saluran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salir
Kata Terbitan : menyalir, menyalirkan, saliran, penyaliran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimana hendak penggalkan perkataan bangunan, saliran, rambutan, penyelamat,penimbas pakaian mengikut suku kataba-ngu-nan,sa-li-ran,ram-bu-tan, pe-nye-la-mat, pe-nim-bas pa-kai-anTatabahasa07.08.2007
Program pengindahan Sungai Klang dan Sungai Gombak anjuran Jabatan Parit dan Saliran yang diberi nama "River of Live" seolah-olah satu lagi usaha menidakkan kepentingan bahasa Melayu. Paling mengecewakan, ia turut berlaku di jabatan kerajaan. Bagaimana harus DBP bertindak?DBP akan memantau penggunaan bahasa yang digunakan dalam paparan awam termasuklah kempen kerajaan. Pihak yang tidak mematuhi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan mengingkari garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan akan dipantau dan diberi surat teguran. DBP akan menghantar surat teguran kepada pihak berkenaan kerana DBP tidak ada kuasa menghukum pihak yang melakukan kesalahan atau tidak memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaa.Lain-lain11.06.2012
takrif pembetung,penyusupan dan sistem pembentunganPembetungan bermaksud kerja-kerja membuat atau membubuh paip untuk saliran air; penyusupan bermaksud perbuatan menyorok ke bawah, dan seistem pembetungan bermaksud sistem penyaliran najis, air kumbahan dan sebagainya ke loji pemprosesannya melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah.Makna29.10.2009
salam. Saya ingin menyemak kata nama khas untuk jabatan. (penggunaan 'dan' dalam kata nama khas itu) contohnya Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia. 'D" dalam perkataan Dan itu sepatutnya ditulis dalam huruh besar atau kecil? sekian, terima kasih.Huruf "d" bagi "dan" hendaklah ditulis dengan huruf kecil kerana "dan" dalam konteks ini merupakan penghubung.Tatabahasa10.07.2009
Apakah maksud perkataan lurangLurang bermaksud lubang konkrit bertutup di jalan utk membolehkan pekerja memeriksa, membaiki atau menyelenggarakan pembetung dan saliran.Makna21.08.2007
1. Apakah penggunan yang betul untuk "sebagai contoh" atau "sebagai contohnya" di permulaan ayat? Sebagai contohnya, kawasan dalam jarak sepuluh meter dari tebing sungai dijadikan kawasan rizab. 2. Ayat yang sesuai untuk penggunaan "contoh" dan "contohnya". 3. Adakah senarai sesuatu perkara perlu dimulakan dengan huruf besar dan diakhiri dengan noktah. Contoh: Langkah-langkah untuk mengatasi hakisan cerun bukit adalah seperti yang berikut: (a) Menanam tanaman litup bumi. (b) Membina benteng daripada simen. (c) Membina sistem saliran. Sekian. Terima kasih.1. Penggunaan frasa "sebagai contoh" lebih tepat kerana "nya" ialah kata ganti nama dan tidak perlu hadir dalam frasa tersebut. Dan begitu juga dalam perkataan contoh, tidak perlu contohnya. 
3. Langkah-langkah untuk mengatasi hakisan cerun bukit adalah seperti yang berikut: (a) Menanam tanaman litup bumi. (b) Membina benteng daripada simen. (c) Membina sistem saliran. Penggunaan tanda baca dalam ayat contoh yang diberikan, betul.
Tatabahasa19.11.2012
Tuan, Saya nak bertanya mengenai istilah Bahasa Inggeris untuk ditukar kepada Bahasa Malaysia yang tepat 1. Catalytic Converter- 2. Advanced detergent & dispersant properties- 3. Drain interval- Sekian, Terima kasih

1. catalytic converter - pengubah bermangkin/penukar bermangkin

2. advanced detergent &  dispersant properties - ciri-ciri bahan cuci dan bahan serak yang terkini

3. Drain interval - saliran pertengahan

Istilah30.06.2009

Kembali ke atas