Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata salmah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satu betul? 1a. Salmah menjemput rakannya makan. 1b. Salmah menjemput rakannya supaya makan?Ayat yang betul ialah "Salmah menjemput rakannya makan".Tatabahasa04.02.2015
para tetamu dihidangi Puan Salmah dengan pelbagai juadah yang membuka selera. (dihidangi adakah salah digunakan dalam ayat ini?)Ayat yang betul ialah Para tetamu dihidangi pelbagai juadah yang membuka selera oleh Puan Salmah.Tatabahasa03.08.2011
Apakah kesalahan yang terdapat di dalam ayat di bawah? 1) Keretayang Salmah beli itu mahal harganya. 2) Ikan goreng yang diletakkan di atas meja telah kucing makan. 3) Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi. 4) Semua makumat yang diberikan oleh pihak polis adalah rumit. 5) Pengemis itu sungguh nyenyak berseimutkan embun. 6) Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu.1) Kereta yang Salmah beli itu mahal harganya.

2) Ikan goreng yang diletakkan di atas meja telah dimakan oleh kucing.

3) Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dihadapi.

4) Semua maklumat yang diberikan oleh pihak polis adalah rumit.

5) Pengemis itu tidur dengan nyenyak berselimutkan embun.

6) Mereka berbincang tentang barangan yang perlu dibawa ke kem itu.
Tatabahasa21.08.2013
Salam sejahtera. Saya ada sedikit kemusykilan mengenai penggunaan penjodoh bilangan bagi ayat-ayat di bawah: 1. Salmah mencantas dua pelepah daun pisang di kebunnya. 2. Ibu memasukkan satu pot beras ke dalam periuk. 3. Terdapat tiga sangkar burung di rumah datuk. 4. Suraya membeli satu set pinggan mangkuk di kedai itu. 5. Di tepi tangga itu terdapat satu tabung alat pemadam api. Bolehkah pelepah, pot, sangkar, set dan tabung digunakan sebagai penjodoh bilangan dalam ayat di atas? Harap soalan ini dapat dijawab dengan segera. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, perkataan pelepah, pot, sangkar, set dan tabung tidak boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan ialah kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama ynag mengikutinya. Contohnya, dalam ayat pertama, penjodoh bilangan yang betul ialah batang (Salmah mencantas dua batang pelepah daun pisang di kebunnya. )Tatabahasa31.10.2013
Saya ingin tahu sama ada penggunaan perkataan "dinobatkan" dalam ayat di bawah diterima atau tidak: Puan Salmah telah dinobatkan sebagai ibu mithali pada tahun ini. Daripada kamus, dinobatkan nampak seolah-olahnya digunakan untuk kerabat raja sahaja. Adakah penggunaan perkataan dinobatkan dalam ayat di atas memenuhi maksud terpilih?Penggunaan perkataan "dinobatkan" dalam ayat tersebut kurang tepat, perkataan lain yang sesuai ialah diiktiraf. Tatabahasa17.09.2009
Mengapakah ayat di bawah salah?: Buku yang tebal itu terbaca oleh Encik Hamri beberapa hari sahaja namun dia perlu merlakukan banyak kerja rumah. [SILA BERI PENJELASAN] DAN Antara ayat yang berikut yang manakah paling tepat dan sesuai? Pemuda itu tercunggap-cunggap ke tempat kerja kerana sudah lewat. ATAU Pemuda itu terkial-kial ke tempat kerja kerana sudah lewat. Salmah sering terkenang akan peristiwa pahit itu. ATAU Salmah sering terkenang pada peristiwa pahit itu. ATAU Salmah sering terkenang dengan peristiwa pahit itu. Pihak polis sedang mengadakan intipan dengan binokular untuk mendapatkan kepastian. ATAU Pihak polis sedang mengadakan risikan dengan binokular untuk mendapatkan kepastian. [SILA BERI JAWAPAN SECEPAT YANG MUNGKIN] Terima Kasih.

