Pak Cik Salleh atau Pak cik Salleh? | Frasa yang betul ialah Pak Cik Salleh... | Ejaan | 25.07.2013 |
Sakinah Salleh Jun 24th, 5:10pm Assalamualaikum Tuan, Saya Sakinah dari Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak. Saya hendak bertanya tentang penggunaan istilah yang betul. Kami kolej komuniti ada lebih 86 di seluruh Malaysia. Kemudian, untuk sebarang program, kita akan bahagikan ikut negeri. Contohnya di Perak ada 13 buah kolej. Maka, kita satukan program atas nama Wilayah Perak. Contohnya, "Konvensyen Penyelidikan Kolej Komuniti Wilayah Perak". Betulkah istilah ini? Jazakallah Khairan. | Penggunaan perkataan yang sesuai dalam konteks tersebut ialah "negeri" kerana pembahagian yang dibuat amat jelas, iaitu mengikut negeri. Penggunaan perkataan wilayah boleh digunakan dalam konteks yang lebih luas seperti Konvensyen Pengguna Wilayah Utara yang menggabungkan negeri-negeri di bahagian utara. | Tatabahasa | 24.06.2014 |
Salahhuddin Salleh Askm... sya tak tau nak tnya mana.. tp sya cuba di sini dulu... anak saya pemenang johan bercerita cerita2 rakyat peringkat kbgsaan thun lepas.. kami dijanjikan hadiah tiket utk sekeluarga ke bkt merah lake town resort. ... tp shgga skrg tiada apa2 berita.. di mana boleh saya rujuk ya? | Waalaikumussalam. Untuk makluman saudara, untuk pertandingan tersebut DBP hanya menyediakan hadiah wang tunai, dan urusan penyerahan hadiah telah diselesaikan pada tahun lepas lagi. Manakala hadiah tiket ke Bukit Merah disediakan oleh Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak. Mohon hubungi pegawai projek, Puan Nor Hidayah Ilias di talian 03-21479703. Terima kasih. | Lain-lain | 18.04.2014 |
Mohd Shukri Salleh Aug 7th, 7:49am Salam. Gangsterisme@ gengsterisme? Terima kasih | gengsterisme | Ejaan | 07.08.2014 |
Aliah Mohd Salleh Sila hantar info ejaan bahasa Melayu yang betul di fB saya untuk pengetahuan orang ramai khususnya penulis -penulis . | Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Puan Aliah boleh terus muat-turun daripada FB DBP dengan klik pada paparan Lembar Bahasa dan Peka Bahasa, kemudian klik pada options dan pilih download. Jadi, puan tidak akan terlepas semua koleksi tersebut. Harap maklum. Sekian. | Lain-lain | 08.05.2014 |
Pilih ayat yang sama maksud: "Apa kata pada hujung minggu ini kita pergi memancing ke Tanjung Leman," ujar Pak Din kepada Pak Salleh. A. Pak Din mengajak Pak Salleh pergi memancing di Tanjung Leman pada minggu itu. B. Pak Din mengajak Pak Salleh pergi memancing di Tanjung Leman pada hujung minggu nanti. Yang manakah betul, jawapan A atau B? Terima kasih. | Encik Yeoh, Ayat yang sama maksud ialah ayat B. | Lain-lain | 11.10.2010 |
mau tahu alamat imel : Muhammad Haji Salleh, dan para seniman/budayawan melayu lainnya. | Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh boleh dihubungi melalui e-mel mhs0042@gmail.com, manakala penulis lain boleh dihubungi melalui persatuan seperti Gapena di talian 03-21442412. | Badan Penulis | 28.01.2011 |
Mohon tuan yang bijaksana semak ayat yang manakah menggunakan tanda baca yang betul?: (1) a) "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung, "mungkin dia diperangkap." b) "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung. "Mungkin dia diperangkap." | Selepas tanda petikan, mulakan dengan huruf besar. "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung, "Mungkin dia diperangkap." Saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara penulisan tanda baca dan sebagainya. Buku ini merupakan antara rujukan yang perlu bagi seorang penulis dan editor. | Lain-lain | 24.11.2011 |
Tuan/Puan, Memohon pengesahan bagi pemakaian nama dan gelaran untuk sasterawan negara bagi sesuatu program. YBrs. Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh Sasterawan Negara ke-6 atau Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh Terima Kasih | Salam sejahtera, Penggunaan gelaran yang betul ialah Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 25.09.2017 |
Saya merupakan pembaca setia novel lama 'Badan Bertuah' tulisan Ismail Salleh atau nama penanya Ismail Alfalah. Buku terbitan DBP, Kuala Lumpur, Siri Sastera DBP Bil.128. Novel ini merupakan pemenang peraduan novel 10 tahun kemerdekaan Malaysia. Saya amat tertarik dengan daya pemikiran, kebijaksaan dan wawasan penulisnya Ismail Salleh yang digambarkan melalui watak-watak utamanya.Novel ini memaparkan kisah sejarah Tanah Melayu dari zaman penjajahan Inggeris, Jepun, Gerila Komunis, kembali ke Inggeris dan pemerintahan anak bangsa sendiri. Saya mohon bantuan DBP untuk mendapatkan biografi terkini penulis Ismail Salleh. Alamat dan emailnya sekali agar saya dapat berhubungan atau berjumpa dengannya untuk bertukar-tukar pendapat. Ikhlas sebagai menghargai pemikiran luasnya, kebijaksanaannya dan karyanya. Bantuan DBP amat saya hargai dan menanti dengan penuh harapan. Terima Kaseh. | Alamat : 485, Kampung Banggol Kiri, 24000, Kemaman, Terengganu. Saudara boleh melihat keseluruhan biografi dalam buku Biografi Penulis Wajah edisi ke 3 terbitan DBP. atau hubungi Persatuan Penulis Terengganu (PELITA) atau SUK Negeri Terengganu kerana beliau pernah menjadi ADUN Kawasan BUkit BAndi pada tahun 1986 | Lain-lain | 17.03.2008 |