Shafiq Salmi 11:15AM Shafiq Salmi Shafiq Assalamualaikum dan salam sejahtera, adakah wujud kosa kata 'bioterrorism' dalam Bahasa Melayu? Jika tiada, apakah istilah yang boleh digunakan untuk menggantikan frasa itu? Terima kasih | Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "bioterrorism" ialah bioterorisme atau biokeganasan. | Istilah | 03.02.2016 |
1. Apakah jawapannya Salmi (ialah /adalah ) kawan baik saya. Saya masih tidak pasti jawapannya setelah membaca Tatabahasa Dewan. 2.Adakah jika subjeknya orang, maka penggunaan frasa selepas itu (kata pemerinya ) mesti IALAH? Terima kasih.Assalamualaikum. | Salmi ialah kawan baik saya. Untuk pengetahuan saudara/ saudari, selepas penggunaan kata 'ialah' selepasnya mesti kata nama. Harap maklum. | Tatabahasa | 28.07.2008 |
Assalamualaikum & Selamat sejahtera. Saya Salmi dari Primechem Malaysia Sdn. Bhd. Syarikat kami ingin menukar papan tanda untuk tujuan pengambilan pekerja asing. Soalan saya: 1. Apakah prosedur dan syarat - syaratnya? 2. Berapakah bayaran untuk proses penukaran? 3. Perlukah kami merangka lakaran visual untuk diberikan kepada pihak DBP? Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu dengan kadar segera. Sekian terima kasih, (Ms) Salmi Suhana Binti Mohd Shuhaimi Assistant, HR Address: PTD113388, Jalan Penaga 18, Taman Perindustrian Kota Putri, 81750 Masai, Johor, Malaysia. Tel: +607 388 5566 I Fax: +607 388 5599 Email: salmi.shuhaimi@primechem.com I Skype: pcmjb.hr3 I Website: www.primechem.com _______________________________________ | 1. Pihak tuan hanya perlu membawa lakaran visual iklan untuk kami semak penggunaan bahasa dalam iklan tersebut. Iklan yang disahkan ialah iklan yang mengandungi bahasa kebangsaan atau bahasa kebangsaan bersama-sama bahasa lain. Semua perkataan perlu diterjemahkan dalam bahasa kebangsaan kecuali bagi nama syarikat dan slogan yang telah didaftarkan. Penyemakan boleh dilakukan melalui kunjungan ke ARAS 25, BAHAGIAN PENGUATKUASAAN, MENARA DBP atau melalui laman http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk pengesahan iklan. 2. Kami hanya menyemak penggunaan bahasa dan tiada bayaran dikenakan setakat hari ini.
| Lain-lain | 07.11.2016 |
Salam Sejahtera, Saya bertugas di unit Penerbitan, Bhgn Komunikasi dan Media, MIDA. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat membekalkan maklumat mengenai kadar penterjemahan yang digunakan oleh pihak DBP dalam menterjemah brosur bahasa Inggeris kepada bahasa-bahasa lain. Adakah kadar berikut masih digunapakai? Terjemahan Bahasa Malaysia kpd Bahasa Asing - Teknikal rm0.15/kata, Umum/Kreatif rm0.12/kata dan Terjemahan Bahasa Asing kpd Bahasa Malaysia - Teknikal rm0.12/kata, Umum/Kreatif rm0.10/kata. Terima kasih atas kerjasama pihak tuan. | Saudara Salmi, Untuk mendapatkan kadar perkhidmatan penterjemahan, sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau e-mel www.itnm.com.my atau hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381 atau e-mel terjemah@tm.net.my. | Lain-lain | 17.07.2009 |