 Sdr. Limsuwei ,

Pemuda itu tercunggap-cunggap ke tempat kerja kerana sudah lewat. ATAU Pemuda itu terkial-kial ke tempat kerja kerana sudah lewat.ayat yang paling sesuai ialah Pemuda itu tercunggap-cunggap ke tempat kerja kerana sudah lewat.

Salmah sering terkenang akan peristiwa pahit itu ialah ayat yang betul

Pihak polis sedang mengadakan intipan dengan binokular untuk mendapatkan kepastian ialah ayat yang betul

Buku yang tebal itu terbaca oleh Encik Hamri beberapa hari sahaja namun dia perlu merlakukan banyak kerja rumah ialah yang betul kerana terbaca menunjukkan keupayaannya membaca.

Tatabahasa06.10.2007
Tuan, adakah "mengamanahkan" boleh digunakan untuk orang? Tetapi dengan penggunaan demikian, maksud yang lahir bahawa orang dijadikan amanah! Sila tilik WordPad saya untuk memahami sebab bahawa "mengamanahi" lebih tepat digunakan untuk penyambut penerima orang.Tidak ada kata terbitan "mengamanahi" dalam pangkalan data kami. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, sebarang dapatan baharu sila kemukakan kepada Bahagian Perkamusan, DBP melalui Ketua Bahagian Puan Salmah Jabar (salmah@dbp.gov.my">salmah@dbp.gov.my). Khidmat Nasihat Bahasa sebagai medium menyalurkan maklumat yang terdapat dalam pangkalan data kami dan bukanlah pihak yang berwenang untuk berhujah dan menerima kata/istilah baharu.Tatabahasa23.12.2016
Saya ingin mendapatkan maklumat pengarang Yulis Haji Alwi(Kumpulan Cerita Rakyat-Tukang Kasut dengan Orang Kerdil, DBP 1994) dan Mohd Nor Long(Cerita Rakyat Sabah -DBP, 1978). Umur dan pekerjaan penulis buku ini. Data ini digunakan untuk tugasan kajian saya dalam Kesusasteraan Rakyat Melayu. Bagaimana saya boleh mendapatkannya?

Puan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi penulis melalui telefon:

(1) Salmah@Yulis">Salmah@Yulis Hj. Alwi

        Tel. Rumah: 03-62512978

        Tel. Bimbit:  013-3999525

 (2)  Mohd. Nor Long

       Tel. Rumah:  03-20950417

       Tel. Bimbit:   019-2168300

Lain-lain27.01.2011
Saya ingin bertanya sama ada penggunaan selain itu berserta dengan juga dalam satu ayat benar atau tidak. Contohnya: Selain itu, Salmah juga tabah menghadapi dugaan. Perkataan "Selain itu", sudah menunjukkan bahawa terdapat isi yang lain yang akan diterangkan, malah perkataan "juga" turut memainkan peranan yang sama dalam ayat. Harap boleh mendapat jawapan daripada pihak tuan. Terima kasih.Juga sebagai kata penegas hadir untuk memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Frasa "selain itu",  merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Tidak menjadi suatu kesalahan kata penegas "juga" hadir untuk menekankan maklumat tambahan dalam sesuatu ayat.Tatabahasa04.04.2014
Pilih ayat yang betul A. Basikal berwarna perak itu tidak milik saya. B. Beberapa orang pemuda berakit ke muara sungai. C. Salmah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang lepas. D. Ayah menyambut dan berbual dengan para-para tetamu yang hadir. Pilih ayat yang betul I. Mereka melayari internet di kafe siber. Ii. Suraya membeli jeruk mempelam di gerai Pak Kasim. Iii.Kaki tangan di Jabatan Pengangkutan Jalan itu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan telus. A. 1 dan iii B.1 dan IV C. II dan III D. III dan I1. Ayat yang betul: B. Beberapa orang pemuda berakit ke muara sungai. 

2. Ayat-ayat ini betul:
I. Mereka melayari internet di kafe siber.
II. Suraya membeli jeruk mempelam di gerai Pak Kasim.
III. Kaki tangan di Jabatan Pengangkutan Jalan itu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan telus.
Ayat IV tidak dikemukakan.
Tatabahasa23.06.2015
123

Kembali ke atas